Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Tips Cinta. Show all posts
Showing posts with label Tips Cinta. Show all posts

Wanita Lebih Tertarik Dengan Lelaki Sombong ?



Lelaki selalu beranggapan bahawa senyuman mampu membuatkan wanita tertarik kepadanya. Sebenarnya anggapan itu tidaklah benar sepenuhnya. Menurut kajian, wanita lebih tertarik kepada lelaki sombong dan berwajah angkuh.


Kajian terbaru yang dilakukan oleh University of British Columbia telah merumuskan bahawa wanita merasa kurang tertarik secara seksual terhadap lelaki yang periang dan lebih cenderung meminati lelaki yang sombong dan moody.


Kajian ini  menjelaskan mengapa wanita seringkali tertarik dengan lelaki berperwatakan 'bad boy' adalah kerana mereka merasakan kehidupan lelaki itu sangat misteri. Maka timbulnya minat untuk mengenali lelaki itu dari dekat. Lelaki sombong juga kelihatan seksi di mata wanita. 


Alasan wanita lebih memilih lelaki sombong dan berwajah angkuh adalah di akibatkan oleh evolusi dan proses budaya yang berubah melangkaui zaman sekaligus menepati teori evolusi yang menyatakan wanita cenderung tertarik pada lelaki yang memiliki wibawa, status, dan berketerampilan sebagai pasangan.


Secara peribadi teori ini ada benarnya. Menjadi lelaki yang 'too nice' pada zaman ini adalah seperti 'anak emak' dan kelihatan lembik di mata wanita. Kalau zaman dahulu memang cerahlah peluang untuk di buat menantu. 


Tetapi pada zaman ini lelaki perlu menjadi sedikit mahal dan 'nakal' sebagai daya tarikan seksual lelaki yang utama. Bab paras rupa dah jatuh nombor 2. Ini sekaligus akan menampakkan sisi lelaki itu yang matang, berkeyakinan dan menjadi misteri yang mahu dibongkar oleh wanita....



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~ 

Bertemu Wanita Cantik Tidak Baik Untuk Kesihatan ?



Menurut kajian saintis dari Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.


Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.


Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.


Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.




Penyelidik merumuskan bahawa bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.


Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.




Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk.


Tapi dah jadi lumrah alam. Mana ada lelaki tidak suka akan wanita yang cantik kan. Nak pulak wanita secantik Lisa Surihani seperti gambar di atas. Memang goyang iman sekejap. Ada tak cara untuk menatap perempuan cantik tanpa mendatangkan kesan sampingan?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget