Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar gaji minimum RM1,500 bagi syarikat milik kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2012.


Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Ini bermakna kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.


Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.


Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil,  kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.




Namun menurut sumber, cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1500 bagi kakitangan syarikat kerajaan negeri Selangor mulai 2012 bukanlah secara automatik sebaliknya berdasarkan produktiviti.


Syarikat milik kerajaan negeri harus memberikan latihan kepada kakitangannya bagi menaik taraf kemahiran seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sendiri.


Walaupun ianya bukan secara automatik, namun secara peribadi dasar ini mampu menggalakkan pekerja untuk menaik taraf kemahiran mereka sekaligus meningkatkan produktiviti syarikat.


Bila produktiviti meningkat maka mereka layak mendapat gaji minimum ini. Dengan gaji minimum RM1500 ini dapatlah meringankan beban kos sara hidup kakitangan syarikat Kerajaan Negeri Selangor.


Dalam pada masa yang sama berjuta-juta pekerja di Malaysia masih lagi mengharapkan dasar gaji minimum di Malaysia “diberikan perhatian” segera & serius oleh kerajaan persekutuan sekurang-sekurangnya membantu menangani masalah kemiskinan di Malaysia....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget