Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 3-6 LIVERPOOL


Tahniah  Harimau Malaya! walaupun tewas, tetapi pasukan negara sempat juga merobek gawang Liverpool sebanyak 3 kali lalu menyaksikan Liverpool menang 6-3 ke atas Malaysia.


Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1. Gol Liverpool pertama hasil sepakan penalti Charlie Adam minit ke 26.


Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim minit ke 43 menerusi sepakan percuma yang cantik. Gemuruh Stadium Nasional meraikan gol pertama Malaysia. 




Malaysia telah memberikan tentangan yang mungkin tidak diduga oleh peminat bola sepak tempatan kepada salah sebuah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sangat handal, Liverpool pada separuh masa kedua. 


Davvid Ngog menjaringkan 2 gol berturut turut buat Liverpool pada minit ke 57 dan 58 untuk menjadikan kedudukan 1-3.




Liverpool menambah derita Malaysia apabila Maxi Rodriguez menjaringkan gol minit ke 74. Kedudukan menjadi 1-4


Malaysia berjaya menambah 2 lagi gol menerusi Safee Sali minit ke 79 dan 81 lalu kedudukan menjadi 3-4. Persaingan antara Harimau Malaya dan Liverpool menjadi semakin sengit.



    
Namun kelalaian pada minit-minit permainan menyaksikan Maxi Rodriguez menjaringkan gol minit ke 90 dan Dirk Kuyt pada minit ke 93. Kedudukan menjadi Malaysia 3-6 Liverpool sehingga wisel penamat ditiupkan.


Apa-apa pun Tahniah kepada Malaysia yang tampil dengan aksi yang menarik walaupun kalah. Namun semangat yang tak mahu mengalah ini patut di puji !


PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Liverpool live Asia Tour (perlawanan persahabatan) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 5.45 petang 16 Julai 2011 ini.


Ini peluang terbaik untuk pemain Malaysia mempamerkan kebangkitan setelah dimalukan oleh Arsenal 0-4 baru-baru ini. Selain itu dari perlawanan ini kita dapat mengetahui sejauh manakah persiapan Malaysia untuk menentang Singapura pada 28 Julai 2011 ini. 


Bagi Liverpool, menentang skuad kebangsaan Malaysia penting  bagi memberi ruang buat pemain memperbaiki kesilapan, seperti mana yang berlaku ketika bertemu Guandong apabila Liverpool menang tipis 4-3. 


Liverpool akan turun tanpa bimbingan jurulatih kerana Kenny Dalglish yang terpaksa terbang balik ke England untuk melengkapkan perpindahan Steward Downing dari Aston Villa.




Persoalan yang penting sekarang ada tak siaran langsung (live) Malaysia VS Liverpool ini? Pertemuan Malaysia VS Arsenal rabu lalu mengundang rasa kecewa di kalangan peminat sukan bolasepak apabila ia tidak disiarkan secara langsung oleh mana-mana stesen televisyen.


Ia berikutan syarat penganjur perlawanan bahawa jualan tiket perlu melebihi 90% barulah dapat hak menyiarkan secara siaran langsung perlawanan ini di kaca TV.  


Walaupun belum ada kenyataan muktamad mana-mana pihak, tetapi petunjuk terkini memperlihatkan bahawa peluang untuk perlawanan itu disiarkan secara langsung adalah cerah. 


Ini kerana jualan tiket untuk perlawanan sudah mencecah 67000 keping tiket. Jika esok jualan mencapai tahap melebihi 75000 keping, maka syarat jualan tiket melebihi 90% berjaya dicapai.


Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar perlawanan Malaysia VS Liverpool ini dapat disiarkan secara langsung di Astro atau RTM. 


Keputusan @ result perlawanan persahabatan Malaysia VS Liverpool live Asia Tour 16 Julai 2011 jam 5.45 petang ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sharinginfoz said...

all the best malaysia, kalau china 3-4 liverpool, Malaysia kena buat lagi bagus

malaysian fan said...

siaran langsung di astro arena 817 antara malaysia lawan liverpool petang ini

Faizalpj said...

nasib Ngog tak menganjing Apek

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget