Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Bajet 2013. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2013. Show all posts

PRIMA Kuantan Pahang 2013 Dilancarkan !



Projek PRIMA Kuantan, Pahang telahpun dilancarkan. PRIMA Kuantan, Pahang ini merupakan perumahan mampu milik pertama di pantai timur untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri. 


Projek  PR1MA  Kuantan, Pahang ini akan mula dilaksanakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap 3 tahun lagi. 


PR1MA PR1MA  Kuantan  ini terletak di kawasan bersempadan dengan bandar Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang menyediakan peluang kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 dan tidak memiliki lebih daripada satu rumah, untuk memohon. 




Jom kita terjah antara keistimewaan PR1MA Kuantan ini :- 

  • PR1MA Kuantan akan merangkumi kediaman PR1MA, taman-taman awam, kedai runcit, pusat membeli-belah, pejabat dan lain-lain kemudahan awam.
  • Ia mudah diakses melalui Jalan Gambang, Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Pekan.
  • Di dalam pembangunan PR1MA Kuantan terdapat rumah dua tingkat dan apartmen.

Harga jualan PR1MA ini akan diumumkan nanti tapi rasanya harganya mampu milik sebab ianya 20-30% lagi murah dari harga pasaran. Nanti saya akan sharekan harganya nanti di sini.    


Mereka yang layak boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah serta memenuhi syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka. 


Kepada yang belum memiliki rumah lagi tu dan sedang mencari rumah di sekitar Kuantan, cepat-cepatlah apply rumah ini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

PRIMA Alam Damai, Cheras 2013 Dilancarkan !



Projek PRIMA Alam Damai, Cheras telahpun dilancarkan. PRIMA Alam Damai, Cheras ini merupakan perumahan mampu milik pertama di Kuala Lumpur untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri. 


Projek  PR1MA Alam Damai, Cheras  itu akan mula dilaksanakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap 3 tahun lagi. 


PR1MA Alam Damai ini terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur menyediakan peluang kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 dan tidak memiliki lebih daripada satu rumah, untuk memohon. 


Jom kita terjah antara keistimewaan PR1MA Alam Damai ini :- 




  • Lokasi strategik yang terletak di Cheras dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.
  • Sejumlah 2,078 unit kediaman bertingkat akan dibina dalam8 blok merangkumi 4 jenis membabitkan keluasan antara 670 kaki persegi hingga 1,055 kaki persegi seunit. 
  • Dilengkapi pelbagai kemudahan setaraf kondominium seperti dewan orang ramai untuk 1,000 orang, surau untuk 850 jemaah, skygarden di setiap 5 tingkat untuk penduduk bersantai, 2 tadika, taska, gimnasium, taman permainan dan kedai komersial, termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).
  • Sebanyak 3,500 tempat parkir untuk penduduk dan orang kelainan upaya (OKU) dan 400 kamera litar tertutup (CCTV) sejajar dengan konsep Bandar Selamat, selain kemudahan sedia ada seperti sekolah dan balai polis,



Harga jualan PR1MA Alam Damai akan diumumkan nanti tapi rasanya harganya mampu milik sebab ianya 20-30% lagi murah dari harga pasaran. Nanti saya akan sharekan harganya nanti di sini.    


Mereka yang layak boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah serta memenuhi syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka. 


Kepada yang belum memiliki rumah lagi tu dan sedang mencari rumah di sekitar ibu kota, cepat-cepatlah apply rumah ini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

KARISMA Hati Rakyat 2013 Dilancarkan !



Baucer KAR1SMA Hati Rakyat 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. KARISMA Hati Rakyat 2013 ini diperkenalkan khusus bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik.


Secara ringkasnya KAR1SMA Hati Rakyat 2013 ini akan membabitkan :- 

  • Pengagihan baucer Karisma Hati Rakyat akan membabitkan 200,000 penerima.
  • Membabitkan peruntukan RM50 juta.
  • Baucer khas Karisma Hati Rakyat akan diedarkan sebelum 31 Mac 2013. 
  • Baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung.
  • Baucer bantuan khas RM300 bagi penerima di Sabah & Sarawak.
  • Hanya layak untuk kegunaan untuk digunakan bagi keperluan rumah, sekolah dan khas.

Bagi memastikan bantuan berkenaan sampai kepada golongan sasaran, kerajaan menubuhkan pasukan pemantau bergerak.




Cuma apa yang menimbulkan persoalan disini bagaimana rakyat hendak tahu yang mereka akan menerima baucer KAR1SMA Hati Rakyat ini kerana buat masa ini tiada pengumuman senarai nama mereka yang akan menerima bantuan ini. 


Selain itu, persoalan lain yang timbul ialah adakah ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak? Bagaimana kerajaan menafsir maksud "golongan berpendapatan rendah"? Adakah berdasarkan berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah seperti BR1M? Harap ada penjelasan yang jelas dari kerajaan berkenaan perkara ini.


Memang banyak betul inisiatif kerajaan perkenalkan untuk membantu rakyat sejak akhir-akhir ini. Macam Santa Claus turun dari langit pula. Harap-harap tradisi ini berterusan selepas tamatnya Pilihanraya 2013 tak kiralah kerajaan mana yang akan memerintah nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

BR1M 2.0 Diagihkan & Diedarkan Mulai 2 Februari 2013 !



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah mula diagihkan dan diedarkan mulai 2 Februari 2013. BR1M 2.0 2013 kali ini di jangka bakal dinikmati oleh 7 juta isi rumah dan individu bujang di Malaysia. 


Mereka yang berpendapatan isirumah RM3000 ke bawah menikmat bantuan RM500, individu bujang berpendapatan RM2000 ke bawah menikamati bantuan RM250 manakala vateran ATM menikmati 
RM1000.


Untuk rekod, pemberian BR1M yang memasuki pusingan ke 2 diteruskan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri merekodkan kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lalu.


Bagi mereka yang sudah menerima baucar tunai BR1M 2.0 ini, anda boleh tunaikan baucher di cawangan Maybank dan CIMB Bank seluruh Malaysia.


Bagi yang belum dapat baucer ini jangan bimbang, ini kerana bantuan disampaikan secara berperingkat-peringkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan. Nak tak hendak baucer ini mesti disampaikan sebelum bulan 3 ini. Maklumlah tarikh pilihanraya kan dah dekat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Bantuan khas persekolahan RM100 diberikan mulai 15 januari 2013. Bantuan khas persekolahan RM100 yang diumumkan dalam Bajet 2013 ini akan diberikan terus kepada ibubapa secara berperingkat.


Ini bermakna ibubapa akan menerima duit ini terus dari pihak sekolah tanpa menolak hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Untuk rekod, dalam Bajet 2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah peruntukan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

   
Bantuan sekolah kali kedua yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.


Walaupun sesi persekolahan telah bermula seminggu yang lalu namun bantuan persekolahan ini pastinya dapat membantu dalam menyempurnakan beberapa lagi keperluan tambahan yang lain seperti membayar tambang bas sekolah. dan lain-lain.. Kepada ibubapa diluar sana, diharapkan anda sabar menunggu surat dari pihak sekolah untuk mengambil duit bantuan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



BREAKING NEWS


Akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian telefon pintar (Smartphone) untuk mendapatkan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2013.   


Ini bermakna belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.




Namun selepas mendapat kecaman dan sindiran pelbagai pihak akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian smartphone untuk mendapatkan rebat RM200 ini.




Pemberian rebat RM200 ini berdasarkan pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
   
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.


Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjaya Komunikasi Malaysia  iaitu di www.skmm.gov.my
 



Untuk rekod, sudah hampir 8000 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka pada 1 Januari 2013.


Nampaknya nak tak nak kerajaan perlu mendengar juga pendapat golongan belia hari ini mengenai isu yang berbangkit. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Buruk padahnya jika mana-mana parti politik menongkah arus kehendak dan kemahuan golongan muda masa kini.
   

Kepada belia yang ingin mendapatkan rebat RM200 ini saya nasihatkan buat pilihan yang bijak sebelum membeli smartphone ini. Belilah berdasarkan kemampuan masing-masing. Jangan sampai beli smartphone mahal-mahal boleh kemudian hari-hari ikat perut sebab duit dah abis beli smartphone... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Insentif, Program, Dasar Kerajaan & Peristiwa Penting 2013



Tahun 2012 sudah pun melabuhkan tirainya dan menjadi sejarah. Kini tahun 2013 pula menjelma dan bakal menentukan keberlangsungan Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju pada 2020.


Banyak perubahan yang dilakukan kerajaan untuk mencapai cita-cita itu.  Berikut adalah pelaksanaan beberapa insentif, program,dasar kerajaan, dan peristiwa penting yang akan berlaku tahun 2013.

  • Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan berlangsung sebelum akhir Jun. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ketika PRU13 ialah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal telah diwartakan pada 13 Februari lalu. Ia sebahagian daripada 22 perkara dikemukakan oleh PSC
  • Ekoran pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar pusat pengajian tinggi boleh bertanding dalam PRU13
  • Pelan Pembangunan Pendidikian Malaysia akan dikuatkuasakan. Ia akan dibawa kepada Kabinet pada Januari 2013.
  • Akta Kebankrapan 1967 mungkin dipinda ekoran permintaan Pemuda Umno pada perhimpunan tahunan akhir November 2012
  • Pembayaraan BR1M 2.0 mulai bulan Februari 2013.
  • Rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G mulai 1 Januari 2013.
  • Pelaksanaan gaji minimum di seluruh negara RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Had usia persaraan sektor swasta iaitu 60 tahun, dinaikkan dari 55 tahun dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2013
  • Insurans bas sekolah untuk 1.5 juta pelajar sekolah
  • Diskaun bayaran pemprosesan pasport untuk kanak-kanak dan warga tua
  • Kerajaan sediakan RM50 juta bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini, bagi persiapan program Road to Rio - Sukan Olimpik Brazil pada 2016
  • Rebat tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas sekolah untuk pinjaman penuh menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun
  • Pengagihan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100
  • Pembinaan 20,000 unit rumah generasi baru Felda
  • Pencarum KWSP dibenar keluar RM3,000 untuk tunai haji
  • Bayaran insentif khas RM200 sebulan kepada 25,708 pegawai dan anggota tentera
  • Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara dijangka membentangkan laporan tahun ini
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, yang ditubuhkan pada 1 Jun lalu, juga akan mengemukakan laporan
  • Jawatankuasa Khas yang membuat kajian berhubung langkah mengenal pasti negeri-negeri layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung juga dijangka bentang laporan
  • Lebih 90,000 pelajar asing di institusi pengajian tinggi diwajibkan sekurang-kurangnya menguasai bahasa Melayu untuk berkomunikasi mulai tahun depan



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Rupanya rebat RM200 pembelian telefon pintar (Smartphone) dalam Bajet 2013 adalah untuk untuk telefon pintar (smartphone) yang berharga maksimum RM500 sahaja !


Ini disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. 


Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjata Komunikasi Malaysia  iaitu di www.skmm.gov.my


Jom kita terjah syarat-syarat pemberian rebat RM200 untuk belia membeli telefon pintar (smartphone) :-




Apa pendapat anda apabila SKMM menetapkan pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon pintar (smartphone) hanyalah untuk yang berharga maksimum RM500 sahaja?


Secara peribadi saya merasakan syarat ini tidak relevan kerana harga telefon RM500 ke bawah untuk telefon pintar adalah terlalu murah kerana kebanyakannya telefon pada harga demikian adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.


Yang ada smartphone yang berharga RM500 ke bawah ialah Samsung Galaxy Y dan Nokia Lumia 610 atau mungkin smartphone "made in China". Majoriti smartphone yang berkualiti baik biasanya berharga RM800 ke atas.


Kalau ada yang teringin nak dapat rebat RM200 ini tapi nak pakai Samsung Galaxy Note 2 atau iPhone 5 lupakan je lah ye.


Dengar cerita ramai yeng memperlekehkan syarat yang ditetapkan oleh SKMM ini di blog, forum dan laman sosial. Diharapkan selepas ini pihak kerajaan mempertimbangkan semula syarat ini sekurang-kurangnya  harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013



Jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013 telahpun diumumkan. Jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2013 ini dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM).


Bagus juga jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2013 dikeluarkan lebih awal. Ini membantu kakitangan awam merancang pengurusan kewangan maisng-masing & perbelanjaan untuk sepanjang tahun 2013.


Jom kita terjah jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013 :-



Nampaknya kebanyakan tarikh pembayaran gaji 2013 kakitangan awam tidak banyak berubah berbanding jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2012.


Cuma yang paling ketara ialah pada bulan Oktober 2013 di mana pembayaran gaji dibuat seawal 8 Oktober 2013 bagi membantu kakitangan kerajaan membuat perbelanjaan sempena Hari Raya Aidil Adha 2013 yang jatuh pada 15 Oktober 2013.


Buat kakitangan kerajaan pastikan anda menyemak pembayaran gaji bulan Januari 2013. Mungkin gaji itu diberikan sekali dengan bonus 1/2 bulan gaji sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib semasa pembentangan Bajet 2013 sebelum ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Permohonan BR1M 2.0 Secara Online Mulai 1 November 2012 !



Kini permohonan BR1M 2.0 boleh dibuat secara online mulai 1 November 2012 !. Sebelum ini permohonan BR1M hanya boleh dibuat secara manual iaitu mengisi borang permohonan. 


Memang bagus kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online. Jadi dah tak perlu isi borang dah.


Bagi yang nak buat pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) secara online, sila klik di pautan ini  ebr1m.hasil.gov.my


Bagi yang nak buat permohonan secara manual, anda boleh perolehi borang BR1M 2.0 ini di :-

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan



Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :

  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  • Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013


Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 ialah :

1. Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500

  • Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

2. Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250

  • Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Penerima BR1M 2.0 yang layak akan menerima surat rasmi daripada LHDN yang bercop rasmi dan mesti hadir ke pusat khidmat ADUN masing-masing untuk mengambil sendiri voucher BR1M.


Kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) ini, jangan berlengah lagi. Ayuh segera buat permohonan. Bila lagi nak merasa duit free dari kerajaan kan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Diskaun 50% Tiket KTM Komuter : Kad Komuter 1Malaysia



Diskaun 50% tiket KTM Komuter akan diberikan mulai 1 November 2012 - 31 Oktober 2013 melalui kad Komuter 1Malaysia. Pemberian diskaun 50% tiket KTM Komuter ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. 


Pemberian diskaun 50% tiket KTM Komuter ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.


Golongan ini layak mendapat diskaun untuk tempoh setahun mulai 1 November ini sehingga 31 Oktober tahun depan. Untuk rekod, sebelum ini, diskaun itu dinikmati oleh golongan OKU, pesara dan pelajar sahaja. 


Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak dan borang permohonan boleh didapati di semua stesen komuter serta laman web KTMB. 


Memang bagus diskaun yang diberikan ini yang pastinya dapat meringankan beban pengguna Komuter terutama bagi yang berpendapatn rendah. Maklumlah kos sara hidup kian meningkat setiap tahun.


Cumanya pihak KTMB tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana proses memohon kad Komuter 1Malaysia. Adakah perlu bawa penyata pendapatan untuk memohon ? 


Apa-apapun yang penting keselesaan dalam koc perlu dititikberatkan. Maklumlah bila dah bagi diskaun ni mesti lagi ramai yang menggunakan perkhidmatan komuter. Rasanya ramai dah 'busuk' bila sampai di ofis setiap pagi selepas bersesak-sesak dalam koc....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Diskaun Bayaran Balik PTPTN 10% & 20% (Bajet 2013)




Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% diperkenalkan dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% ini ditawarkan bagi menggalakkan peminjam membuat pembayaran balik hutang PTPTN.


Jom kita terjah bagaimana pemberian diskaun ini diberikan kepada peminjam :-

  • Diskaun 20% : Pemberian diskaun PTPTN (bayaran balik) sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam PTPTN Malaysia yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.
  • Diskaun 10% : Peminjam PTPTN Malaysia yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012 akan mendapat diskaun PTPTN sebanyak 10%.


Apa pendapat anda tentang diskaun PTPTN ini ? Secara peribadi saya rasa ianya bagus untuk menggalakkan peminjam untuk membayar balik namun dari 1 sudut, rasanya diskaun ini hanya akan menguntungkan golongan kaya kerana hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.


Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik (selain biasiswa) dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dibuat mulai 1 November 2012. Permohonan BR1M 2.0 ini termasuklah bagi pemohon baru dan individu bujang.


Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka TIDAK PERLU mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas (lahir sebelum 1992) yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah atau mengganggur.


Bagi yang masih belum jelas kriteria kelayakan memohon BR1M ini, anda boleh klik di pautan ini untuk menyemak kriteria kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia.


Bagi mereka yang mahu mendaftar atau memohon, permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.


Kepada yang layak tu, jangan lupa membuat permohonan ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Rebat RM200 Pembelian telefon pintar untuk belia  telah diumumkan dalam Bajet 2013. Pemberian rebat RM200 untuk memberi telefon Pintar Untuk belia secara one-off atau bayar sekali bertujuan membuka akses untuk golongan belia melayari internet. 


Belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 Pembelian telefon pintar. Ini melibatkan sebanyak RM300 juta disediakan oleh kerajaan untuk memanfaatkan 1.5 juta belia. 


Secara peribadi saya merasakan pemberian rebat ini ada manfaatnya untuk golongan belia. Nampak sangat kerajaan mahu 'memenangi' hati golongan ini yang bakal menjadi penentu pada Pilihanraya ke 13 nanti.


Namun saya merasakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu melantik agen terpilih bagi menjual telefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.


Ini kerana dengan adanya permintaan yang tinggi, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.


Nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli telefon 3G ini anda mestilah prihatin kerana apabila berlakunya pengalihan telefon biasa ke 3G ini akan melibatkan peningkatan kos antara 100 hingga 150% kerana adanya kemudahan seperti internet dan MMS (multimedia messaging service). So hati-hati ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Harga baru gula (terkini) mulai 29 September 2012 ialah RM2.50 Sekilogram. Naik 20 Sen !. Kenaikan harga gula atau pengurangan subsidi (bahasa psikologi yang digunakan kerajaan) diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012.


Macam biasalah setiap kali alasan kenaikan harga gula ialah ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.


Untuk rekod, gula sudahpun mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak :- 

  • RM0.20 sekilogram1 Januari 2010 
  • RM0.25 sekilogram 18 Julai 2010
  • RM0.20 sekilogram 4 Disember 2010
  • RM0.20 sekilogram 10 Mei 2011 menjadikan harga runcit terakhir RM2.30 sekilogram..

Kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.


Diharapkan pegawai penguat kuasa dan  pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram ini


Secara peribadi, saya merasakan pihak pembekal makanan dan restoran seharusnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 akan diketahui pada  jam 4 petang 28 September 2012. Intipati & ringkasan pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 akan disiarkan di blog ini sejurus pembentangan bajet selesai. 


Bajet 2013 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".


Inilah dia Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 :-

  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  •  RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  • RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  • RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  • RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  • Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  •  RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.


Apa pendapat anda tentang Bajet 2013 kali ini ?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~~~



Untuk pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013, ianya dapat ditonton secara live streaming. Live streaming pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 pada 28 September 2012 jam 4 petang dari Parlimen Malaysia boleh terus diakses terus di pautan berikut :-


Selain dari itu Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 28 September 2012 ini juga boleh diakses melalui :-


 Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan  seperti berikut :-


Selain dari terus mengakses kepada pautan di atas, Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 boleh juga ditonton secara siaran langsung (live) di :-

  • RTM, 
  • TV3, 
  • NTV7, 
  • ASTRO, 
  • TV ALHIJRAH  
  • TV BERNAMA

Dengar cerita banyak 'khabar gembira' bakal diumumkan dalam Bajet 2013 kali ini. Maklumlah ini Bajet yang terakhir sebelum Pilihanraya ke 13. Tentunya Bajet kali ini lebih menjurus untuk mendapat kepercayaan pengundi kepada parti pemerintah.


Antara perkara yang akan ditekankan untuk bajet kali ini ialah bagaimana menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Aspek yang akan diperhalusi ialah :-

  • Cukai persendirian 
  • Kenaikan harga rumah yang semakin meningkat (property bubble)
  • Pertimbangan pelarasan gaji untuk kakitangan awam
  • Pertimbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia pusingan ke 2

Apa-apa pun jangan ketinggalan untuk mengetahui pembentangan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak nanti. Kepada yang terlepas mengikutinya, anda tidak perlu bimbang kerana saya akan kongsikan intipati bajet 2013 disini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget