Tadi terbaca laporan temubual Metro Ahad, terkejut juga apabila terbaca tentang Khairul Fahmi mahu putus tunang dengan Elia. Rasanya masih baru lagi usia pertunangan mereka ini.
Menurut laporan ini, antara punca membawa kepada Khairul Fahmi mahu putus tunang dengan Elia adalah kerana Elia mendakwa kehadiran orang ketiga dalam hidup Khairul Fahmi iaitu Dahlia namun dinafikan oleh penjaga gol Kelantan dan Malaysia itu.
Menurut Khairul Fahmi, hubunganya dengan Dahlia adalah seperti adik dan abang. Tidak lebih dari itu. Dia dan keluarga Dahlia berkawan baik kerana tinggal di kampung yang sama.
Khairul Fahmi juga menolak dakwaan bahawa dia sudah lupa diri sejak akhir-akhir ini terutamanya selepas menjulang Piala Suzuki 2010.
Kalau nak baca laporan penuh temubual Metro Ahad bersama Khairul Fahmi, boleh klik di sini.
Memang berat dugaan bertunang terutamanya apabila kehadiran syaitan menghasut untuk memutuskan ikatan yang terjalin. Apabila terputusnya ikatan maka syaitan akan bersorak keriangan.
Setiap pasangan perlu kuat iman menahan godaan yang melanda. Kalau ada masalah eloklah diselesaikan secepat mungkin. Jangan biarkan melarat. Komunikasi adalah jalan yang terbaik.
Harap-harap Khairul Fahmi Che Mat dapat memikirkan semula hasrat mahu putus tunang dengan Elia untuk menjaga hubungan nama baik keluarga kedua-dua pihak..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~