Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN MALAYSIA VS INDONESIA LIVE SUKAN SEA 17 NOVEMBER 2011


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-0 INDONESIA


Keputusan Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 17 November 2011 menyaksikan Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di Stadium gelora Bung Karno.


Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Shahrul Azwari yang dimasukkan menggantikan Wan Zaharul Nizam yang mengalami kecederaan. Gol pada minit ke 18 ini hasil hantaran cantik Mahali Jasuli dari kanan padang.


Secara keseluruhan pemain Malaysia bermain secara baik, berdisiplin dan tersusun di segenap posisi. Jika kedudukan ini kekal maka Malaysia bakal menjadi Juara Kumpulan A.


Inilah dia gol pertama yang dijaringkan oleh Shahrul Azwari :- 








Separuh masa kedua berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan bertali arus. Namun agak malang bagi Malaysia apabila Jurulatih Harimau Muda diarahkan meningalkan bangku simpanan oleh pengadil.


Walaupun diasak bertalu-talu Malaysia berjaya bertahan dengan baik dengan mengekang serangan Garuda Muda dalam 45 minit terakhir permainan.


Malaysia juga mendapat banyak peluang menjaringkan gol menerusi Izzaq Farris Ramlan namun pemain ini GAGAL memanfaatkan peluang yang terhidang.




Secara keseluruhan pemainan malam ini adalah yang TERBAIK yang pernah disajikan skuad bawah 23 tahun setakat ini. Semoga persembahan ini dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.


Dengan kemenangan ini Malaysia muncul Juara kumpulan A dan akan menentang Myanmar di separuh akhir pada 19 November 2011 ini manakala Indonesia bakal menentang Vietnam di separuh akhir. 



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Indonesia live Sukan SEA 17 November 2011 jam 8 malam dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia.


Keputusan Malaysia VS Indonesia amat penting memandangkan kedua-dua pasukan mahu kemenangan sekaligus muncul sebagai juara kumpulan bagi mengelakkan bertemu di Vietnam di separuh akhir.


Untuk rekod, Indonesia sudahpun layak ke separuh akhir manakala Malaysia sudah separuh kaki ke separuh akhir. Malaysia hanya perlukan seri untuk layak sambil mengharapkan Singapura GAGAL menang ke atas Thailand dengan jaringan 5 gol.


Skuad Garuda Muda di jangka menurunkan skuad kedua bagi memberi peluang kepada kesebelasan utama berehat bagi membuat persiapan menjelang separuh akhir.


Di kem Harimau Muda pula, Ong Kim Swee bakal menurunkan pemain berpengalaman yang pernah beraksi di final Piala Suzuki 2010 menentang Indonesia bagi mengimbangi permainan dan menyerap tekanan.




Apa yang penting buat skuad Harimau Muda ialah tidak menghiraukan provokasi pemain dan penonton Indonesia dan elakkan dari menerima kad merah dalam perlawanan ini.  


Tugas utama Harimau Muda ialah fokus dalam perlawanan ini dengan menampilkan persembahan terbaik sambil mengurangkan kesilapan terutamanya di hadapan pintu gol.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) perlawanan Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 17 November 2011 di TV2, TV3 dan Astro Arena saluran 801 jam 8 malam ini


Bagi yang nak menonton secara live streaming, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-



Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan @ result Malaysia VS Indonesia live Sukan SEA 17 November 2011 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

permainan yang menarik, harap malaysia menang

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget