BREAKING NEWS
Hari ini Kabinet membuat keputusan bijak untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan caj bulanan mereka kepada pengguna selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Ahli Kabinet bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ia diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang.
Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.
Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Secara peribadi saya berpendapat Astro telah salah langkah menaikkan caj bulanan pengguna ketika rakyat di bebani masalah kenaikan harga barangan dan tarif elektrik.
Pastinya rakyat merungut dan tidak boleh menerima kenaikan ini memandangkan Astro memonopoli industri stesen TV berbayar. Kalau harga barangan naik, boleh cari barang alternatif yang lebih murah. Kalau Astro naik harga kita tak ada alternatif lain.
Rungutan pengguna mengenai siaran terjejas ketika hujan, rancangan yang kerap di ulang dan caj RM10 yang dikenakan untuk pemotongan pakej masih belum Astro jawab secara rasmi.
Rakyat Malaysia juga terlalu bergantung hidup dengan Astro. Nak buat macam mana dah stesen TV swasta tak dapat menandingi perkhidmatan yang ditawarkan Astro.
Pihak Astro pasti pernah terbaca di media cetak, elektronik mahupun media sosial mengenai keluhan para pengguna berhubung kenaikan harga pelbagai barangan.
Kawan saya mengeluh bajet untuk barangan keperluan dapur kini terpaksa ditambah. Ini kerana kebelakangan ini kuantiti barangan yang mampu dibeli dengan bajet yang biasa menjadi sedikit berbanding sebelum ini.
Itu belum lagi mengambil kira bulan Ramadan yang bakal disambut diikuti Hari Raya Aidilfitri. Tak sanggup rasanya tengok anak-anak nanti raya pakai baju yang diperbuat dari langsir rumah.

Jadi Astro, tolonglah fahami kedudukan pengguna dengan tidak lagi menambah beban yang sedia ada...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~