Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Sedap Ke Anjing Salai ?



'Hotdog' atau nama yang di melayukan ialah 'anjing panas'  antara makanan yang popular dikalangan kita. Dagingnya di panggil sosej yang diperbuat dari daging ayam ataupun lembu. Tak de kena- mengena pun dengan anjing. 


Mungkin  gelaran 'hotdog' itu lebih sesuai dengan anjing yang di salai seperti gambar di atas. Di China, anjing salai telah menjadi salah satu menu utama masyarakat di sana.


Jom terjah proses pembuatan anjing salai ini :-













Memang pelik kan masyarakat di China ini sehingga anjing pun di jadikan makanan. Harap-harap di masyarakat negara kita belum lagi sampai tahap begini..


Adios~~~~ 

Senarai Penuh Skuad England Piala Dunia 2010



Nampaknya barisan 23 pemain skuad England yang akan membawa misi ke Piala Dunia 2010 telah di muktamadkan semalam oleh pengurus pasukan England, Fabio Capello.


Tiada rombakan yang besar berlaku. Namun begitu agak mengejutkan apabila nama Theo Walcott di gugurkan daripada skuad ini.


Walcott sebelum ini menjadi pilhan bekas pengurus England sebelum ini Sven Goran Eriksson untuk ke Piala Dunia 2006 di Jerman.




Menurut Capello, Walcott di gugurkan atas alasan kurang kosisten dan kerap kali dilanda kecederaan. Tempat Walcott diisi oleh Joe Cole dan Shaun Wright Phillip.


Di bawah ini adalah barisan skuad England yang akan membawa cabaran ke Piala Dunia 2010 :-


SKUAD ENGLAND

Penjaga gol: David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham), Joe Hart (Manchester City)

Pertahanan: Glen Johnson (Liverpool), Rio Ferdinand (Manchester United), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Jamie Carragher (Liverpool), Ledley King (Tottenham), Ashley Cole (Chelsea), Stephen Warnock (Aston Villa)

Tengah: Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), Michael Carrick (Manchester United), Shaun Wright-Phillips (Manchester City), James Milner (Aston Villa), Aaron Lennon (Tottenham), Joe Cole (Chelsea), Gareth Barry (Manchester City).

Penyerang: Peter Crouch (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United), Jermain Defoe (Tottenham)


Selamat Maju Jaya England !


Adios~~~



Baru-baru ini aku berkesempatan pulang ke kampung halaman. Saja mahu menenangkan minda sebelum saat perhitungan tiba pertengahan Jun ini.


Sampai saja je kampung halaman, aku terkejut apabila menerima 10 kad undangan perkahwinan dari sahabat handai dan saudara-mara. Mak aii..


Tak sangka mereka masih ingat lagi kat aku ni walaupun dah lost contact sekian lama. Yang penting persahabatan itu terus terjalin.




Ada yang melangsungkan perkahwinan di Muar, Kota Bahru, Kuala Lumpur, Taiping dan Raub. Nasib baik tiada yang bertindih tarikh.


Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang menjemput aku bagi memeriahkan hari berbahagia kalian. Mungkin ada yang tidak dapat aku hadiri atas urusan tugas dan tanggungjawab. Mana yang dekat tu InsyaAllah..


Apa yang penting aku akan doakan kebahagian rumah tangga kalian semua sampai akhir hayat. Nanti tunggu la pula giliran aku pula pasti akan ku jemput anda semua..


Adios~~~~

Kos Belajar Memandu Naik ?



Kadar bayaran bagi belajar memandu  dijangka meningkat berikutan pengenalan kurikulum baru sistem latihan memandu yang bakal diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ia mungkin dilaksanakan akhir tahun ini.  


Alasan kenaikan ini adalah berdasarkan tempoh masa latihan memandu, latihan menggunakan kenderaan sesuai dan memperbaiki kaedah mendapatkan lesen memandu kenderaan (PSV) kepada lesen pemandu kenderaan perdagangan (GDL).




JPJ juga bercadang mahu memastikan pemegang lesen memandu P (percubaan) perlu mengambil satu ujian khas untuk memperoleh Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas ini berbanding memperolehnya secara automatik selepas tempoh dua tahun. 


Nampaknya satu lagi kenaikan harga bakal berlaku selepas ura-ura kerajaan mahu menaikkan harga petrol, gula dan tol untuk mengurangkan subsidi. Tak kiralah apa jua alasan yang pasti rakyat akan menanggung beban atas kenaikan harga ini.


P/S:- Mula terfikir untuk berjimat cermat setelah ura-ura kenaikan harga akan berlaku huhu..

Adios~~~~



Nampaknya selepas di nobatkan sebagai pemain terbaik dunia pada 2008, saham Cristiano Ronaldo terus melonjak. Beliau telah menjadi duta berberapa produk antarabangsa termasuklah Castrol dan Giorgio Armani.


Sebelum ini Beckham pernah menjadi duta produk-produk ini. Nampaknya Ronaldo juga mempunyai cita-cita mahu menjadi supermodel seperti Beckham.


Jom kita lihat aksi asal Beckham bergaya sebagai model Armani:-






Kat bawah ni aksi Ronaldo bergaya bagai tak nak kalah sebagai model Armani






Nampaknya jejak langkah Beckham telah di turuti oleh Ronaldo. Dari jersi bernombor 7 di Manchester United, berpindah ke Real Madrid dan sehingga menjadi model Giorgio Armani nampaknya Ronaldo tidak mahu kalah dengan populariti Beckham.


Adakah ini petanda Ronaldo mahu mengatasi populariti Beckham? Tapi ada lagi yang telah di capai oleh Beckham  tetapi tidak Ronaldo; iaitu berkahwin dengan seorang supermodel. 


Jom sama-sama kita tunggu adakah Ronaldo mampu berkahwin dengan seorang supermodel sekaligus merampas takhta Beckham. 


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget