Pertama kali dalam sejarah, pada 24 June 2011, Blog Aku Dan Sesuatu telah mencecah 5247 visitors dalam sehari. Sebelum ini purata visitors setiap hari ialah 1500 visitors sahaja.
Memang seronok bila tengok di Feedjit visitors masuk tak henti-henti. Secara tidak langsung Facebook fan club Blog Aku dan Sesuatu turut menerima tempias apabila kira-kira 20 orang klik 'like' pada 24 June 2011 menjadikan jumlah terkumpul setakat ini ialah 411 orang.
Ini pula graf yang mencatatkan jumlah visitors pada setiap jam. Jumlah yang tertinggi dicatatkan ialah 1702 visitors kira-kira jam 10 malam 24 June 2011. Biasanya purata visitors pada setiap jam adalah kira-kira 90 visitors sahaja.
Inilah kuasa Search Engine Optimization (SEO). Kalau tahu menggunakannya 1000 UV dalam sehari tak jadi masalah lah.
Ini pula jumlah visitors yang pernah dicatatkan dalam 1 masa. Kalau mengikut whos.among.us, 353 orang tengah melawat blog ini pada ketika itu tapi kalau ikut Widgeo, seramai 319 orang tengah melawat blog ini.
Untuk rekod, jumlah pelawat melawat blog ini paling tinggi pernah dicatatkan adalah sekitar 65 orang pada sesuatu masa.
Yang di bawah ini pula laporan jumlah visitors pada setiap hari dalam seminggu. Setiap hari jumlah visitors melepasi angka 1500 UV. Jumlah total visitors dalam seminggu ialah 14752 UV.
Mungkin ada yang tak tahu apa gunanya dapat jumlah trafik yang banyak ni. Sebenarnya bila trafik tinggi, semakin tinggilah income kerana kemungkinan visitors untuk klik pada iklan juga tinggi.
Sekaligus PageRank juga akan meningkat. Blog kita akan lebih mesra dengan Google. Secara peribadi benda ini lebih kepada keseronokan peribadi saya sahaja.
Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi singgah di Blog Aku Dan Sesuatu. Kepada blogger yang blogwalking yang singgah di blog ini adalah disarankan meninggalkan komen supaya saya dapat mengunjungi blog anda pula...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~