Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts



Dividen AS1M 2013 adalah 6.70 sen seunit ! Dividen Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) 2013 untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2013 meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit untuk 2012.


Agihan pendapatan akan melibatkan pembayaran sebanyak RM593.06 juta, peningkatan 30.9% berbanding pembayaran jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM453.03 dan akan memanfaatkan seramai 365,355 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 9.28 bilion unit AS1M.


AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM723.93 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM405.99 juta atau 56.1% manakala baki RM128.15 juta atau 17.7% lagi diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.


Bagi yang belum tahu, AS1M merupakan dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50% saiz yang diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain.


Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, semua urus niaga AS1M di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 September sehingga 30 September. Semua pengagihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober.


Bagi yang belum tahu, pengiraan pengagihan pendapatan AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana...


Dengar cerita tak lama lagi ASB 2 akan dilancarkan untuk memperkasakan gologan bumiputera. Walaubagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan. Sama-samalah kita tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Harga baru petrol RON95 mulai 3 September 2013 ialah RM2.10 seliter, naik 20 sen manakala hara baru diesel pula ialah RM2.00 seliter. Harga baru petrol RON95 dan diesel mulai 2013 ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.


Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.


Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014. 




Agaknya kenapa ya kerajaan menaikkan harga petrol ? Adakah kerana kerana harga pasaran minyak dunia meningkat gara-gara ura-ura Amerika akan menyerang Syria atau berpunca melihatkan kepada keadaan ekonomi Malaysia yang akan terus tidak menentu dek kerana pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.


Yang pastinya mulai malam ini kebanyakan stesen minyak mula diserbu pemilik kenderaan. Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.


Mungkin ada sesetengah pihak akan berkata inilah hadiah terbaik dari kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia yang sudi mengundi mereka semasa Pilihanraya baru-baru ini. Itu belum lagi dengan perkenalan GST dan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan tak lama lagi. 


Dua puluh sen dari harga sebelum ini RM1.90 adalah dalam 10.5%. Kalau sekarang anda isi minyak untuk cover 5 hari bekerja rm50, lepas ini akan jadi RM55.25.  Penambahan sebanyak RM5.25 seminggu, kalau 4 minggu sebulan so penambahan kos minyak sebanyak RM21 sebulan. Banyak tu...


P/S : Sama-samalah kita merasai kesan domino dari kenaikan harga minyak petrol ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Proton Suprima S 2013 sudahpun dilancarkan ! Proton Suprima S 2013 ini dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 17 Ogos 2013 dengan harga bermula RM76,688 hingga RM79,638.


Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.


Model baru Proton Suprima S yang juga dikenali sebagai Preve hatchback adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 varian iaitu  Executive dan Premium.


Jom kita lihat model Proton Suprima S ini dengan lebih dekat :-




Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.


Proton Suprima S merupakan sebuah model yang memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.


Jom kita lihat pula permukaan dalam model baru ini :-




Permukaan dashboard model ini nampak simple dan kosong namun ciri-ciri elegan ditampilkan dengan kemasan citarasa Eropah.


Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.


Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.


Ini pula bahagian belakang model Proton Suprima S ini :-




Proton Suprima S ini menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.


Jom kita terjah harga untuk varian Proton Suprima S:-

  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


Dengan beberapa harga model lain turut berada di dalam lingkungan harga yang hampir sama, saingan sengit sudah pasti akan dihadapi oleh Suprima S ini terutamanya Toyota Vios baru yang bakal dilancarkan pada Oktober ini.  


Apa pendapat anda tentang model Proton Suprima S ini ? Secara peribadi harga yang ditawarkan adalah setaraf dengan kualiti dan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa namun bahagian belakang model ini tidak cukup mengancam untuk sebuah model hatchback....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 telahpun diumumkan. Keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 telah menentukan pelawak manakah yang paling popular dan terbaik.


Siaran langsung (live) Anugerah Lawak Warna ini disiarkan di saluran Astro Warna saluran 132 pada 16 Ogos 2013 jam 9 malam. Jika ada live streaming Anugerah Lawak Warna ini saya akan share kan di sini nanti.


Seramai 36 artis dicalonkan sebagai finalis akhir Anugerah Lawak Warna (ALW) yang bakal berlangsung pada 16 Ogos ini di Istana Budaya. Ini merangkumi 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri.


Inilah dia keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 :


KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK

Istanbul Aku Datang


2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

Zizan (Hantu Kapcai)


3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)


4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)


5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)


6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

Maharaja Lawak Mega 2012


7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK

Keluarga Iskandar (KL motion Picture Sdn Bhd)


8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK

Oh! My English (RED Communication)


9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Warna Raya 2012


10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Istanbul Aku Datang

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

7 Dulang Asam Pedas


12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK

Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)


13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK

Rock oo


14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)


15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)


KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

Jep Sepah


2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

Didie Alias


3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Sketsa JoHaRa


4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR 

matluthfi90 - Drama-Drama Sebelum Kahwin


5. ANUGERAH KHAS JURI

Othman Hafsham

S. Shamsuddin


Tahniah kepada semua pemenang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~


Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 (31 Ogos 2013)


Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 pada 31 Ogos 2013 telahpun diperkenalkan. Logo Hari kemerdekaan adalah seperti gambar di atas manakala temanya ialah 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. 


Tema hari merdeka tahun ini itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini. Antaranya ialah :-

  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
  • Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 di Pusat Maritim Putrajaya.
  • Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya, 30 Ogos 2013.
  • Perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos 2013. 

Apa pendapat anda tentang logo dan tema Hari Kemerdekan ke 56 ini. Lawa tak logo dia ? Bagi saya biasa-biasa sahaja cuma taklah teruk macam logo tahun lepas. Tahun lepas punya logo dah lah tak lawa, tema dia pula sangat berunsurkan politik sehingga diperdebatkan umum. Harap-harap lepas ini perkara ini tidak berlaku lagi....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda semua senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia. Dengan adanya senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 ini maka dapatlah anda membuat keputusan rumah terbuka manakah yang anda mahu terjah.


Jom kita terjah senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia :-


KUALA LUMPUR

Rumah Terbuka Istana Negara

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Seri Perdana, Putrajaya


KEDAH

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, Alor Setar


PULAU PINANG

Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Baru,


PERAK

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 2.30 petang - 6 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh


Rumah Terbuka Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : Kampung Sungai Rokam, Ipoh


SELANGOR

Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam


Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 9 malam - 12 malam

Tempat : Padang Astaka, Tanjong Karang


NEGERI SEMBILAN

Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Pekarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban


Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : No. 1 Kampung Tanjung, Rantau


MELAKA

Rumah Terbuka bersama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka


Rumah Terbuka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 malam - 11.30 malam

Tempat : Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka


JOHOR

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru


PAHANG

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi

Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan


Rumah Terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang


TERENGGANU

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 3 petang

Tempat : Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu


KELANTAN

Rumah Terbuka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 4 petang

Tempat : Darul Falah, Jeli


PERLIS

Rumah Terbuka Istana Perlis

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Istana Arau


Rumah Terbuka Menteri Besar, Azlan Man

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 8.15 malam

Tempat : Pusat Khidmat Pauh, Arau


SABAH

Rumah Terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu


Rumah Terbuka Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : No. 71, Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher, Kota Kinabalu


SARAWAK

Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Pusat Konvensyen Borneo, Kuching



Selamat menerjah rumah terbuka di Hari lebaran ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 telah di umumkan sebentar tadi. Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 telah di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad di TV dan Radio seluruh Malaysia.


Dengan pengumuman yang telah dibuat, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari khamis, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H.


Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari khamis, 8 Ogos 2013."


Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pembaca Blog Aku Dan Sesuatu ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri akan di adakan di Putrajaya pada 8 Ogos 2013. Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Perdana Menteri bersama anggota jemaah menteri akan berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.


Bagi mereka yang nak hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri ini, anda digalakkan mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma bagi megelakkan kesesakan trafik berlaku.


Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.


Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.


Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung halaman berhari raya tu bolehlah datang beraya bersama Perdana Menteri di Putrajaya. Mana tahu boleh dapat duit raya ke...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 


Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013! Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013 berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.


Tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos. Walaubagaimanapun tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Pastinya semakin dekat kita dengan penghujung Ramadhan ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman. Dengan 1 Syawal dijangka disambut pada hari Jumaat, ramai yang dah mula pulang ke kampung halaman bermula dari 3 April lalu. 


Ini menjadikan lebuhraya kurang sesak kerana pengguna lebuhraya pulang secara berperingkat-peringkat sehingga ke hari terakhir Ramadhan. Dijangkakan pada Hari Raya ke 4 (11 Ogos 2013, ahad) jalanraya akan sesak dengan orang ramai yang akan pulang ke kota untuk kembali bertugas keesokkan harinya. 


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman pastikan rumah anda ditinggalkan dalam keadaan selamat. Sila maklumkan kepada pihak Polis berapa lama anda bercuti bagi mengelakkan kejadian yang tak di ingini berlaku.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 telahpun dikeluarkan ! Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 dikeluarkan bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.


Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 


Jom kita terjah cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013




Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah Klang). 


Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat.


Yang menariknya jadual waktu perjalanan PLUS  kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.


Apa yang diharapkan ialah orang ramai akan  memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013bergantung kepada orang ramai....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

CEO Baru Maybank : Datuk Abdul Farid Alias



CEO baru Maybank 2013 ialah Datuk Abdul Farid Alias ! CEO baru Maybank, Datuk Abdul Farid Alias diumumkan menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Unit Perancang Ekonomi.


Bagi mereka yang belum mengenali beliau sebenarnya Datuk Abdul Farid Alias pernah memegang jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Maybank.


Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, pemilihan Abdul Farid dibuat selepas lembaga pengarah Maybank melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap calon dari luar dan dalam Maybank.


Jom kita terjah sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam dunia koporat :-

  • Beliau mendapat ijazah pertama perakaunan di Universiti Pennsylvania State dan ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan dan kewangan di Universiti Denver, Amerika Syarikat.
  • Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal. 
  • Beliau turut berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd dari 2005 hingga 2008 sebagai pengarah pelaburan. 
  • Menjadi ahli lembaga pengarah syarikat seperti UEM World Bhd dan PLUS Expressways Bhd.

Buat masa ini, jawatan terakhir Abdul Farid dipangku CEO Maybank Investment Bank Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tahniah Datuk Abdul Farid Alias atas pelantikan ini. Semoga beliau dapat mengekalkan momentum Maybank untuk menjadi peneraju dalam sektor perkhidmatan kewangan di rantau Asean...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2013 diberikan bermula dari 7-9 Ogos 2013. Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2013 ini diberikan bagi mengurangkan beban pengguna lebuhraya yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. 


Sebanyak 17 lebuh raya akan memberi diskaun 5 - 37.5% pada 7 hingga 9 Ogos 2013. Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberi diskaun 5 - 37.5% pada 7 hingga 9 Ogos 2013  :-

  • Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE),
  • Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), 
  • Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
  • Lebuh Raya SMART, 
  • Lebuh Raya Shah Alam (KESAS),
  • Lebuh Raya KL-Karak (KLK), 
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), 
  • Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), 
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), 
  • Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), 
  • Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX), 
  • Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), 
  • Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), 
  • Lebuh Raya Senai Desaru (SDE),
  • Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), 
  • Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) 
  • Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT).

5 lebuh raya kendalian Projek Lebuh Raya Usaha Selatan (PLUS) menawarkan rebat tol 20% kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos 2013.


5 lebuh raya di bawah PLUS adalah Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman hati-hati di atas jalan raya. Patuhi undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 RM500 akan diberikan kepada kakitangan awam dan RM250 pesara. Pengumuman bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 atau Bantuan Khas Kewangan telah dibuat oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. 


Bonus Hari Raya Aidilfitri atau Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara pada 31 Julai 2013 (rabu).


Butiran Bantuan Hari Raya 2013 (Bantuan Khas Kewangan 2013)

  • Bantuan Raya 2013 ini dikenali dengan Bantuan Khas Kewangan 2013
  • RM500 untuk 1.4 juta kakitangan awam bernilai RM670 juta
  • RM250 untuk 660,000 pesara kerajaan bernilai RM165 juta
  • Tarikh pembayaran Bantuan Hari Raya 2013 ini akan dibuat bayaran pada 31 Julai 2013
  • Pembayaran bantuan khas kewangan 2013 Hari Raya ini melibatkan gred 1 hingga gred 54

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan yang menerimanya Bantuan Raya 2013 kali ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Keputusan Undian Piala Malaysia 2013



Keputusan undian Piala Malaysia 2013 telahpun diketahui. Majlis undian Piala Malaysia 2013 ini berlangsung di TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur  pada 27 Julai 2013 jam 5.30 petang dan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.


16 pasukan yang layak ke Piala Malaysia dibahagikan kepada 4 balang seperti rajah di atas. 4 pasukan teratas Liga Super diletakkan dalam balang A bagi mengelakkan pasukan pilihan bertembung dalam peringkat kumpulan. Pasukan-pasukan lain dibahagikan mengikut kemampuan dan kekuatan pasukan masing-masing di dalam Balang B, C dan D.


Inilah dia keputusan undian Piala Malaysia 2013 :

  • Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
  • Kumpulan B : Johor DT, Selangor PKNS, T-Team, Felda United 
  • Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan 
  • Kumpulan D : Lion XII, Perak, Sarawak, Kedah 


Nampaknya kumpulan maut musim ini pastinya kumpulan C di mana menemukan 3 gergasi dari Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 


Kumpulan lain nampaknya seimbang. Perlawanan pertama Piala Malaysia akan bermula pada 20 Ogos 2013. Jadual perlawanan akan dikeluarkan nanti.


Apa-apa pun selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Cuti umum Nuzul Quran pada 26 Julai 2013 (Jumaat) ini adalah untuk negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja. 


Ini bermakna negeri-negeri lain tidak bercuti pada 26 Julai 2013 ini. Hanya 7 negeri ini sahaja yang akan bercuti selama 3 hari dari 26 Julai - 28 Julai 2013 (cuti hujung mingggu + cuti umum).


Pastinya cuti 3 hari ini digunakan sepenuhnya rakyat di negeri tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2 minggu lagi.


Mungkin jua ada yang pulang ke kampung halaman berpuasa bersama keluarga tersayang dan ada yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli belah membeli barangan dan pakaian untuk berhari raya.




Bagi penduduk negeri Selangor pastinya menggunakan kesempatan ini untuk berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur untuk membeli belah. 


Maklumlah tempat tersebut mempunyai banyak pilihan untuk membeli pakaian Hari Raya dan juga murah selain mengambil kesempatan ketidaksesakkan di Kuala Lumpur pada hari berkerja.


Selamat Menyambut cuti Nuzul Quran buat semua penduduk negeri yang mendapat cuti. Kepada penduduk negeri lain yang tidak mendapat cuti ini jangan jeles pula ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Di Kuala Lumpur 2013



Kali ini nak share dengan anda senarai lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur 2013. Lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur selalunya menjadi tumpuan orang ramai selepas waktu berkerja untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.


Mungkin ada di antara kita yang suka melawat bazar Ramdahan yang berbeza-beza setiap hari. Maklumlah nak tengok juadah yang berbeza-beza setiap hari. 


Bagi memudahkan anda mencari lokasi tapak Bazaar ramadhan di Kuala Lumpur, di sini saya kongsikan senarai lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur 2013 di bawah ini :-


BANDAR TUN RAZAK
  • Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
  • Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  • Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  • Taman Len Sen
  • Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  • Parking Bersebelahan LRT Cheras
  • Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  • Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  • Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  • Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak

BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu
  • Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)

BATU
  • Tapak Parking Pasar Selayang
  • Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
  • Sentul Pasar
  • Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  • PPR Batu Muda
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  • Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

CHERAS
  • Taman Segar
  • Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu

KEPONG
  • Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

SEPUTEH
  • Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
  • Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
  • Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

LEMBAH PANTAI
  • Jalan Sri Jati 3
  • Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
  • Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
  • Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

SEGAMBUT
  • Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
  • Jln Cochrane

TITIWANGSA
  • Pasar Datuk Keramat
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
  • Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
  • Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang

SETIAWANGSA
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
  • Jalan Wangsa Melawati 3
  • Jalan Wangsa Delima
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
  • Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak

WANGSA MAJU
  • Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
  • Jalan Langkawi, Teratai Mewah
  • Kaki lima Plaza Idaman
  • Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
  • Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
  • Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
  • Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
  • Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
  • Tapak Pasar Malam Taman Melati


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Jadual waktu berbuka puasa & imsak bagi Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013/1434H telahpun dikeluarkan. Jadual waktu berbuka puasa & imsak dapat memudahkan kita untuk membuat persiapan berbuka mahupun bersahur sepanjang bulan Ramadhan.


Ramai yang dah sedia maklum kan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari rabu, 10 Julai 2013 @ 1 Ramadhan 1434 Hijrah.


Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Jom kita terjah waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1434H/2013 kali ini.




Marilah kita  memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.


Kepada semua yang akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah di nasihatkan supaya minum air sebanyak mungkin dan makan buah-buahan untuk menampung kehilangan air dalam badan di siang hari. 


Apa-apa pun jangan lupa semak jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1434H/2013 kali ini untuk memudahkan anda mengetahui waktu berbuka dan waktu imsak di tempat anda...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Tarikh permulaan puasa 2013 (1 Ramadhan 1434H) dijangkakan pada 10 Julai 2013 manakala umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 8 Ogos 2013 berdasarkan ramalan Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 


Jangkaan awal 1 Ramadan 1434H, berdasarkan hitungan pengiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Syaaban dengan fasa bulan baru (Ramadan) berlaku pada 8 Julai, bersamaan waktu Malaysia pukul 3.16 petang.


Tarikh 29 Syaaban iaitu bersamaan hari rukyah, juga jatuh pada 8 Julai ini. Bagi jangkaan awal Syawal 1434H pula, ia berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi. Tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos.


Walaubagaimanapun tarikh mula berpuasa ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Ramai di kalangan kita yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti pada 6 dan 7 Julai 2013 (sabtu dan ahad) sebelum bulan Ramadhan tiba.


Pada 26 Julai 2013 (jumaat) umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan 1434H. Nampaknya kita akan bercuti selama 3 hari (jumaat, sabtu, dan ahad). Pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang.


Di sini saya ingin mengucapka selamat menyambut bulan Ramdhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dan meningkatkan amal ibadat pada bulan yang mulia ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BERITA TERKINI


Darurat di isytiharkan di Muar dan Ledang akibat jerebu ! Darurat di isytiharkan di Muar dan Ledang akibat jerebu berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi 23 Jun 2013.


Darurat di Muar dan Ledang di isytiharkan oleg Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.

    
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746. Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.




Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
    

Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. 


Nampaknya jerebu kian teruk melanda terutamanya di kawasan pantai barat Malaysia. Oleh itu kurangkan aktiviti anda di luar rumah. Kalau boleh pakai topeng muka bila berada di luar rumah. Kalau memandu kenderaan, nyalakan lampu bagi mencerahkan penglihatkan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Proton Saga SV 2013 telahpun dilancarkan ! Proton Saga SV 2013 ini menawarkan harga yang lebih rendah dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.


Majlis pelancaran Proton Saga SV 2013 ini telah barlangsung di Proton Edar outlet in Mutiara Damansara pada 15 Jun 2013. 


Proton Saga SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).


Apa yang anda perlu tahu mengenai model Proton Saga SV ini ialah :-

  • Harga Proton Saga SV yang dilancarkan ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model Saga terdahulu.
  • Memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini
  • Pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah iaitu serendah RM250 sebulan untuk memiliki Saga SV.
  • Dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm.
  • 6 warna ditawarkan untuk Saga SV baru ini seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red).



Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. 


Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.


Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV ini, maka Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia. Agaknya bilakah pula giliran kereta keluaran lain menurunkah harga ya.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget