Wang kertas Malaysia baru 2012 akan berada di pasaran mulai 16 Julai 2012 ini. Ini bermakna wang kertas baru ini akan digunakan secara meluas di pasaran mulai tarikh tersebut.
Sepatutnya wang kertas baru ini diperkenalkan pada awal tahun namun terpaksa di tunda kerana ada berberapa pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan masih belum bersedia sepenuhnya menerima wang baru ini.
Setelah tempoh diberikan kepada pihak berkenaan untuk penentukuran dan pengubahsuaian mesin, maka wang kertas ini sepatutnya sedia digunakan secara meluas mulai 16 Julai ini.
Mana-mana pihak yang masih belum dapat membuat penentukuran dan pengubahsuaian mesin maka mereka mesti menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai.
Bagi yang nak dapatkan wang kertas baru ini dengan kadar yang segera, anda bolehlah membuat pertukaran wang di mana-mana bank berdekatan dengan anda mulai 16 Julai 2012.
Yang pastinya ramai yang teruja apabila wang kertas baru ini mula digunakan secara meluas selepas ini terutamanya menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Bolehlah beri duit raya menggunakan wang kertas yang baru....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~