Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Sinopsis Filem Vikingdom



SINOPSIS FILEM VIKINGDOM 


Ramai yang dah tahu KRU Studios kini sibuk dalam proses pembikinan sebuah filem epik terbaru yang berjudul Vikingdom,  Live by the sword. Sejak itu ramai yang nak tahu tentang sinopsis filem Vikingdom ini. 


Filem yang berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D).


Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.. 


Jom kita baca sinopsis filem Vikingdom ini :- 

Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. 
Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings. 
Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Antara barisan pelakon bertaraf Hollywod seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).


Membaca sinopsis filem Vikingdom ini sahaja dah menimbulkan keterujaan untuk menonton filem ini apatah lagi filem ini dihasilkan berdasarkan sejarah dan mitos zaman pertempuran besi. Tentu banyak aksi yang akan ditampilkan nanti. 


Apa yang penting ini filem anak Malaysia kita. Syabas KRU Studios! Semoga filem ini akan berjaya di dalam negara dan di luar negara. Semoga banyak lagi anak muda kita mempertaruhkan produk berkualiti untuk menembusi pasaran antarabangsa...  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

ParkAir said...

Respek dengan keberanian KRU, walaupun bakal berhadapan kritikan Hollywood yang takda tapis2!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget