Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BREAKING NEWS

Keputusan Pilihanraya Thailand 2011berpihak kepada Parti Pembangkang, Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, memenangi majoriti tipis dalam Pilihan Raya Umum Thai yang berlangsung pada 3 Julai 2011.


Parti Pheu Thai  dengan mendapat 264 daripada 500 kerusi Parlimen yang dipertandingkan sekaligus menyanggah ramalan sesestengah pihak yang meramalkan kemenangan selesa Parti Pheu Thai pada pilihanraya ini.
  

Untuk rekod, Parti Pheu Thai berjaya menambah lagi 78 kerusi manakala Parti Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.





Ini bermakna Thailand akan mempunyai Perdana Menteri wanita yang pertama apabila Yingluck Shinawatra 44, (adik kepadaThaksin Shinawatra) akan mengisi kedudukan kerusi Perdana Menteri.


Selepas keputusan Pilihanraya Thailand 2011 diumumkan, Yingluck Shinawatra berjanji kepada rakyat Thailand yang beliau tidak akan mengecewakan mereka sambil mengakui banyak kerja yang bakal menanti beliau.


Sementara itu bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang hanya menang 160 kerusi mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Yingluck Shinawatra.


Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti-parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing 7 kerusi.



Rak Thailand memenangi 4 kerusi, Matubhum 2 dan masing-masing 1 kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.




Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 66% iaitu kira-kira 30,987,801 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka iaitu dari jumlah 47.3 juta yang layak mengundi.


Walaubagaimanapun, SPR mempunyai masa sehingga 2 Ogos 2011 untuk mengesahkan kemenangan itu.


Kemenangan Parti Pheu Thai di sambut meriah oleh penyokong Baju Merah kerana menganggap ia akan mengubah nasib rakyat Thailand secara keseluruhannya.


Nampaknya sekarang ini dah menjadi trend rakyat menyokong perjuangan parti pembangkang di negara masing-masing. Adakah trend ini akan merebak di Malaysia yang belum pernah bertukar parti pemerintah ? Kalau nak tahu sama-samalah kita tunggu Pilihanraya Umum ke 13 nanti..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget