Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts



Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri akan di adakan di Putrajaya pada 8 Ogos 2013. Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Perdana Menteri bersama anggota jemaah menteri akan berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.


Bagi mereka yang nak hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri ini, anda digalakkan mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma bagi megelakkan kesesakan trafik berlaku.


Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.


Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.


Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung halaman berhari raya tu bolehlah datang beraya bersama Perdana Menteri di Putrajaya. Mana tahu boleh dapat duit raya ke...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 


Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013! Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013 berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.


Tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos. Walaubagaimanapun tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Pastinya semakin dekat kita dengan penghujung Ramadhan ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman. Dengan 1 Syawal dijangka disambut pada hari Jumaat, ramai yang dah mula pulang ke kampung halaman bermula dari 3 April lalu. 


Ini menjadikan lebuhraya kurang sesak kerana pengguna lebuhraya pulang secara berperingkat-peringkat sehingga ke hari terakhir Ramadhan. Dijangkakan pada Hari Raya ke 4 (11 Ogos 2013, ahad) jalanraya akan sesak dengan orang ramai yang akan pulang ke kota untuk kembali bertugas keesokkan harinya. 


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman pastikan rumah anda ditinggalkan dalam keadaan selamat. Sila maklumkan kepada pihak Polis berapa lama anda bercuti bagi mengelakkan kejadian yang tak di ingini berlaku.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 akan di adakan di Sitiawan, Perak pada 28 Januari 2012 ini. Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan ini akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 ini dijangka turut dihadiri pemimpin MCA dan Menteri- Menteri Kabinet dan jmulah pegunjung dijangka seramai 40000-50000 orang. 


Turut akan memeriahkan majlis ialah artis-artis tempatan dan artis antarabangsa. Majlis akan dimulakan jam 6 petang dan dijangka tamat sekitar 11 malam. 


Kepada penduduk sekitar Sitiawan Perak anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. Manalah tahukan ada rezeki angpau untuk anda tahun ini dari Perdana Menteri. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Kalau tak dapat angpau, dapat limau mandarin free pun jadi lah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget