Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts

Baucar Buku 1Malaysia RM200 (Bajet 2012)



Baucar buku 1Malaysia yang dibentangkan dalam Bajet 2012 akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari 2012. Baucar buku 1Malaysia RM200 adalah dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.


Golongan sasaran pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit ini adalah kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Mereka yang layak mendapat baucar ini boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu.


Kepada mereka yang mahu mendapatkan baucar ini, anda  perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan baucer ini.


Secara peribadi bagus juga diberikan baucar buku ini kepada pelajar. Sekurang-kurangnya memang pasti mereka akan tukarkan baucar dengan buku. Kalau beri wang ringgit belum pasti mereka akan beli buku...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Pembayaran pencen dan bayaran khas pesara 2012 (Bajet 2012) iaitu pembayaran buat kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas. 


Penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas 2012 berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan.


Bagi bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B. 


Ini bermaka penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu.


Untuk makluman lanjut mengenai pembayaran pencen dan bayaran khas pesara 2012 ini anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.


Kepada mereka yang menerima  pembayaran pencen dan bayaran khas 2012  ini jangan berbelanja yang bukan-bukan pula. Berbelanjalah dengan berhemah. Perlu di ingat perjalanan hidup kita tidak boleh diramal maka lebih baik kita simpan sedikit wang untuk hari tua kita...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar gaji minimum RM1,500 bagi syarikat milik kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2012.


Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Ini bermakna kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.


Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.


Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil,  kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.




Namun menurut sumber, cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1500 bagi kakitangan syarikat kerajaan negeri Selangor mulai 2012 bukanlah secara automatik sebaliknya berdasarkan produktiviti.


Syarikat milik kerajaan negeri harus memberikan latihan kepada kakitangannya bagi menaik taraf kemahiran seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sendiri.


Walaupun ianya bukan secara automatik, namun secara peribadi dasar ini mampu menggalakkan pekerja untuk menaik taraf kemahiran mereka sekaligus meningkatkan produktiviti syarikat.


Bila produktiviti meningkat maka mereka layak mendapat gaji minimum ini. Dengan gaji minimum RM1500 ini dapatlah meringankan beban kos sara hidup kakitangan syarikat Kerajaan Negeri Selangor.


Dalam pada masa yang sama berjuta-juta pekerja di Malaysia masih lagi mengharapkan dasar gaji minimum di Malaysia “diberikan perhatian” segera & serius oleh kerajaan persekutuan sekurang-sekurangnya membantu menangani masalah kemiskinan di Malaysia....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Sejak pengumuman mengenai wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah yang diumumkan dalam Bajet 2012 baru-baru ini ramai yang tertanya-tanyakan bagaimanakah mekanisme pembayarannya. 


Untuk maklumat, pembayaran wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah ini akan dibuat serta merta kepada pihak sekolah iaitu sebelum bermulanya sesi persekolahan 2012.


Pembayaran lebih awal itu bertujuan meringankan beban ibu bapa sebelum musim persekolahan tahun depan. Pemberian wang secara tunai akan dibuat melalui setiap sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan tidak membabitkan sekolah persendirian atau swasta.


Difahamkan pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.


Bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu mereka akan hanya menerima wang bantuan tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.


Untuk panduan bagaimana untuk memohon wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah ini, sila rujuk garis panduan yang disediakan di bawah ini :- 


Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012


Kepada ibubapa yang mahukan anak mereka menerima wang bantuan RM100 ini perlu mengisi borang akuan penerimaan / penolakan wang bantuan ini dan perlu di kembalikan kepada pihak sekolah.  


Wang bantuan ini hanya di tawarkan untuk sesi persekolahan 2012 sahaja. Untuk bantuan-bantuan lain, perlu menunggu pengumuman dari Kementerian Pelajaran dari masa ke semasa. 


Diharapkan dengan garis panduan di atas ini dapatlah menjawab persoalan yang timbul mengenai wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. 


Sememangnya wang bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan ibubapa untuk perbelanjaan anak-anak apabila menjelangnya sesi persekolahan yang baru. 


Namun sebagai rakyat, apa yang kita harapkan ialah peruntukan ini dapat disalurkan kepada kepada golongan sasaran tanpa berlakunya ketirisan maklumlah ianya melibatkan peruntukan yang besar. Mungkin ada yang menangguk di air yang keruh...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Ramai yang dah tahu mengenai diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan Monorel yang diumumkan dalam Bajet 2012 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2012. 


Diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan monorel ini diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi buat warga emas yang tinggal di sekitar Lembah Klang.  


Secara peribadi bagus juga diskaun 50% untuk warga emas ini diperkenalkan namun begitu mungkin ada beberapa perkara yang mungkin perlu di teliti sebelum melaksanakannya pada 1 Januari 2012 ini nanti antaranya :-

  • Bagaimana hendak dapatkan diskaun 50% ini? Adakah setiap kali membeli tiket ini kaunter LRT warga emas ini perlu tampilkan kad pengenalan untuk buktikan umur mereka dalam kategori warga emas? Mungkin prosedur begini melecehkan.

  • Adakah mungkin warga emas yang kerap menggunakan LRT akan di minta mendapatkan pas istimewa atau kad Touch N Go khas untuk warga emas bagi mendapat potongan diskaun ini?

  • Mungkin juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperkenalkan kad untuk warga emas bagi memudahkan mendapat diskaun ini dan bantuan-bantuan lain dari agensi kerajaan.

  • Kan lagi bagus jika diskaun 50% ini turut ditawarkan untuk bas dan teksi. Maklumlah bukan semua tempat di Lembah Klang ada LRT dan Monorel. Ini akan bermakna lagi ramai warga emas yang dapat manfaatnya.

  • Ada yang meminta supaya disediakan koc untuk warga emas. Maklumlah kesian melihat orang tua bersesak-sesak dalam LRT. Tapi rasanya tak perlu kot koc warga emas ni. Tak ramai warga emas gunakan LRT ini. Cukuplah sekadar mengingatkan orang muda supaya memberi tempat duduk kepada warga emas dalam LRT.  

Harap-harap segala persoalan ini dapat dirungkaikan sebelum diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan Monorel dilaksanakan tahun depan. Apa yang penting segala urusan untuk mendapat diskaun ini di permudahkan. 


Maklumlah yang menerima diskaun ini adalah golongan warga emas. Kasihan mereka jika banyak karenah birokrasi terpaksa mereka tempuhi semata-mata mahu mendapatkan diskaun 50% ini...  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget