KEPUTUSAN PENUH :
Malaysia 1-4 Chelsea
- Malaysia : Fadhli Shas (90')
- Chelsea : Traore (6'), Kevin De Bruyne (29'), Romelu Lukaku (45'), Victor Moses (89')
Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 menyaksikan Malaysia kalah 1-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada aksi persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam.
Gol pertama The Blues hadir pada minit ke-5 melalui bola leret Bertrand Traore sekali gus menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Skuad The Blues yang diketuai John Terry tampil dengan permainan yang pantas dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang, namun berjaya ditepis Farizal.
Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak biah Jose Mourinho melalui tandukan Kevin de Brunye pada minit ke-28 sebelum diusung keluar kerana kecederaan.
Romelu Lukaku menambah jaringan ketiga pada minit ke-45 menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama.
Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.
Kehadiran Safiq Rahim dan Safee Sali memeriahkan keadaan stadium yang dibanjiri oleh kedua-dua penyokong.
Minit ke-88 Victor Moses menambah jaringan keempat Chelsea, namun dua minit selepas itu pemain Malaysia Mohd Fadhli Shas berjaya menjaringkan gol tunggal negara melalui sepakan percuma.
Sebagai rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.
Senarai pemain:
Malaysia:
Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mihd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim.
Chelsea FC:
Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore.
PREVIOUS ENTRY
Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 akan diketahui malam ini. Perlawanan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 ini akan berlangsung jam 9.45 malam di Stadium Shah Alam.
Di jangkakan jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menentang kelab Liga Perdana Inggeris ini.
Selain Chelsea FC, Harimau Malaya juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab dari Jepun bermula 23 Julai hingga 1 Ogos dan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.
Chelsea FC memulakan jelajah pra musim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan pasukan Singha All-Star XI dari Thailand, 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Malangnya tiada siaran langung (live) disiarkan TV1, TV3 mahupun di Astro kerana jualan tiket tidak memberangsangkan. Dengar cerita hanya 20% tiket sahaja terjual. Maklumlah sekarang ini bulan Ramadhan. Mungkin ramai yang mahu menumpukan membuat amal ibadah di bulan mulia ini.
Walaupun tiada siaran langung (live) disiarkan TV1, TV3 mahupun di Astro, anda boleh tonton perlawanan Malaysia VS Chelsea 21 July 2013 di live streaming :-
Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~