Kali ini nak share dengan dengan ada semua sinopsis dan review filem KL Gangster 2 2013. Filem KL Gangster ini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2013.
KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011)
KL Gangster 2 adalah filem paling mahal terbitan Skop Production dengan melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta (kos ini juga telah tersasar dari bajet asal sebanyak RM3 juta) dan telah menggunakan 320 gulung filem (paling banyak) dalam sejarah terbitan filem-filem Skop Production dan filem Melayu
Filem ini dibintangi oleh pelakon utama antaranya Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak, Syamsul Yusof dan ramai lagi.
Jom kita terjah sinopsis filem KL Gangster 2 2013
Ini pula review filem KL Gangster 2 pula :KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
- Penuh dengan aksi dan sepanjang tayangan, KL Gangster 2 tidak menunjukkan sebarang rasa bosan. Mata akan sentiasa segar menyaksikan aksi-aksi yang ditunjukkan para pelakon-pelakonnya.
- Elemen pertempuran, perlanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak yang telah diangkat ke satu tahap baru bagi menampakkan elemen realistik dan dramatik bolehlah dianggap setaraf filem Korea dan Jepun.
- Menampilkan teknik imej janaan komputer (CGI) yang berkesan dan kemas, namun, elemen kekeluargaan turut ditampilkan bagi menyakinkan penghayatan para penonton.
- Watak Abang Long Fadil (Zizan Razak) mengundang tawa hilai penonton dalam setiap babak yang melibatkannya dengan watak poyo yang berlagak hebat tetapi tidak pandai berlawan.
- Memang tidak dinafikan lakonan Rosyam Nor untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan hebat. Lakonannya tampak cukup kemas dalam babak pertarungan dan karakter itu menjadi seperti seorang lelaki yang kejam dan psiko.
- Walaupun watak Tailong lakonan Rosyam Nor dilihat menjadi namun pakaian beliau dalam filem ini tidak menampakkan beliau seorang gangster kerana kerap memakai baju kemeja putih.
- Filem ini tidak menunjukkan bagaimana dan kenapa Ajib (Sofi Jikan) dari kumpulan King menyertai kumpulan Dragon dalam KL Gangster 2011.
Kalau nak tahu sendiri kesudahan filem ini bolehlah tonton di pawagam-pawagam yang berdekatan. Secara overall saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~