Cuti umum (peristiwa) telah diumumkan di Kelantan dan Pahang pada 4 November 2013 (isnin) sempena Final Piala Malaysia. Pengumuman cuti peristiwa ini di buat oleh Menteri Besar Pahang dan Kelantan.
Cuti peristiwa ini diberikan bagi membolehkan penyokong skuad bolasepak Kelantan dan Pahang merancang perjalanan pulang mereka dari Stadium Shah Alam ke negeri masing-masing tanpa perlu tergesa-gesa untuk berkerja pada hari isnin 4 November 2013.
Perlawanan akhir Piala Malaysia yang meyaksikan pertembungan Kelantan menentang Pahang akan di adakan pada 3 November 2013 jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.
Buat penyokong-penyokong Kelantan dan Pahang, jagalah tingkahlaku di Stadium nanti. Jangan timbulkan kekecohan. Tang penting tampilkan semangat kesukanan. Menang kalah kan adat permainan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~