Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Toyota Vios Baru 2012



Toyota Vios baru 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Toyota Vios baru 2012 ini menampilkan peningkatan terkini yang lebih terarah kepada perubahan kosmetik.


Menurut sumber, pelancaran Toyota Vios baru 2012 terpaksa di buat bagi memberi saingan kepada Honda City baru (facelift) 2012 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. 


Antara perubahan yang dilakukan melibatkan lampu utama dengan gaya ‘smoked’, di samping perubahan melibatkan reka bentuk perumah lampu kabus serta pelbagai peningkatan lain yang menarik.




Bagi ruang dalamannya pula menampilkan fabrik baru utuk kerusi. Turut ditambah ialah SRS airbag untuk penumpang depan bersama  seatbelt pre-tensioner dan force-limiter.


Selain itu, Vios baru ini turut menawarkan 2 sistem infotainment iaitu DVD-AVX (RM1,900) dan DVD-AVN (RM2,990), menampilkan 5.8-inci (DVD-AVX) and 6.1-inci (DVD-AVN) touchscreen dan reverse camera.


Ciri-ciri lain untuk 2-DIN sistem termasuklah DVD player, MP3 format compatibility, sambungan bluetooth termasuklah Aux dan USB ports. DVD-AVN sistem turut menampilkan sistem GPS.


Barisan model Vios turut ditawarkan rekaan jeriji depan menarik yang diadaptasi dari model Vios 1.5G Limited, termasuk pilihan aerokit untuk model lain seperti Vios 1.5E dan 1.5J.


Senarai harga (on the road price with insurance) Toyota Vios 2012 bermula dari RM73,200.00 untuk Vios 1.5J Manual sehingga RM92,013.00 untuk Vios 1.5 TRD Sportivo, dengan tempoh jaminan 3 tahun atau 100,000 km jarak berbatuan.




Kalau nak tahu lebih lanjut tentang spesifikasi Vios 2012 ini anda boleh rujuk brochure di atas ini. Kalau anda nak lihat lebih lanjut model ini apa kata anda kunjungi agen jualan Toyota berdekatan dengan tempat anda...


Apa pendapat anda tentang Vios baru ini ? Secara peribadi saya merasakan model Vios ini memang  mengancam dan mampu milik dengan harganya serendah RM73,200.00 cuma saya merasakan sudah sampai  masanya Toyota mengeluarkan model baru sepenuhnya bagi memberi variasi kepada peminat kereta Toyota walaupun Vios masih lagi relevan di pasaran...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Syakir Rahman said...

dah x kiut mcm dlu...huhuhu

Sharinginfoz said...

cantik gak, hmmmmm banyak betul model / version baru, sebelum ni honda city....

Kuman Chaos said...

aku baru jer amik Vios baru aku semalam... kalau ikut upgrade yang baru ni J lagi berbaloi.... Vios gak yg aku pilih...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget