Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tunggang Basikal 5 minit Sehari Untuk Kuruskan Badan



Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, amalan menunggang basikal selama 5 minit setiap hari boleh membantu wanita muda mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh mereka. 


Penganalisis menyifatkan hasil kajian ini memberi perangsang kepada wanita yang mengalami masalah berat badan kerana ia boleh menggantikan amalan berjalan kaki atau berkereta. 


Kajian ini juga boleh membantu penggubal dasar untuk mencari jalan ‘memperlahankan’ epidemik kegemukan yang semakin meningkat di Amerika.




Penyakit yang berpunca daripada berat badan berlebihan, menyebabkan negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan bernilai berbilion dolar. 


Dengan penemuan ini, di harapkan kita dapat dapat menjalani gaya hidup sihat dengan menunggang basikal untuk mengurangkan berat badan. Tak susah kan. Sekurang-kurangnya 5 minit sahaja!


Adios~~~~ 




Tahukah anda kini terdapat sebuah jam tangan yang mampu membantu pengadil bolasepak membuat keputusan apabila timbulnya keraguan. 


Jam tangan ini di beri nama Referee Third Eye menggunakan bluetooth untuk membantu pengadil membuat keputusan bijak dalam pertandingan. Jadi  sesiapa pun boleh menjadi pengadil.


Pengadil boleh membuat keputusan dengan melihat pada jam tangan. Jadi dalam situasi apa pun misalnya seperti offside, pelanggaran, dan penalti, pengadil hanya menonton pada jam.


Untuk lampu berwana merah, bererti pelanggaran telah berlaku dan untuk lampu hijau, bererti tidak ada pelanggaran berlaku. 


Jom kita terjah bagaimana jam ini berfungsi :-



Takel bersih



Takel yang mengenai pada kaki



Kedudukan offside


Sebenarnya banyak teknologi telah diperkenalkan untuk membantu pengadil membuat keputusan tetapi pengadil masih menggunakan kaedah tradisional untuk membuat keputusan. 


Isu pengadilan menjadi hangat ketika gol Frank Lampard tidak di kira walaupun melepasi garisan gol ketika menentang Jerman di Piala Dunia 2010.


Semoga satu hari nanti pihak FIFA sedia menerima teknologi bagi membantu pengadil membuat keputusan dengan lebih bijak..


Adios~~~~

 


Piala Dunia 2010 kian hampir ke penghujungnya. 4 pasukan terakhir telah pun menempah tiket di peringkat separuh akhir; Sepanyol, Jerman, Uruguay dan Belanda.


Di sebalik kerancakan Piala Dunia kali ini, tahukan anda terdapat pemain berstatus bintang yang gagal menyerlah sehingga mengakibatkan pasukannya tersingkir.


Jom kita terjah siapa pemain bintang yang gagal menyerlah kali ini -


 1. Wayne Rooney (England)



  • Reputasi hebat beliau ketika beraksi untuk Manchester United gagal di terjemahkan di peringkat Piala Dunia.

  • Gagal menjaringkan sebarang gol untuk England.

  •  Bola yang berada di kakinya mudah dirampas pihak lawan.


2.  Cristiano Ronaldo(Portugal)




  • Walaupun membantu pasukannya membelasah Korea Utara 7-0 namun gagal menghalang kemaraan Sepanyol ke suku akhir. 

  • Hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.

  • Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai kapten apabila mengelakkan diri dari  sidang media.

  • Di anggap 'tidak wujud' di atas padang ketika menentang Sepanyol.


3. Lionel Messi (Argentina) 



  • Pemain Terbaik Dunia 2009 ini gagal menjaringkan sebarang gol untuk Argentina walaupun sering melakukan percubaan tepat ke arah gawang gol.

  • Gagal melakukan magis ketika menentang Jerman di peringkat suku akhir sehingga tersingkir.

  • Walaubagaimanapun beliau masih mampu memukau pihak lawan dengan kawalan bola yang kemas dan menarik.


4. Fernando Torres (Sepanyol)




  • Sukar mendapat rentak selepas kembali dari kecederaaan ketika beraksi untuk Liverpool.

  • Masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas 5 perlawanan Piala Dunia 2010.

  • Kemampuannya di atas padang di katakan di bawah prestasi sebenar.

  • Walaubagaimanapun Sepanyol mara ke separuh akhir apabila pasangan penyerangnya, David Villa muncul menjaringkan gol penting.


5. Kaka (Brazil)



  • Sukar mendapat rentak selepas pulih dari kecederaan ketika beraksi untuk Real Madrid.

  • Dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Ivory Coast.

  • Gagal menjaringkan sebarang gol tetapi membantu melorongkan bola untuk Luis Fabiano menjaringkan gol.

  • Gagal membantu Brazil layak ke separuh akhir (tewas kepada Belanda).


Di harapkan kegagalan mereka di peringkat antarabangsa tidak di bawa ke peringkat kelab nanti...


Adios~~~~



Bintang tengah Chelsea, Micheal Ballack telah pun bersetuju menyarung kembali jersi Bayer Leverkusen setelah 4 tahun menabur budi di Stamford Bridge.


Ballack dilepaskan oleh Chelsea setelah kontraknya tamat dan ini bermakna Ballack berpindah secara percuma ke kelab Jerman ini.


Untuk rekod, Ballack pernah bermain di Bayer leverkusen pada musim 1999 - 2004.


  

Pihak pengurusan Bayer Leverkusen menyambut baik kehadiran bekas wira mereka dan menaruh harapan agar pemain muda Leverkusen dapat mempelajari skill dan kepimpinan dari Ballack.


Pada musim 2009 - 2010, Bayer Leverkusen menduduki tangga ke 4 Bundesliga. Ini bermakna Ballack akan beraksi dalam Liga Juara - Juara Eropah musim hadapan.


Sebagai menghargai sumbangan Ballack di Stamford Bridge, jom kita layan antara aksi menarik yang pernah beliau sajikan :-





Selamat Maju Jaya Micheal Ballack.


Adios~~~~

Jawatan Kosong Pencari Jodoh Di China



Sejumlah 2000 pemohon dari kaum wanita akan bersaing untuk 100  kerja sebagai pencari jodoh dalam sesi temu duga yang menawarkan gaji tahunan 250,000 yuan (RM119,150) di China. 


Pekerjaan itu diberi nama sebagai pemburu cinta diuruskan firma terkenal Golden Bachelor Matchmakers yang mengkehendaki mereka untuk memadankan wanita bujang bertemu dengan lelaki yang sesuai.




Antara syarat-syaratnya ialah calon mestilah memiliki ketinggian kurang 173 cm dan berusia bawah 28 tahun manakala pemohon yang berjaya akan mendapat sebuah kereta Mini Cooper yang juga berharga 250,000 yuan.


Syarikat itu kini mempunyai jutaan data individu bujang dari seluruh China dan pemburu yang berjaya mencari pasangan sehingga berkahwin akan menerima bonus sejuta yuan (RM476,600).


Bayangkan cuma memadankan pasangan yang bujang dan jika perhubungan itu berjaya akan menerima durian runtuh. Memang lumayan kan gaji yang ditawarkan. Kalaulah ada di tawarkan di Malaysia bayangkanlah...


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget