Dah lama rasanya tak menulis entri pasal makan-makan. Maklumlah saya ni bukan kaki makan sangat. Asal boleh cekik apa-apa pun dah kira bagus. Tapi bila ada orang ajak makan di mana-mana saya on je.
Baru-baru ini saya ke Batu Pahat atas ajakan seseorang. Dia nak cuba sangat nasi beriyani gam Batu Pahat. Katanya memang sedap dan 'kaw'sangat.
Kami makan di Restaurant Mohd Shah Bariani yang terletak di meden selera di hadapan Putra Specialist Hospital Batu Pahat.
Dengar cerita nasi beriyani gam ini di restaurant ini antara yang paling sedap di Batu Pahat. Yang rekemen restaurant ini ialah kawan saya yang berasal dari Renggit, Batu Pahat.
Dah nama orang Batu Pahat mestilah dia tau kedai mana yang terbaik kan. Menu yang saya order iaitu nasi beriyani gam kambing.
Selain dijual di restaurant, nasi beriyani gam ini juga dah jadi menu utama dalam majlis-majlis keraian dan kenduri kendara di sekitar Batu Pahat.
Sepinggan nasi beriyani kambing ialah RM6.50 manakala nasi beriyani ayam pula RM6. Tak lah mahal sangat.
Cuma kalau nak dalca dan papadom kena tambah lain. Kalau tak silap 1 piring dalca = RM1. 1 plastik papadom pun RM1.
Untuk minuman pula, kena order di kedai sebelah. Secara keseluruhan saya bagi 8 out of 10. Dagingnya lembut dan kuahnya pekat. Adunan rempah ratus yang terbaik ! Semua rasa.
Cuma ada orang kata kalau makan nasi beriyani gam ini akan jadi ketagih tapi saya tak ketagih pun. Rasa biasa-biasa je.
Kalau anda berkesempatan ke Johor apa kata singgah di Batu Pahat untuk merasai sendiri nasi beriyani gam ini. Kalau tak, anda akan terlepas merasai salah satu hidangan istimewa dari selatan tanah air ini..
P/S : Credit kepada kawan saya, Norfadzliana Binti Hassan yang merekemen dan memberitahu arah untuk sampai ke restaurant ini..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~