Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-0 SINGAPURA


Separuh masa pertama tamat dengan tanpa jaringan buat kedua-dua. 20 minit pertama Singapura banyak mendominasi permainan walaubagaimanapun menjelang hujung-hujung permainan Malaysia dilihat menguasai bahagian tengah.


Banyak pergerakan dicipta Malaysia gagal akibat dapat dibaca oleh pertahanan Singapura. Banyak percubaan menjaringkan gol Malaysia dilakukan dari jarak jauh terutamanya dari Badroll Bakhtiar.


Separuh masa kedua menyaksikan Irfan Fazail dimasukkan menggantikan Shukor Jusoh. Banyak pergerakan dihasilkan oleh Irfan untuk menembusi gawang Singapura.


Malaysia banyak mendominasi permainan namun ketumpulan barisan penyerang menghampakan peminat bolasepak apabila gagal menjaringkan gol sepanjang permaianan termasuklah beberapa percubaan Badrol Bakhtiar dari luar kotak penalti.


Singapura yang diasak teruk hanya mampu bertahan sambil mengharapkan counter attack untuk menembusi gawang Malaysia yang diketua Khairul Fahmi Che Mat.


Keputusan seri tanpa jaringan 0-0 kekal sehingga wisel ditiupkan pengadil. Selepas ini Malaysia akan menentang Thailand pada 9 Oktober 2011 jam 5 petang.


Dengan keputusan perlawanan Malaysia VS Singapura ini pastinya sedikit sebanyak menyukarkan misi Harimau Muda untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.


Inilah dia rumusan dari perlawanan sebentar tadi :-

  • Pemain Malaysia tak tahu hala tuju apabila memegang bola
  • Terlalu lambat membuat keputusan apabila bola berada di kaki
  • Pemain tengah tidak dapat menggerakkan atau membuka permainan kepada penyerang
  • Terlalu mengharapkan keajaiban ( harapkan badrol je yang rembat untuk score gol )
  • Tidak bermain di tahap keupayaan sebenar ( Kecik, shahrul azwari )
  • Tiada penyerang yang benar2 mantap ( Fakri Shaarani - tak faham kenapa Ong Kim Siew pilih dia padahal tiada tempat dalam team N9.....Izzat Faris - tak boleh komen lagi sbb main 10 min terakhir ( kalau komen tak adil bagi dia )
  • Refree tak bagi penalti...

PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternanti-nantikan keputusan Malaysia VS Singapura live Sukan SEA 7 November 2011 jam 4.45 petang dalam perlawanan pertama bolasepak yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.


Turun selaku juara bertahan selepas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau selama 2 dekad di Vientiane, Laos 2 tahun lalu memang satu cabaran yang cukup besar buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2011 kali ini. 


Bolehlah di anggap perlawanan ini peluang Malaysia membalas dendam ke atas kekalahan kepada Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun ketika itu skuad Harimau Malaya yang bertanding bukan skuad Olimpik. 


Tiga mata berharga perlu diraih bagi mengelak skuad negara terpaksa menempuh ranjau penuh berliku pada aksi seterusnya kerana tuan rumah, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan cabaran Kemboja dalam satu lagi aksi Kumpulan A.





Lima daripada enam tonggak juara 2009 bakal kembali dipertaruhkan jurulatih Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama Malaysia menghadapi Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA XXVI Indonesia, hari ini.


Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika.


Apa-apa pun jangan lepaskan menonton perlawanan ini secara langsung Malaysia VS Singapura live Sukan SEA 7 November 2011 jam 4.45 petang di RTM 1 dan Astro Arena saluran 801.


Keputusan @ result Malaysia VS Singapura Live Sukan SEA 7 November 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan ini tamat.


P/S : Sementara kita menunggu perlawanan ini bermula apa kata tonton MasterChef di Astro Ria dan filem terbaru ini, The Adventure of Tintin 3D yang sudah mula di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia.  




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget