Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


Masih ingat entri Tiket Filem Transformers 3 Dark Of The Moon. Saya dah beli ! ? Saya dah tengok filem ini pada hari kedua tayangan filem ini 30 June 2011.


Memang penuh panggung dengan peminat setia filem ini berasak-asak beratur membeli tiket. Kebanyakan pawagam di Lembah Klang membuka banyak hall semata-mata memenuhi permintaan penonton.  


Seperti yang dijanjikan saya akan memberikan sinopsis dan review filem Transformers 3 Dark Of The Moon ini :-

Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots.
Transformers 3 Dark of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sam Witwicky dan kawan robotnya diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut.
Terdapat beberapa karakter baru termasuk karekter jahat dalam bentuk Shockwave. Karekter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.
Krisis tercetus apabila Optimus Prime membawa pulang mentor beliau yang terkandas di bulan, Sentinel Prime ke bumi lalu menghidupkannya semula. 
Malangnya Sentinel Prime lebih berminat membina semula planet Cybertron lalu rela bersekongkol dengan Decepticon semata-mata mahu mengembalikan era planet Cybertron. 
Ini menyebabkan kekacauan berlaku di bandaraya Chicago apabila Optimus Prime gagal mengawal Sentinel Prime yang membawa masuk perajurit beliau yang berjumlah ratusan robot dan kapal perang yang terkandas di bulan untuk turun ke bumi.  
Autobots dipersalahkan oleh pihak tentera US lalu di arah menaiki roket untuk dihantar ke angkasa dengan harapan apabila Autobots tiada maka Decepticons juga akan meninggalkan bumi. 

Ketika roket dilancarkan, Starscream mengambil kesempatan membelil roket itu. Semua menjangkakan Autobots sudah mati. Keadaan di bumi bertambah buruk ketika ketiadaan Autobots.
Ketika Sam Witwicky diancam oleh Decepticon, Autobot datang menyelamatkan keadaan. Sebenarnya Autobots tak mati kerana berjaya mengaburi mata Starscream. 
Pertembungan antara Decepticons yang Autobots yang disokong oleh tentera US pun tercetus. Bumblebee berjaya memusnahkan teras yang boleh menghidupkan semula planet Cybertrons. 
Optimus Prime yang patah tangan kanan berjaya membunuh Sentinel Prime dan Megatron.


 Review :- 

  • Watak dan peranan heroin baru, Carly lakonan Rosie Hungtinton tidak jelas dan tidak banyak membantu. Beliau lebih banyak berkepit dengan sang hero, Sam Witwicky selain menjadi 'penyeri majlis'
  • Pertengahan filem ini agak meleret dan membosankan. Ada part-part yang tidak memberi kesan terhadap jalan cerita.   
  • Jalan cerita hampir sama dengan Transformers 2 Revenge of The Fallen di mana Tentera US membuat kesilapan mengusir Autobots dari bumi dengan harapan Decepticons akan meninggalkan bumi namun ia mengakibatkan Decepticons bermaharajalela di bumi. 
  • Agak kecewa apabila Ironhide iaitu pakar senjata Autobots dan robot kanan Optimus Prime mati dibunuh Sentinel Prime.
  • Tak sangka Starscream boleh kalah di tangan Sam Witwicky dan Tentera US. Nampak tak logik.
  • Terkesima dengan teknik CGI yang hampir tiada cacat celanya. Ini menghidupkan babak perperangan antara robot yang nampak real.
  • Autobots sudah memiliki perajurit baru iaitu robot yang boleh berubah bentuk menjadi Ferari merah dan dan sebuah lagi boleh berubah menjadi Mercedes Benz W212.   
  • Terlalu mudah Sentinel Prime dan Megatron mati dibunuh oleh Optimus Prime. Macam tak puas je tengok pertembungan 3 robot paling kuat ini. 
  • Filem ini hampir memakan masa 3 jam. Kalau nak tengok elok pergi tandas dulu. kerana 1 jam terakhir ialah babak paling best sekali di mana pertempuran berlaku di tengah bandar Chicago.  

    Setakat inilah dahulu sinopsis dan review filem Transformers 3 Dark Of The Moon dari saya. Kalau ikutkan banyak lagi nak komen. Nanti komen banyak sangat anda semua tak nak pula tengok filem ini.


    Apa-apapun saya bagi 3.5 dari 5 bintang. Kepada sesiapa yang nak tengok di pawagam tu di nasihat beli tiket awal jika nak tengok pada hari minggu ini kerana pawagam di jangka akan sesak dengan peminat Transformers...


    P/S : Sekali lagi saya tujukan entri ini khas untuk rakan blogger saya, Anis Syuhada Nazari yang tak dapat tengok filem ini sebab di Kelantan tak ada pawagam,. Mungkin dengan membaca sinopsis di atas beliau sudah dapat gambaran sebenar tentang filem ini. So tak payah dah fikir nak tengok filem ini :P



    Velasrizal Rodriguez
      

    Adios~~~~

    Comments
    4 Comments

    4 comments:

    Unknown said...

    tak sabar nak tengok!

    CeritaSekupang said...

    nampak macam menarik...kalau tak keberatan ..nak tengok ahad ni..hii..

    Unknown said...

    macam ade ciri2 borink...tapi tetap nak tgok!

    Korriey@Bukhari said...

    Yg aku x puas hati pasal transformers 3 nie :

    1)Kenape diorg hapuskan watak2 utama dlm transformers.. Cube kekalkan.. Da hilang original transformers...

    2)Kenapa megatron yg jahat tu bleh rileks saja sandar kat dinidng je.. Diorg dh dpt teras tu.. Nape x repair je die.. Starscream yg putus kaki dlu elok plak kaki die lam cite nie..

    3) Awek Sam tu x lawa lgsg.. Cara speak pn aku x minat...hehe

    4) Sentinel Prime bile die dpt bentuk kereta tu sedangkan die tu dtg dr bulan.. Kat bulan lg die dh ade shape bdn kete tue...

    5) Megatron yg jahat sgt tu mati katak senang begitu jek dlm keadaan yg sangat daif..Da la karat plak tu.. bg la die tu power skit. lawan best skit dgn optimus..

    6)Robot2 lain yg canggih2 x nmpak pn aksi diorg.. sikit sgt..

    7) Paling kesian kat ironhide (weapon master).. Mati gitu jek.. Da la kene tembak bodo gitu jek.. X adil la.. Da la aotobot sikit..

    8)Apa jadi kat robot kecik bawak kapal besar tu???

    9) Lelaki durjana yang belot tu tak setimpal la balasan dia.. Mati pn x die tu..

    10)Sam witwicky kurang la bersama robot-robot die dlm cite nie.. Ckp dgn optimus pn kejap je.. Sedangkan die yg jumpe autobot dlu masa trans 1.. Pastu die diketepikan plak...hmmm..

    11)Konsep robot tranformers tu da ilang... Bleh plak robot burung tukar mcm2...

    12)Robot besar mcm ular tue... Terlampau x best sgt la robot tu.. x nmpk transformers lgsg.. Nmpk mcm cite terminator pn ade.. Da la besor... klu mcm devastator tu laen la.. Dia cantuman dr robot2 lain...

    13)Byk lg komennye sbonarnye.. x pe.. lopaih nie teman bt filem transformers sendiri la...hehehe.. Chaiyokkkk!!

    Related Posts with Thumbnails

      ShoutMix chat widget