Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Segmen Jom Karaoke dah masuk minggu ketiga. Tak sangka segmen ini kian mendapat tempat di hati blogger sekalian. 


Mungkin faktor hari ahad adalah hari rehat maka ramai yang mahu berhibur setelah penat dengan pelbagai urusan dalam seminggu.


Kali ini nak tunaikan permintaan Yatre Hayati beralamat di Apabila gadis kampung menulis blog. Beliau telah meminta lagu Melly Goeslow - Ketika Cinta Bertasbih. 


Kat bawah ini adalah gambar Yatre Hayati ni. Hopefully U dont mind I put your photo here. Biasalah nak promote U sket :-)   





Jom layan layan lagu Melly Goeslow - Ketika Cinta Bertasbih :-





Lirik :-


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Cinta....


Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada Mu segala cinta
Ketika cinta bertasbih




Untuk download MP3 lagu ini klink di sini Melly Goeslow - Ketika Cinta Bertasbih


P/S : Teruskan menyokong segmen ini. Jangan lupa request lagu permintaan anda. InsyaAllah permintaan anda akan di tunaikan pada minggu hadapan..


Adios~~~~

Domain XXX Akhirnya Di Luluskan !



Setelah lama tertunda, akhirnya ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Number) meluluskan penggunaan domain yang berakhir dengan XXX yang akan digunakan untuk semua laman web porno.


Apabila domian ini di perluaskan penggunaanya nanti di khuatiri akan lebih ramai golongan muda melayari laman porno di internet nanti. Ini tidak baik untuk perkembangan minda remaja. 




Itu dari sudut negatif. Dari sudut positif pula, apabila semua laman web porno diwajibkan untuk menggunakan domain ini, kita akan mudah untuk melakukan tapisan di komputer supaya semua domain XXX tidak boleh dibuka.


Walaupun ada domain yang menggunakan banyak cara agar tidak di blok oleh aplikasi parental control, apa yang penting ialah langkah pengawasan bagi memastikan anak-anak anda dari mengunjungi laman web porno ini.    


Terapkan didikan agama  yang secukupnya agak kita dan anak-anak kita terhindar dari gejala yang merosakkan ini.


Adios~~~

Nasi Dagang Free !



Baru-baru ni ketika mahu booking seat menyaksikan perlawanan Jerman VS England, aku dapat mesej dari seorang sahabat lama tanya dah makan ke belum. 


Bunyi macam nak ajak makan sama tapi sebenarnya nak bagi nasi dagang kerana masak lebih. Menurut beliau, housematenya semua tak larat nak makan dah.


Aku ni pantang benda-benda free. Memang laju. Tanpa ragu-ragu lagi aku pun bergegas ke tempat kejadian mengambil nasi dagang free ini. Ini adalah rupa nasi dagangnya :-


 

Nasi dagang ini di datangkan dengan 2 beg plastik yang berisi ikan tongkol. Nyum-nyum.. Nampak dari luar pun dah lazat. Mungkin aku lapar ketika ini kot.




Nampak dari jauh sedikit aje tapi bila dah makan baru tahu banyak rupanya sampai tak larat dah nak makan. Tapi apa-apa pun rasanya memang best (maklumlah free).




Nak bagi rating berapa ya? Hmm bagi 8 out of 10. Kalau benda free memang selalu aku bagi rating tinggi sikit (dikriminasi terpimpin). Dah ada rating ni dah macam segmen makan-makan di blog Sharinginfoz plak hahahaha...


Terima kasih kepada yang memberi nasi dagang yang ini. Air tangan anak dara memang best! Kalau nak beri lagi aku tanpa segan silunya menerimanya. Malu-malu lapar perut jawabnya..


Adios~~~



Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan mat rempit agar menyertai Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik.


Menurut Datin Rosmah, pihaknya tidak mahu memaksa mereka menyertai program ini kerana ia mesti dilakukan dengan kehendak sendiri.


Beliau berharap kem ini dapat meningkatkan kesedaran kepada mat rempit tentang keburukan kegiatan lumba motosikal haram dan kegiatan yang tidak berfaedah.


Di fahamkan terdapat kira-kira 30,000 mat rempit di negara ini namun hanya 33 yang menyertai kem itu.




Komen aku :-

  • Setakat saranan dari Datin Rosmah tak cukup bagi 'mencairkan' mat rempit. Sekurang-kurangnya gunalah Lisa Surihani bagi 'mencairkan' mat rempit ini.

  • Mat rempit tak akan mudah menyerah diri begitu mudah untuk 'di sekolahkan'. Mana yang mana kantoi dalam serbuan lumba haram tu hantarlah mereka ke kem itu.

  • Selalunya mat rempit akan menyesal setelah berlakunya sesuatu yang buruk kepada dirinya contohnya kemalangan yang menyebabkan tangan patah. Dah terhantuk baru mengadah. Tak gitu? 


Adios~~~~

    5 Kekurangan Lelaki Yang Menjadi Kegilaan Wanita !



    Menurut kajian sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat, terdapat sekurang-kurangnya 5 kekurangan pada lelaki yang menjadi kegilaan wanita. 


    Jom kita terjah jenis-jenis kekurangan itu :-


    1. Kesan Luka

      


    • Bekas luka adalah sebuah daya tarikan bagi wanita kerana bekas luka pada lelaki dianggap sebagai lambang kejantanan oleh banyak wanita. Lihatlah kesan luka di muka Frank Ribery ini. Awek dia model tu..




    2. Bersifat Aneh 



    • Mempunyai sifat-sifat aneh mungkin menjadi cemuhan masyarakat. Namun jangan hairan jika mereka ini mempunyai awek yang cantik. Ini kerana wanita sukakan lelaki 'lain dari yang lain' kerana dah bosan dengan lelaki biasa yang banyak di pasaran.


    3. Peluh keringat



    • Peluh berlebih pasti membuat kepercayaan diri berkurang. Namun bagi sebagian perempuan, peluh keringat itu membuat lelaki kelihatan seksi. Apatah lagi keringat itu keluar ketika lelaki tengah bersukan.


    4. Uban



    • Tahukan anda aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Sebenarnya uban dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh wanita. Jadi buat apa menutupinya?


    5. Kacamata  



    • Wanita kini lebih tertarik dengan lelaki berkacamata kerana nampak pintar di mata mereka. Bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu memakai kacamata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.


    Oleh itu janganlah merasa kekurangan diri anda itu satu kelemahan. Jadikan ianya sebagai KELEBIHAN..


    Adios~~~

    Related Posts with Thumbnails

      ShoutMix chat widget