Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Azlan The Typewriter atau lebih popular dengan panggilan Lan sewaktu bersama kumpulan Meet Uncle Hussain telah selamat diijab kabulkan dengan Normala Hassan pada 1 Januari 2011.


Menurut sumber, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.



Pihak pengantin perempuan turut menerima dulang hantaran sebanyak 8 dan dibalas juga dengan 8. Sepatutnya perkahwinan mereka dilangsungkan pada November 2010 tetapi akibat kesibukan, majlis tersebut ditunda sehingga 1 Jan 2010.


Tahniah sekali lagi kepada Lan dan Normala kerana telah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan kami doakan agar rumahtangga anda berkekalan hingga ke akhir hayat...


Adios~~~~

sama-sama.. small matter je tu.. inilah masanya nak tolong usahawan melayu.. kalau kita tak tolong siapa lagi nak tolong.. cuma 1 je nak nasihat, kalau dah mampu terbang ke langit jangan lupa tanah yang di pijak...

Ask me anything



Undian Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA 2011 telah pun di adakan di Dewan Perdana Majlis Sukan Negara Bukit Jalil baru-baru ini. 


Ini adalah keputusan undian untuk Liga Super 2011 :- 




Ini pula keputusan undian Liga Perdana Malaysia 2011 :-




Inilah dia keputusan undian Piala FA 2011 :-




Nampaknya juara bertahan, Negeri Sembilan berpeluang untuk mengekalkan kejuaraan apabila di undi bertemu KL Pos atau Kuala Lumpur.

 
Tarikh pertandingan Liga Super dan Liga perdana belum di tetapkan lagi. Ianya akan di tetapkan selepas perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan pada 8 Jan 2011 ini.




Pemain kebangsaan yang memenangi AFF Piala Suzuki 2010 baru-baru ini akan beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih antaranya - Khairul Fahmi dan NorShahrul Idlan Talaha untuk Kelantan manakala Amri Yahya, Safee Sali, Safiq Rahim dan Asraruddin beraksi untuk Selangor.


Jangan lupa saksikan perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) antara Selangor dan Kelantan pada 8 Jan 2011 ini..


Adios~~~~



Faizal Yusof (pelakon AdaMaya dan bekas suami Siti Nordiana) telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi (1 Jan 2010) di Hospital Pusrawi akibat serangan sakit jantung.


Perkhabaran duka ini dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana yang kini masih berada di hospital. Allahyarham Faizal Yusof meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie. 


Selepas berpisah dengan Siti Nordiana, Faizal Yusof mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.




Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.


Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ahad.


Semoga roh Allahyarham Faizal Yusof dicucuri rahmat.


Al-Fatihah.


Adios~~~~



Pernah tak anda terjumpa wanita yang tidak pernah berpacaran? Bunyi memang pelik kan. Sebenarnya memang ada dan ada di antara mereka ini yang langsung tidak pernah berpacaran walaupun sekali. 


Ada beberapa faktor yang menyebabkan wanita belum pernah berpacaran antaranya ialah faktor larangan dari agama, ajaran keluarga, atau memang mempunyai sifat atau karakter yang tidak di sukai lelaki.



 
Jom kita terjah ciri-ciri wanita tidak pernah berpacaran :-


1. Tidak mengikuti perkembangan fashion




Wanita yang belum pernah berpacaran tidak peduli dengan penampilannya dia. Dia juga tidak peduli  pandangan lelaki tentang dirinya. 


Pakaiannya tidak mengikut trend. Dia hanya memakai apa yang yang dia selesa. Selain itu, kemungkinan besar juga wanita  yang tidak pernah berpacaran ini jarang berdandan dan bersolek.


2. Kurang sopan di hadapan lelaki




Contohnya ketika makan. Portion makanannya jauh lebih banyak daripada lelaki. Dia pun tidak malu-malu makan sebanyak itu, kerana memang dia tidak pernah pernah terfikir untuk mencari teman lelaki. 


Kalau dia memang  ingin berpacaran, pasti dia akan lebih menjaga attitudenya di depan lelaki. Sebenarnya, ada bagusnya untuk menjadi  “muka dua” di depan lelaki, tapi kadangkala sifat seperti ini akan membuatkan lelaki hilang feeling.


3. Tidak ramai kawan dan kurang bersosial




Kebanyakan wanita yang tidak pernah berpacaran biasanya tidak memiliki ramai kawan dan kurang bersosial. Oleh itu, di sebabkan tidak ramai kawan dan kurang bersosial maka akan mengurangkan kemungkinannya untuk mengenal orang lebih ramai.


4. Tidak tahu bila harus bersikap romantik atau tidak di depan lelaki




Kerana wanita belum pernah berpacaran, dia sukar untuk membezakan hubungan istimewa dan hubungan sekadar teman biasa. Mungkin ada lelaki  yang suka si dia ini, tapi  dia tidak tahu membezakan adakah lelaki itu benar-benar menyukainya.


Di sebabkan tiada pengalaman dalam berpacaran, maka dia tidak tahu bilakah harus bersikap romantis atau tidak bersikap romantis di depan lelaki kerana masih keliru.


5. Kurang percaya kepada diri sendiri




Inipun salah satu ciri  penyebab mengapa wanita tidak pernah pacaran sampai sekarang. Percaya kepada diri itu penting, tapi jangan overconfident. 


Percaya kepada diri sendiri  boleh bagus, cuma jangan selalu merasa diri kamu kurang segalanya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. 


Buat lelaki yang mengetahui wanita yang anda minati tidak pernah berpacaran, anda perlulah meletakkan usaha yang berterusan untuk mendapatkannya kerana wanita seperti ini perlukan sedikit masa untuk menerima seseorang dalam hidupnya...


Dr. Love


Adios~~~~ 

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget