Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts



KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA DUN KAJANG


Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti  5,379 undi.


Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.


Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.


Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.


Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.


Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.


Previous Entry :


Keputusan Pilihanraya Dun Kajang 23 Mac 2014 akan diketahui seawal 9 malam ini. Keputusan Pilihanraya Dun Kajang ini di anggap penting bagi mengetahui sejauh mana kekuatan sokongan rakyat terhadap parti dan calon yang bertanding. 


Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama melalui calonya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 


Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.


Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.


Apa pilihan penduduk Kajang?


LAPORAN LANGSUNG


7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.

Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.

7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran:

PKR - 10,070 BN
BN - 6,145
Majoriti - 5,075

6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi

PKR - 9,892
BN - 6,075
Majoriti - 3,817

6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi:

PKR - 9,257
BN - 5,448
Majoriti - 3,809

6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran.

PKR - 8,847
BN - 5,260
Majoriti - 3,587

6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran:

BN - 4,361
PKR - 7,514

6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi

PKR - 5,242
BN - 3,429

6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal:

PKR - 4,239 undi
BN - 1,617
Majoriti - 2,622

Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi.



Berita selanjutnya akan menyusul....



Sumber : Malaysiakini



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013-2018



Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 telahpun diumumkan. Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013. 


Jom kita terjah Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 :-


Perdana Menteri:
Yab Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)

Timbalan Perdana Menteri:
Yab Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) Yb Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
(2) Yb Dato Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Yb Senator Dato Sri Idris Jala (Senator)
(4) Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
(5) Yb Dato Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
(6) Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
(7) Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: Yab Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)
(2) Menteri Kewangan Ii: Yb Dato Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri:
(3) Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: Yab Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
(2) Menteri Ii: Yb Dato Seri Idris Bin Jusoh (Umno)

(3) Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
(4) Timbalan Menteri Ii: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Abdul Rahim Bakri (Umno)

Menteri Pengangkutan
(1) Menteri : Yb Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : Yb Dato Fadilllah Yusof (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Hamzah Bin Zainuddin (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : Yb Dato Hasan Bin Malek (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (Umno)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Jailani Bin Johari (Umno)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : Yb Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)

Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Saravanan A/L Murugan (Mic)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Subramaniam (Mic)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Seri Hilmi Bin Yahaya(Umno)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Noriah Binti Kasnon (Umno)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : Yb Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Joseph Salang Anak Gandum (Prs)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. James Dawos Mamit (Pbb)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)


Nampaknya ada muka baru dan dalam barisan menteri kabinet kali ini. Antara yang digugurkan ialah Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shaziman Mansor, Datuk Seri Rais Yatim (tidak bertanding dalam pilihanraya) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (tidak bertanding dalam pilihanraya) .


Antara muka baru ialah Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Wahid Omar (bekas CEO Maybank) yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Senator -berkuatkuasa 5 Jun 2013).


Kepada semua pemimpin dalam  senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018, kita rakyat Malaysia mengharapkan satu perubahan bakal berlaku di samping semua janji-janji dan manifesto dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Tahniah kepada semua pemimpin dan menteri kabinet yang dilantik. Selamat bertugas!




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Azlan Man kini Menteri Besar baru Perlis mulai 7 Mei 2013 ! Azlan Man dilantik Menteri Besar baru Perlis yang ke 11 sebaik sahaja Barisan Nasional memenangi 13 dari 15 kerusi DUN Perlis. 


Azlan Man yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini hari ini jam 10 pagi.


Azlan Man, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Raja Perlis menitahkan supaya semua pihak menyokong Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. 


Agak-agaknya apa kata orang lama dalam Umno Perlis ya? Menurut sumber, Azlan Man baru setahun jagung bertanding dan menang sekali di DUN Pauh sudah boleh diangkat dan diterima jadi MB? Kerana apa? Adakah beliau bekas pegawai P.T.D gred JUSA C di BPA Putrajaya yg boleh dianggap elit dan menjadi pemacu transformasi di Perlis ?


Apa-apa pun tahniah kepada YB Azlan Man kerana dilantik sebagai memegang jawatan Menteri Besar Perlis. Semoga YB dapat membawa kemajuan dan merancakkan pembangunan modal insan di Perlis ini nanti... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Datuk Ahmad Yakob kini Menteri Besar baru Kelantan ! Datuk Ahmad Yakob dilantik Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mulai 6 Mei 2013. 


Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan ini  mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.


ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.


Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82, membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur. 


Terima kasih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Kelantan, hanya rakyat Kelantan sahaja yang tahu mengapa Kelantan sungguh istimewa di bawah kepimpinan ulamak. Terima kasih Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

6 Mei 2013 Cuti Umum Seluruh Malaysia ?



6 Mei 2013 cuti umum seluruh Malaysia ? Betul ke 6 Mei 2013 di isyhtiharkan cuti umum seluruh Malaysia ?   Mungkin ini persoalan yang bermain di kotak fikiran seluruh rakyat Malaysia ketika ini.


Persoalan ini bermain di fikiran rakyat Malaysia selepas SPR mengumumkan tarikh Pilihan Raya ke 13 jatuh pada 5 Mei 2013 bersamaan hari ahad. Pilihan Raya sebelum-sebelum ini jatuh pada hari sabtu.


Apabila Pilihan Raya ke 13 jatuh pada hari ahad memang ramai yang mengharapkan hari isnin keesokkan harinya diumumkan cuti umum bagi memudahkan urusan semua rakyat yang pulang mengundi di kampung kembali ke ibukota dalam keadaan tidak tergesa-gesa untuk kembali bekerja


Jika 6 Mei 2013 tidak di isytiharkan sebagai cuti umum pastinya akan berlaku kesesakan jalanraya yang teruk pada 5 Mei memandangkan rakyat tergesa-gesa pulang ke ibukota untuk berkerja keesokkan harinya.


Setakat ini beberapa negeri sudah mengisytiharkan cuti umum pada 6 Mei iaitu Kedah, Terengganu dan Selangor. Diharapkan kerajaan yang akan terbentuk selepas diumumkan menang PRU 13 dapat mengumumkan cuti umum seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan rakyat yang pulang mengundi di kampung kembali ke ibukota dalam keadaan tidak tergesa-gesa untuk kembali bekerja...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Kedah 2013



Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Kedah 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Kedah dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Kedah 2013 :-






Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Kedah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Perak 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Perak dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Perak 2013 :-





Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Perak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Selangor 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Selangor dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Selangor 2013 :-





Untuk rekod, Pakatan Rakyat merampas Selangor dari Barisan Nasional pada PRU 2008. Ini menjadikan pilihanraya kali ini sengit di negeri ini memandangkan kedua-dua pihak mahu memerintah negeri yang terkaya di Malaysia ini. 


Apa-apa pun selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Selangor...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~






Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Negeri Sembilan 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Negeri Sembilan dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Negeri Sembilan 2013 :-



Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Negeri Sembilan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Melaka 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Melaka dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Melaka 2013 :-






Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Melaka..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~





Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Johor 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Johor dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Johor 2013 :-




Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Johor...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Pahang 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Pahang dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Pahang 2013 :-





Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Pahang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Terengganu 2013 telahpun dimuktamadkan. Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Terengganu dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Terengganu 2013 :-





Semoga dengan adanya senarai calon yang bertanding atas tiket Barisan Nasional, Pakatan Rakyat ataupun BEBAS ini dapatlah kita mengenali calon yang bertanding di kawasan kita. buatlah pilihan dengan bijak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~





Kali ini nak share dengan anda semua senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Kelantan 2013.  Senarai calon PRU 13 Parlimen dan DUN Kelantan dimuktamadkan selepas tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 20 April 2013.


Jom kita terjah senarai calon Pilihanraya Ke 13 Parlimen dan DUN Kelantan 2013 :-




Selamat bertanding buat semua calon-calon PRU 13 Parlimen dan DUN Kelantan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Tarikh Pilihan Raya ke 13 ialah pada 5 Mei 2013 (Ahad) manakala penamaan calon pula pada 20 April 2013. Tarikh Pilihan Raya ke 13 dan penamaan calon ini ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 30 April bagi petugas media, petugas SPR dan pasukan keselamatan. Tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.


Informasi Tarikh Pilihan raya Umum 2013 (PRU ke 13)

  • Tarikh Bubar Parlimen : 3 April 2013 (Rabu)
  • Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) : 10 April 2013 (Rabu)
  • Tarikh Penamaan Calon Pilihanraya : 20 April 2013 (Sabtu)
  • Tempoh Kempen Pilihanraya : 14 hari
  • Tarikh Undi Pos PRU 13 : 30 April 2013 (Selasa)
  • Tarikh Hari Mengundi Pilihanraya Umum ke 13 : 5 Mei 2013 (Ahad)

Nampaknya gaya, dengan hari mengundi PRU 13 ini jatuh pada hari Ahad, maka dijangkakan ramailah akan EL (Emergency Leave) pada hari esoknya, Isnin. Ataupun, hari Isnin bakal diumumkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan baru yang akan dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum 2013 ini. Mungkin?


4 peraturan baru PRU ke 13 2013 :- 

  • Penggunaan dakwat kekal
  • Pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos
  • Membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian.
  • Pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.


Memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara Malaysia, saya jangkakan keputusan PRU ke 13 akan diumumkan sangat-sangat lewat daripada biasa. Jadi, bersiap-sedialah bersengkang mata dan tempoh tidak cukup tidur baik di masa tempoh berkempen sehinggalah termasuklah dari hari Ahad ke awal pagi esoknya.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




BREAKING NEWS 


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012. Perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri berkuatkuasa selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April 2012.


Walaubagaimanapun beliau akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO kerana bagi beliau Wanita UMNO sudah seperti keluarga baginya.


Dipercayai punca perletakan jawatan Datuk seri Shahrizat berpunca  apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.


Walaubagaimanapun Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, beliau merasakan tindakan berundur adalah keputusan yang baik.


Jom kita terjah kronologi isu NFC yang membawa kepada perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil :





Secara peribadi saya merasakan memang tepat keputusan beliau 'mengundurkan diri' dari terus memegang jawatan sebagai menteri. Daripada dipecat adalah lebih baik dari mengundur diri secara terhormat. Bimbang nanti beliau menjadi 'liabiliti' kepada Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget