Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kamal Ashnawi Manusia Terkaya Di Dunia Miliki RM20 Trilion ?



Kamal Ashnawi manusia terkaya di dunia miliki RM20 trillion? Betul ke Kamal Ashnawi ini lelaki terkaya di dunia atau sekadar 1 gurauan atau gimik ?


Itulah berada di minda kita apabila tersebarnya berita tentang seorang rakyat Malaysia, Kamal Ashnawi yang mendakwa dirinya manusia terkaya di dunia. 


Kamal Ashnawi yang berasal dari Perak mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) namun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia.


Untuk membuktikan dakwaannya itu, beliau telah mengemukakan beberapa salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire'.


Dari mana datangnya duit beliau yang banyak itu ya? Jom kita terjah sedikit latar belakang beliau :- 

  • Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd.
  • Mewarisi kekayaan daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
  • Beliau juga mendakwan dirinya adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
  • Pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005 tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
  • Bakal melancarkan 3 projek yang bernilai trilion ringgit; iaitu projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.


Apa motif beliau mengisytiharkan beliau adalah manusia terkaya di dunia ya? Adakah untuk menyakinkan pelabur untuk melabur dalam projek yang beliau lancarkan tak lama lagi? Atau mungkin jua untuk publisiti dan sanjungan?


Tak takutkah beliau akan ancaman keselamatan apabila dengan berani mendedahkan jumlah aset yang beliau miliki? Jika dakwaan beliau palsu memang tak perlu risau kerana memang rugi si penjenayah menjadikan beliau atau ahli keluarganya sebagai sasaran namun jika dakwaan beliau benar bagaimana? 


Terlalu awal hendak merumuskan betul ke dakwaan Kamal Ashnawi ini yang beliau manusia terkaya di dunia. Nak tak nak terpaksalah kita tunggu sahaja perkembangan terbaru beliau dari masa ke semasa untuk mengetahui betul atau tidak dakwaan beliau itu...





Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
1 Comments

1 comments:

Putra Sri Durga said...

Ini adalah sedikit petikan ramalan Satria Piningit @ Ratu Adil @ Satria Pinandito.
Ramalan ini Hampir Sama Dengan Cerita KA.Adakah ini satu Kebetulan?

"Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuhkembangkan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera."

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget