Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BREAKING NEWS


Pembaharuan lesen memandu akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bermula pada 21 November 2011. Ini bermakna tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.


Pembaharuan lesen memandu ini dibuat mengikut tarikh lahir bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif.


Kerajaan akan menanggung bayaran lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).


Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.


Secara peribadi, pelaksanaan pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir tepat pada masanya. Maklumlah kebanyakan pemegang lesen hanya menyedari bahawa lesen mereka telah mati ketika ditahan Polis atau JPJ.


Bila dah sedar lesen dah mati bolehlah di anggap sudah terlambat apabila disaman pihak Polis atau JPJ. Maklumlah bukan selalu kita ada urusan yang melibatkan lesen memandu ni. Akibatnya ramai yang lupa  mengenai tarikh luput lesen.


Dengan pelaksanaan pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir maka alasan tidak memperbaharui lesen kerana terlupa, sudah semestinya tidak boleh diterima...



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget