Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL 27). Just nak share dengan anda live streaming Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 6 Januari 2013 manalah tau kan ada di antara kita tak dapat menonton di TV.


Untuk menonton secara live streaming, sila klik di pautan ini : 



Siaran langsung Anugerah Juara Lagu (AJL 27)di bawakan dari Stadium Putra Bukit Jalil ini akan disiarkan di TV3 jam 9 malam. Tema AJL 27 ini ialah Gabungan Seni dan Muzik. 


Jom kita terjah senarai lagu yang bertanding :-


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat


4. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan


11. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah


Untuk rekod, lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Lagu ke 26. Untuk kali ini lagu manakah yang bakal di nobatkan Juara Lagu ke 27 ya? Hmmm....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN TERKINI :-


Kelantan 1-1 ATM (Penalti 3-4)

  • Kelantan : Indra Putra (56')
  • ATM : Irwan Fadli Idrus (84')

Keputusan Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 menyaksikan ATM menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menang ke atas Kelantan menerusi sepakan penalti 3-4 selepas kedudukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.


Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.


Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.


Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.


Barisan pemain:

KELANTAN: Mohd Syazwan Yusof, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairo Anuar Zailani (K. Nanthakumar), Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Zamri Ramli),
Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Mohd Norfarhan Muhammad, Keita Mandjou.
 
ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin (Marlon Alex James), Irwan Fadzly Idrus, Mohd Fainizam Nordin (Syazuan Hazani), K. Reuben, Muhd Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya (R. Surendran), Bruno Sebastian Martelotto, Hairuddin Omar, Venice Elphi A/K Danny Kaya, Mohd Fitri Omar.
 

Pengadil: Mohd Amirul Izwan Yaacob



Previous Entry


Keputusan Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Kelantan VS ATM Piala Sumbangsih ini amat penting memandangkan kedua-dua pasukan mahu memenangi piala ini.


Untuk rekod, Kelantan ialah juara treble musim lalu apabila memenangi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA manakala ATM ialah Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia.


ATM pastinya mahu membalas dendam atas kekalahan 3-2 ke atas Kelantan pada Final Piala Malaysia musim lalu manakala Kelantan mahu memenangi piala ini untuk muncul pasukan yang memenangi 4 piala sekaligus.


Siaran langsung Kelantan VS ATM Piala Sumbangsih akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 9 malam. Jika ada live streaming nanti saya akan share kan di sini nanti.


Keputusan (result) Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Jersi Baru Kelantan Musim 2013



Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 telahpun dilancarkan. Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 dilancarkan di dewan utama Kelantan Trade Centre di Kota Bharu baru-baru ini dalam Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Kelantan.


Kali ini terdapat 10 penaja rasminya untuk musim ini iaitu syarikat prabayar terkemuka Negara Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.


Warna merah putih masih dikekalkan sebagai warna rasmi The Red Warriors ini. Jom kita lihat dengan jelas jersi baru pasukan Kelantan 2013 ini :-



Jersi utama (home kit)



Jersi kedua (Away kit)


Apa pendapat anda mengenai jersi baru Kelantan ini ? Cantik tak ? Secara peribadi, memang ada style jersi baru ini cuma rasanya terlalu banyak logo penaja pada jersi ini. Macam semak sikit. 


Cabaran utama pasukan Kelantan ialah mempertahankan kejuaraan treble musim lepas setelah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang memilih untuk berhijrah ke pasukan baru. 


Apa-apa pun All The Best buat pasukan Kelantan untuk musim 2013 ini !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



BREAKING NEWS


Akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian telefon pintar (Smartphone) untuk mendapatkan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2013.   


Ini bermakna belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.




Namun selepas mendapat kecaman dan sindiran pelbagai pihak akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian smartphone untuk mendapatkan rebat RM200 ini.




Pemberian rebat RM200 ini berdasarkan pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
   
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.


Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjaya Komunikasi Malaysia  iaitu di www.skmm.gov.my
 



Untuk rekod, sudah hampir 8000 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka pada 1 Januari 2013.


Nampaknya nak tak nak kerajaan perlu mendengar juga pendapat golongan belia hari ini mengenai isu yang berbangkit. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Buruk padahnya jika mana-mana parti politik menongkah arus kehendak dan kemahuan golongan muda masa kini.
   

Kepada belia yang ingin mendapatkan rebat RM200 ini saya nasihatkan buat pilihan yang bijak sebelum membeli smartphone ini. Belilah berdasarkan kemampuan masing-masing. Jangan sampai beli smartphone mahal-mahal boleh kemudian hari-hari ikat perut sebab duit dah abis beli smartphone... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Insentif, Program, Dasar Kerajaan & Peristiwa Penting 2013



Tahun 2012 sudah pun melabuhkan tirainya dan menjadi sejarah. Kini tahun 2013 pula menjelma dan bakal menentukan keberlangsungan Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju pada 2020.


Banyak perubahan yang dilakukan kerajaan untuk mencapai cita-cita itu.  Berikut adalah pelaksanaan beberapa insentif, program,dasar kerajaan, dan peristiwa penting yang akan berlaku tahun 2013.

  • Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan berlangsung sebelum akhir Jun. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ketika PRU13 ialah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal telah diwartakan pada 13 Februari lalu. Ia sebahagian daripada 22 perkara dikemukakan oleh PSC
  • Ekoran pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar pusat pengajian tinggi boleh bertanding dalam PRU13
  • Pelan Pembangunan Pendidikian Malaysia akan dikuatkuasakan. Ia akan dibawa kepada Kabinet pada Januari 2013.
  • Akta Kebankrapan 1967 mungkin dipinda ekoran permintaan Pemuda Umno pada perhimpunan tahunan akhir November 2012
  • Pembayaraan BR1M 2.0 mulai bulan Februari 2013.
  • Rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G mulai 1 Januari 2013.
  • Pelaksanaan gaji minimum di seluruh negara RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Had usia persaraan sektor swasta iaitu 60 tahun, dinaikkan dari 55 tahun dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2013
  • Insurans bas sekolah untuk 1.5 juta pelajar sekolah
  • Diskaun bayaran pemprosesan pasport untuk kanak-kanak dan warga tua
  • Kerajaan sediakan RM50 juta bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini, bagi persiapan program Road to Rio - Sukan Olimpik Brazil pada 2016
  • Rebat tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas sekolah untuk pinjaman penuh menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun
  • Pengagihan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100
  • Pembinaan 20,000 unit rumah generasi baru Felda
  • Pencarum KWSP dibenar keluar RM3,000 untuk tunai haji
  • Bayaran insentif khas RM200 sebulan kepada 25,708 pegawai dan anggota tentera
  • Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara dijangka membentangkan laporan tahun ini
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, yang ditubuhkan pada 1 Jun lalu, juga akan mengemukakan laporan
  • Jawatankuasa Khas yang membuat kajian berhubung langkah mengenal pasti negeri-negeri layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung juga dijangka bentang laporan
  • Lebih 90,000 pelajar asing di institusi pengajian tinggi diwajibkan sekurang-kurangnya menguasai bahasa Melayu untuk berkomunikasi mulai tahun depan



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget