BREAKING NEWS
Skuad gergasi bolasepak England, Chelsea sudah pun tiba di Kuala Lumpur Malaysia kira-kira tengahari jam 1 petang tadi (18 Julai 2011) melalui pesawat MAS sempena Asia Tour 2011.
Chelsea merupakan kelab ke 3 Liga Perdana Inggeris yang melakukan perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia selepas Arsenal dan Liverpool.
Chelsea membawa kesemua pemain bintangnya untuk Asia Tour 2011 ini kecuali David Luiz dan Ramires yang menyertai Brazil untuk kejohanan Copa Amerika.
Inilah suasana ketika penyokong Chelsea menyambut kehadiran pemain bintang pujaan mereka di sebuah hotel terkemuka :-
Inilah dia pengurus Chelsea yang baru Andre Villas Boas bersama-sama pasukan jurulatih.
Kapten pasukan Chelsea bersalaman dengan peminat Chelsea di Malaysia
Ini pula penyerang pasukan Chelsea, Didier Drogba berasal dari Ivory Coast yang berumur 33 tahun.
Walaupun gagal menyerlah di Chelsea, namun Fernando Torres masih mendapat sambutan hangat peminat.
Untuk rekod, pasukan Chelsea dijadualkan akan menentang pasukan pilihan Malaysia (campuran pemain senior dan skuad Olimpik) pada 21 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam.
Dalam 2 perlawanan dengan gergasi England, Malaysia tumpas 0-4 kepada Arsenal dan kalah 3-6 kepada Liverpool. Kalau dengan Chelsea ini tak tahulah berapa pula kena.
Inilah senarai 26 pemain Chelsea yang menyertai Asia Tour 2011 ini :-
Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Jamal Blackman, Jose Bosingwa, Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, Alex, John Terry, Slobodan Rajkovic, Nathaniel Chalobah, Ashley Cole, Patrick van Aanholt, Ryan Bertrand, John Mikel Obi, Josh McEachran, Frank Lampard, Yossi Benayoun, Billy Clifford, Yury Zhirkov, Florent Malouda, Salomon Kalou, Daniel Sturridge, Nicolas Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres.
Tak pasti lagi sama ada (secara langsung) live perlawanan antara Malaysia VS Chelsea ini di TV. Kalau nak tahu nanti saya akan update kan dari masa ke semasa.. Harap-harap ada lah. Sama-samalah kita berdoa...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~