Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Khairul Fahmi Putus Tunang Dengan Elia ?



Tadi terbaca laporan temubual Metro Ahad, terkejut juga apabila terbaca tentang Khairul Fahmi mahu putus tunang dengan Elia. Rasanya masih baru lagi usia pertunangan mereka ini. 


Menurut laporan ini, antara punca membawa kepada Khairul Fahmi mahu putus tunang dengan Elia adalah kerana Elia mendakwa kehadiran orang ketiga dalam hidup Khairul Fahmi iaitu Dahlia namun dinafikan oleh penjaga gol Kelantan dan Malaysia itu.


Menurut Khairul Fahmi, hubunganya dengan Dahlia adalah seperti adik dan abang. Tidak lebih dari itu. Dia dan keluarga Dahlia berkawan baik kerana tinggal di kampung yang sama.


Khairul Fahmi juga menolak dakwaan bahawa dia sudah lupa diri sejak akhir-akhir ini terutamanya selepas menjulang Piala Suzuki 2010. 




Kalau nak baca laporan penuh temubual Metro Ahad bersama Khairul Fahmi, boleh klik di sini.


Memang berat dugaan bertunang terutamanya apabila kehadiran syaitan menghasut untuk memutuskan ikatan yang terjalin. Apabila terputusnya ikatan maka syaitan akan bersorak keriangan. 


Setiap pasangan perlu kuat iman menahan godaan yang melanda. Kalau ada masalah eloklah diselesaikan secepat mungkin. Jangan biarkan melarat. Komunikasi adalah jalan yang terbaik.  


Harap-harap Khairul Fahmi Che Mat dapat memikirkan semula hasrat mahu putus tunang dengan Elia untuk menjaga hubungan nama baik keluarga kedua-dua pihak..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




BREAKING NEWS


Menurut aporan BERNAMA, Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah pun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah diserang sakit jantung tekanan darah rendah Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Bapanya masih menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat...



PREVIOUS ENTRY


Masih ingat lagi dengan Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz? Beliau ini adalah lelaki yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila GAGAL mendapat kebenaran mahkamah menukar jantinanya kepada wanita.


Sekali lagi kontroversi melanda Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz apabila telah dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang sakit jantung dan tekanan darah rendah pada 3 pagi jumaat 29 Julai 2011.


Kemungkinan besar punca Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz diserang sakit jantung tekanan darah rendah adalah tekanan perasaan akibat GAGAL menukar nama di IC nya dan menjadi bahan cemuhan masyarakat. 


Kasihan juga melihat nasib yang menimpa beliau ini. Tak sangka pula sampai boleh masuk ICU akibat tekanan perasaan. Memang sebelum ini pun beliau pernah mengatakan MATI adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik ini dari terus dikecam masyarakat. 
  



Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana.


Jalan yang terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina. 


Memanglah menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya di kategorikan sebagai haram namun tidak mustahil Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana boleh bertaubat jika mendapat bimbingan yang betul..


Pintu taubat belum lagi tertutup. Sama-samalah kita berdoa agar Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ini di buka pintu hatinya untuk bertaubat dan menerima ketetapan hakikat kejadian Allah itu tidak boleh diubah.


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Proton Saga FLX 1.3L 2011




Proton Saga FLX 1.3L 2011 telah pun dilancarkan oleh Proton baru-baru ini. Model ini tampil dengan teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission) yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.


Proton Saga FLX 1.3L 2011 ini di datangkan dalam 2 varian iaitu Standard dan Executive. Model ini dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. 


Kalau di bandingkan dengan Proton Saga FL, kuasa kuda enjin Proton Saga FLX 1.3L ini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. 




Tahap penggunaan petrol Saga FLX adalah lebih jimat iaitu setiap 100 km mencatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.


Tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10% untuk pemanduan di lebuh raya. 


Untuk Proton Saga FLX 1.3L Executive, ia menampilkan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan.


Tapi untuk Proton Saga FLX 1.3L Standard, ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut tidak di sertakan. Nama pun 'standard' kan.  




Model ini didatangkan dengan warna baru Elegant Brown, Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. 


Seperti mana yang diketahui ramai, produk Proton selalu mengalami masalah pada electric power window. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat untuk model ini,  tempoh jaminan untuk electric power window kini dilanjutkan seumur hidup.


Harga untuk model masih lagi rendah dan kompetetif walaupun di datangkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga sekitar RM600 dan RM1700.


Inilah senarai harga Proton Saga FLX 1.3L 2011 ini :-




Sebelum ini Proton dah pun melancarkan Proton Saga FL 1.6. Tapi kali ini dengan dengan tambahan kepada teknologi CVT, model Saga FLX ini di keluarkan untuk 1.3 sahaja. Apa rasionalnya ?


Mungkin jika Saga FLX ini ditawarkan untuk 1.6 harganya boleh mencecah lebih RM 50 000. Maka harga model dah boleh dikategorikan sebagai mahal dalam kelasnya. Ini boleh menyebabkan pembeli memilih model kereta lain yang lebih murah seperti Perodua Myvi dan Perodua Viva...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Ramai yang kecewa apabila Malaysia kalah kepada Singapura (Seri 1-1 : Agg 6-4) 2nd leg pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011. 


Nampaknya pasukan Singapura adalah lebih baik dari pasukan Harimau Malaya pada perlawanan ini. 


Ini adalah kemungkinan sebab mengapa Malaysia kalah kepada Singapura pada pendapat saya :-


  • Kehilangan 3 tonggak utama iaitu Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Nor Shahrul Idlan Talaha menjejaskan corak Malaysia.

  • Abdul Hadi Yahya gagal beraksi baik pada perlawanan timbal balik walaupun menjaringkan gol di Singapura.

  • Kurangnya kreativiti di bahagian tengah terutamanya pada perlawanan kedua ini apabila Safiq Rahim tidak bermain. Dapat disimpulkan perlawana di Singapura, Malaysia beraksi lebih baik.

  • Safee Sali sering bertindak keseorangan di bahagian serangan lantaran gagal mendapat bantuan rakan-rakan.

  • Pertahanan Malaysia yang kerap leka sehingga mudah pemain lawan memecahbelahkan benteng pertahanan.

  • Ahmad Fakri Sharaani memang tak patut dimasukkan. Beliau TIDAK beraksi baik dalam Liga Super. Siap bagi kad merah pulak tu. Ashaari Shamsuddin yang patut dimasukkan.

  • Sepatutnya Khairul Fahmi bermain sebagai penjaga gol ketika bermain di Singapura. So tak ada lah gol-gol yang mudah dijaringkan Singapura.

  • Kemenangan yang di tuntut dari pelbagai pihak mungkin memberi tekanan kepada pemain Harimau Malaya sehingga menjejaskan prestasi.

  • Pemain Singapura adalah pelakon terbaik kerana terlalu mudah cedera dan meminta advantage walaupun bersentuh sedikit. Ini melambat-lambatkan permainan.

  • Terlalu mengharapkan Safee Sali menjaringkan gol. Oleh itu mudah bagi pertahanan lawan melakukan man marking kepada Safee Sali.


Sebenarya ada lagi 18 sebab mengapa Malaysia kalah kepada Singapura ini tapi tak larat dah nak tulis. Cukuplah yang ada ini pun dah cukup banyak. 


Walaupun Malaysia kalah kepada Singapura (Seri 1-1 : Agg 6-4) 2nd leg pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini, janganlah kecewa sehingga berhenti menyokong pasukan kebangsaan pula

      
Kita perlu sedar skuad ini masih 'Hijau' dan masih ada masa hadapan yang cerah. Sepatutnya kita perlu lebih optimis apabila berdepan dengan pasukan yang lebih baik. 


Jangan terlalu mengharapkan KEMENANGAN sebaliknya kita perlu menuntut corak permainan yang meningkat dari 1 perlawanan ke 1 perlawanan yang lain.  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-1 SINGAPURA (AGG 4-6)
MALAYSIA GAGAL LAYAK KE PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014


95" Tamat perlawanan. Malaysia GAGAL mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. 

93" Ahmad Fakri Sharani dilayangkan kad merah. Semuanya nampak kian sukar buat Malaysia. 

89" Khairul Fahmi berdepan 1 by 1 dengan Qiu Li namun berjaya ditepis Khairul Fahmi. % minit masa tambahan. Nak cari 2 gol dalam 5 minit nampak sukar. 

80" Nampaknya Amirul Hadi bermain sebagai second striker manakala Fakri Sharani sebagai right winger 

72" Shia Jiayi menjaringkan GOL pertama untuk Singapura hasil tandukan Alasander Duric gara-gara pertahanan Malaysia yang leka.  malaysia perlu 2 gol lagi jika mahu layak ke pusingan ketiga !

69" Pertukaran terakhir Malaysia. Fakri Sharani di bawa masuk. Abdul Hadi Yahya di bawa keluar. Hadi nampak kurang menyerlah dalam perlawanan ini. 

62" Ismail Faruqi dibawa keluar akibat kecederaan. K. Gurusamy di bawa masuk. 



"57 GOL pertama Malaysia hadir jua hadirnya apabila Safee Sali memecah kebuntuan hasil hantaran Gunalan. Ayuh teruskan serangan ke arah pintu gol Singapura !

46" Tangkapan kemas Khairul Fahmi sekali lagi mematahkan counter attack Singapura.

45" Tamat separuh masa pertama. Keputusan Malaysia VS Singapura masih  0-0. Bahagian tengah Malaysia nampak goyah tanpa Safiq Rahim. Sesuatu perlu dilakukan second half nanti.

Sementara tunggu separuh masa kedua bermula jom kita tengok persembahan Eason Chan yang menarik ini dulu.
38" Percubaan Singapura menerusi sepakan percuma berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Terima kasih Apek !

32" Perlawanan terhenti seketika kerana penjaga gol Singapura di dakwa menjadi mangsa pancaran laser


26" Percubaan lemah Amirulhadi Zainal dari luar kotak penalti

22. Aidil Zafuan dikeluarkan akibat kecederaan dan Muslim Ahmad dimasukkan. Nampaknya Malaysia kehilangan tonggak utama pertahanan. Harap-harap tak bolos lah. 

14" Sekali lagi Khairul Fahmi diuji kali ini Alexander Duric yang melepasi perangkap offside. Cukup memdebarkan menyaksikan Khairul Fahmi menyelamatkaan keadaan.

10" Percubaan Qiu Li yang melepasi perangkap offside Malaysia dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat. Pertahanan Malaysia agak leka ketika ini.

4" Percubaan pertama tepat Kunalan namun ditepis keluar oleh penjaga gol Singapura.

1"Perlawanan sudah pun bermula. Malaysia tampil dengan jersi biru putih manakala Singapura pula serba merah. Khairul Fahmi, Amirulhadi, Ismail Faruqi, Aidil Zafuan dan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.



PREVIOUS ENTRY


Di harapkan keputusan Malaysia VS Singapura live perlawanan kedua (2nd leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini akan berpihak kepada Harimau Malaya meskipun ketinggalan secara aggregat 3-5 kepada Singapura. 


Rakyat Malaysia pastinya berharap barisan pertahanan negara yang di ketuai Aidil Zafuan akan mempertahankan kubu negara dari dibolosi sebarang gol. Kehadiran 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat juga ditagih bagi mengantikan Sharbinee Allawee yang telah melepaskan 5 gol mudah. 


Walaupun perlawanan Malaysia VS Singapura ini tanpa kelibat Safiq Rahim yang dikenakan kad merah, Malaysia masih ada pemain yang mampu mengalas tugas sebagai playmaker seperti Baddrol Bakhtiar, K Gurusamy dan Ismail Faruqi.

Keputusan Malaysia VS Singapura untuk perlawanan malam ini mestilah sekurang-kurangnya kelebihan 2 gol untuk Malaysia melayakkan melayakkan diri ke pusingan ketiga. Harap-harap penyerang negara mampu menjaringkan gol yang kita perlukan. 




Menurut sumber, tiket perlawanan  ini telah pun habis dijual iaitu sebanyak 85 000 keping tiket dalam masa 2 hari. Memang cepat betul laku. Macam goreng pisang panas ! Nampaknya rakyat Malaysia dah kembali menaruh kepercayaan kepada skuad kebangsaan. 


Apa-apa pun jangan lupa menonton perlawanan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada yang tak dapat tiket tu bolehlah tonton Malaysia VS Singapura secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam 28 Julai 2011 ini. 


Keputusan @ result Malaysia VS Singapura live perlawanan kedua (2nd leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.  Tunggu...


P/S : Sementara kita menantikan perlawanan ini apa kata kita tengok-tengok dulu Proton Saga FLV  2011 yang baru dilancarkan ini..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Lirik Lagu KRU - Tiga Kata



Kali ini nak berkongsi dengan anda lirik lagu baru KRU - Tiga Kata. Lagu ini adalah single terbaru KRU selepas Ganas.


Lagu Tiga Kata dari KRU ini bakal dimuatkan dalam album baru KRU yang berjudul KRUnomena. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Edry KRU.

Lirik Lagu KRU - Tiga Kata

Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
 Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
 Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan 
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga 
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar 
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun, 
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)


Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)


Wo aini..i love you    






Lagu baru KRU - Tiga Kata ini masih baru lagi tapi dah mula dimainkan di corong-corong radio. Tak lama lagi lagu ini dijangkakan akan popular kerana mempunyai melodi yang catchy dan comel !


Cuma rasa lagu ini terlalu muda untuk KRU yang anggotanya dah nak mencecah umur 40 an. Apa-apa pun lagu 3 Kata ini memang Best dan Terbaik !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Duit Syilling Baru 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen Dan 50 Sen 2012




BREAKING NEWS


Duit syilling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen akan diperkenalkan oleh  Bank Negara Malaysia (BNM) mulai 1 Januari 2012 ini.


Menurut sumber, duit syilling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.


Jom kita terjah ciri-ciri duit syilling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen ini :- 


  • Di datangkan dengan warna berwarna kuning dan perak.

  • Lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. 


  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.


  • Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

  • Motif reka bentuk duit syiling memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.


  • Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.


Duit syilling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri duit syilling yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.


Dengar cerita pada September 2011 ini, siri keempat duit kertas baru akan dilancarkan. Kalau nak tahu bagaimana rupa bentuknya kenalah tunggu lepas raya Aidilfitri ini. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~





BREAKING NEWS


Barcelona telahpun melengkapkan perpindahan pemain sayap Chile, Alexis Sanchez ke Nou Camp dengan yuran perpindahan berjumlah £33 million dari Udinese dengan kontrak selama 5 tahun.


Alexis Sanchez, 22 tahun, akan menyarung jersi nombor 9 (bekas milik Bojan Krkic yang berpindah ke AS Roma). Sebelum ini Sanchez merupakan pemain yang turut menjadi buruan Manchester United, Chelsea dan Manchester City.  


Walaupun mempunyai reputasi hebat di Serie A bersama Udinese, namun beliau gagal membantu Chile ke peringkay separuh akhir Copa America 2011 baru-baru ini. 


Alexis Sanchez ini dijangka akan merebut tempat sebagai pemain sayap bersama David Villa, Pedro Rodriguez dan Juaffren.




Ramai yang mengatakan corak permianan Alexis Sanchez adalah sama dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tapi beliau tidak mahu di bandingkan dengan Ronaldo.


Kini kapten Arsenal, Cesc Fabregas menjadi pemburuan seterusnya oleh pengurus Barcelona, Pep Guardiola. Beberapa rundingan dengan Arsenal sebelum ini menemui jalan buntu.    


Laporan terbaru menyatakan bahawa AC Milan telah mengemukakan bidaan yang lebih tinggi dari dari Barcelona untuk khidmat Cesc Fabregas. 


Di harapkan jika Cesc Fabregas meninggalkan Arsenal, Arsene Wenger akan mendapatkan pemain yang berkaliber untuk menyarung jersi Arsenal bagi menggantikan Fabregas jika tidak mahu berputih mata tanpa sebarang trofi musim depan.... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Harga @ kadar zakat fitrah 2011/ 1432H mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia telah pun ditetapkan.


Hampir semua negeri di seluruh negara menaikkan harga @ kadar zakat fitrah 2011 antara RM1 dan lebih RM2 untuk bulan Ramadan kali ini.


Jom kita terjah harga @ kadar zakat fitrah 2011/ 1432H mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia :-





  • Kelantan : RM 7
  • Selangor : RM 7
  • Johor : RM 7.50 dan RM 5
  • Pahang : RM 7
  • Kedah : RM 7 
  • Perak : RM 7
  • Pulau Pinang : RM 7
  • Negeri Sembilan : RM 6.50
  • Melaka : RM 6.50
  • Perlis : RM 6
  • Terengganu : RM 5, RM 7 dan RM 8
  • Sarawak : RM 6.20
  • Sabah : RM 7
  • Kuala Lumpur : RM 7
  • Putrajaya : RM 7
  • Labuan : RM 7


Waktu mengeluarkan zakat fitrah 

Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 
Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya. 
Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. 
Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Kepada yang ingin membuat bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat.


Untuk mereka yang mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya jangan lupa membuat pembayaran nanti.


Jumlah kutipan zakat fitrah ini nanti akan disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menyambut kehadiran Aidilfitri ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



BREAKING NEWS


Tiket perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula dijual mula 26 Julai 2011 mulai 9 pagi hingga hari perlawanan pada 28 Julai 2011,  khamis ini.


Untuk makluman, perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dijadualkan bermula pukul 8.45 malam. 


Menurut laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tiket Malaysia VS Singapura ini mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.


Manakala penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.


Tiket Malaysia VS Singapura ini berharga RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Peminat-peminat yang ingin membeli tiket Malaysia VS Singapura secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my


Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.


Apa lagi jom kita ramai-ramai penuhkan stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




BREAKING NEWS


Uruguay telah muncul juara @ pemenang Copa America 2011 selepas tewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan akhir (final) di Beunos Aires, Argentina. 


Apa yang menariknya Paraguay mara ke perlawanan akhir tanpa menang dalam perlawanan 90 minit. Semuanya seri dan menang sepakan penalti.


Gol Uruguay dijaringkan oleh Luis Suarez minit ke 12 dan 2 gol lagi dijaringkan oleh Diego Forlan minit ke 40 dan minit ke 90 sudah cukup menjamin untuk Uruguay muncul juara @ pemenang Copa America 2011.


Pada masa yang sama pemain Uruguay, Luis Suarez telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan Copa America edisi kali ini.


Inilah keputusan penuh Copa America 2011 :-
 
Juara : Uruguay  
Naib Juara : Paraguay  
Tempat ketiga : Peru 
Tempat keempat: Venezuela 
Pemain Terbaik: Luis Suarez (URU) 
Penjaring Terbanyak: Paolo Guerrero (PER) - 5 gol 
Penjaga Gol Terbaik: Justo Villar (PAR)  
Pemain Muda Terbaik: Sebastian Coates (URU)



Untuk rekod, ini kali ke 15 Uruguay muncul juara @ pemenang Copa America 2011. Apa-apa pun tahniah kepada Uruguay telah muncul juara @ pemenang Copa America 2011 selepas tewaskan Paraguay 3-0 dalam perlawanan akhir (final)..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kalau anda seorang perempuan bujang yang sedang mencari bilik untuk di sewa di sekitar Kuala Lumpur, di Kondominium Putra Villa Taman Melati Gombak ada 1 bilik untuk di sewa.


Kawan saya memerlukan seorang housemate untuk small room. Harganya ialah RM500 setiap bulan. Deposit pula ialah RM750.


Antara kemudahan yang di sediakan ialah kolam renang, gimnasium, kedai runcit, pengawal keselamatan 24 jam selain lokasi kondominium yang hanya 5 minit jalan kaki ke LRT Gombak. 


Bakal penyewa mestilah seorang yang pembersih, jujur dan bertanggungjawab. Lelaki, alkohol dan aktiviti jenayah adalah dilarang sama sekali di bawa masuk ke dalam premis. 


Jika anda berminat untuk menyewa bilik ini dan anda memenuhi kriteria di atas, sila hubungi atau SMS Fairuz Wahida di talian 013- 3104986. Kemasukan adalah pada bulan Ogos 2011.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Kehadiran laman web sosial seperti Facebook dan twitter merupakan 1 fenomena perkembangan zaman. Namun siapa sangka kehadiran laman web ini telah mengubah perilaku seseorang dalam perhubungan. 


Kajian terbaru di Amerika Syarikat mendapati Facebook merupakan laman sosial yang paling banyak diakses sekaligus telah mengubah banyak aspek perilaku, khususnya berkaitan dengan cara menjalin hubungan dengan pasangan.


Jom kita terjah hasil kajian di Amerika ini bagaimanakah Facebook mampu mengubah perilaku seseorang dalam perhubungan :-  



1. Berbohong dalam status

Kira-kira 27%  facebookers yang tidak meletakkan status relationship mereka sejujurnya. Mereka lebih cenderung meletakkan 'in a open relationship'. Manalah tau jika berlakunya pergaduhan dengan kekasih maka mereka boleh mengorat orang lain. 


2. Merahsiakan posting di wall

Kira-kira 29% mengatakan bahawa komen di wall atau foto boleh menimbulkan masalah dengan pasangan. Sebanyak 42% mengatakan, mereka mendapat rungutan dari pasangannya, dan 11% lagi memblok pasangan mereka pada profil sehingga tidak dapat mengakses atau melihat semua aktiviti yang dilakukannya di Facebook. 


3. Gejala mengorat (flirting)

Sebanyak 70% pengguna mengaku memanfaatkan Facebook untuk menggoda teman baru. Kira-kira 24% si penggoda ini mengunakan Facebook untuk menyamar sebagai orang lain untuk menguji kesetiaan sang kekasih. 


4. Menjadi mudah cemburu

Sebanyak 59% mengaku sering cemburu karana pasangannya berhubungan dengan orang lain di Facebook.  Hasil penelitian Amy Muise Ph.D dari University of Guelph merumuskankan, Facebook penyumbang kepada  kecemburuan pada pasangan biarpun pada asalnya tiada terdetik pun untuk cemburu. 


5. Menggeledah akaun pasangan

Sebanyak 23% responden mengaku pernah menggeledah atau meng'hack' akaun pasangannya di Facebook . Sebanyak 18% responden mengaku tahu password pasangannya, 85% mengaku diberitahu passwordnya, 16% meneka password pasangannya dan 9% lagi responden sengaja meng'hack' akaun Facebook pasangannya.


6. Mencari bekas kekasih

Sebanyak 85% pengguna Facebook mencari dan menjejaki bekas kekasihnya melalui Facebook. Sekitar 17% dari mereka selalu mengecek halaman bekas kekasihnya, setidaknya sekali dalam seminggu.  



Ternyata Facebook ini telah banyak mengubah tingkahlaku manusia. Apa yang penting adalah jujur dengan pasangan masing-masing dan jangan terlalu taksub dengan Facebook. Gunakanlah Facebook secara berhemah dan elakkan dari perkara-perkara yang boleh menganggu gugat keharmonian yang telah terjalin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : SINGAPURA 5 - 3 MALAYSIA


Malaysia mendapat gol pertama menerusi Safee Sali pada 20 saat pertama selepas sepak mula. Sepakan pertamanya dapat ditepis namun sepakan keduanya menembusi jaring. 1 permulaan yang baik untuk Malaysia. 


Walaubagaimanapun kedudukan ini tidak dapat bertahan lama apabila Qiu Li menyamakan kedudukan untuk Singapura menerusi free kick minit ke 7.


Gol kedua untuk Singapura hadir minit ke 21 oleh Alesender Duric yang mengambil free kick yang menerjah kanan gol. Terpaku Sharbinee Alawee membiarkan gol itu.


Nampaknya bahagian tengah Malaysia nampak bermasalah. Sukar sekali mengekalkan ball possession dan sukar membantu bahagian serangan. Singapura pula banyak melakukan hantaran bola tinggi.




Apa-apapun kita mengharapkan keputusan Malaysia VS Singapura adalah keputusan yang positif untuk skuad negara.


Skuad Malaysia nampaknya terus ketinggalan apabila Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ke 3 Singapura menerusi 1 sepakan padu menewaskan Shabinee Allawee minit ke 43.


Sekali lagi Singapura membolosi gol Malaysia kali ke 4 menerusi Shi Jiayi minit ke 45. Kami mahu Khairul Fahmi Che Mat menjaga gawang Malaysia untuk separuh masa kedua !


Malaysia nampaknya semakin tertekan apabila Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana menyepak perut pemain lawan ketika berlakunya perebutan bola dalam separuh masa kedua.


Minit 53, pemain Singapura Ismail Yunos pula dilayangkan kad merah kerana menarik K. Kunalan. Sekarang 10 lawan 10.




Malaysia mendapat 2 gol pantas menerusi Abdul Hadi Yahya dan Safee Sali menerusi counter attack yang pantas. Sudah 3 gol tempat lawan memang bekalan yang selesa.


Namun Alesender Duric menambah derita Malaysia dengan gol kelima ketika pertahanan Malaysia leka mengawal benteng pertahanan. Ini menjadikan kedudukan tamatperlawanan Singapura 5-3 Malaysia.


Malaysia harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal mengekang asakan Singapura. Sharbini Allawee pula mudah melepaskan gol. namun begitu Malaysia mempunyai 3 away goal. Harus sekurang-kurangnya menjaringkan 2 gol lagi pada perlawanan timbal balik nanti.. 


PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung jam 7.30 malam di Stadium Jalan Besar Singapura 23 Julai 2011 ini.


Misi penting buat skuad Harimau Malaya ialah untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini untuk di bawa ke perlawanan timbal balik (2nd leg) di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai 2011 ini.


Apa yang peminat bolasepak tempatan harapkan ialah skuad Malaysia mempelajari sesuatu dari perlawanan menentang kelab gergasi England, Arsenal dan Liverpool baru-baru ini.


Kelemahan yang agak ketara ialah di bahagian pertahanan yang agak longgar dan mudah leka di penghujung permainan. Diharapkan masalah ini dapat di atasi menentang Singapura nanti.




Antara pemain import Singapura yang berbahaya ialah Egmar Goncalves dari Brazil, Mirko Grabovac (Croatia), Qiu Li, Shi Jiayi (China), Itimi Dickson (Nigeria), Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric (Yugoslavia).


Pemain-pemain ini di jangka akan memberi banyak masalah kepada pertahanan pasukan Harimau Malaya. Untuk makluman, pemain-pemain import ini telah diberikan kerakyatan Singapura di bawah program "Singapore Foreign Talent Scheme".


Malam ini skuad Malaysia akan menggunakan jersi biru putih untuk perlawanan ini. Jersi biru ini selalunya 'ong' kepada pasukan Malaysia. Harap-harap 'ong' ini akan berterusan.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai 2011 ini jam 7.30 malam di TV2 dan Astro Arena saluran 801.


Keputusan @ result perlawanan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~




Buat semua pengguna internet Telekom Malaysia (TM) anda semua perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa perkhidmatan internet anda mungkin mengalami gangguan dari 25 Julai hingga 31 Julai 2011.


Ini adalah kerana beberapa kerja peyelenggaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah yang akan dibuat pihak TM dalam tempoh berkenaan.


Dalam tempoh tersebut tersebut berkemungkinan para pengguna internet Telekom Malaysia (TM) akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa ‘latency’ yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.




Pada 26 Julai, pihak TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, di mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo manakala pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat pula.


Walaubagaimanapun, menurut TM, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut. 


Oleh itu kalau tak mahu gangguan melayari internet dalam tempoh tersebut adalah lebih baik mengelakkan dari melayari laman web dari luar negara... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-1 CHELSEA


Separuh masa pertama berlangsung dengan Chelsea banyak mendominasi permainan dengan meletakkan 5 permain di bahagian tengah. 


Namun begitu skuad pilihan Malaysia tidaklah mengecewakan apabila berjaya mengekang banyak pergerakan Chelsea dari membolosi gawang Malaysia.


Percubaan terbaik hadir menerusi Frank Lampard minit ke 17 atas kesilapan pertahanan Malaysia yang gagal melakukan clearance dengan baik . Namun percubaan Lampard tidak tepat.




Fernando Torres juga mendapat peluang yang baik namun dapat dapat dihalang S.Subramaniam.


Frank Lampard juga terlepas sekali lagi peluang menjaringkan gol setelah terlepas hantaran dari kanan padang walaupun pertahanan Malaysia sudah tertewas.


Tahniah kepada penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias yang banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibocori.  




Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan. Tahniah kepada pemain Malaysia yang berjaya mengekal kedudukan seri tanpa jaringan.


Separuh masa kedua bermula dengan Chelsea memasukkan hampir kesemua kesebelasan utamanya termasuk John Terry, Didier Drogba dan Nicholas Anelka.


Ini menyebabkan pasukan Malaysia lagi sukar untuk mengusai permainan terutamanya di bahagian tengah. Ball possession Malaysia 30% - 70% Chelsea.




Malaysia mendapat peluang terbaik menerusi Sazrul Azwari menerusi kanan padang sehingga berjaya menewaskan John Terry namun sepakannya terlalu tinggi. 


Irfan melakukan percubaan terus ke gawang gol apabila dapat mengesan berlalunya hantaran pendek yang lemah ke arah John Terry namun percubaannya tidak tepat. 


Daniel Sturridge melakukan percubaan terbaik minit ke 70 tetapi dapat ditepis Farizal Marlias menggunakan kaki. Walaubagaimanapun Farizal dikeluarkan bagi memberi laluan buat penjaga gol muda Skuad Olimpik.




Chelsea berjaya mendapat gol pertama menerusi free kick Didier Drogba yang terkena tiang gol lalu melantun ke atas garisan gol dan dapat diselamatkan. 


Namun penjaga garis membenarkan gol ini. Gol yang sungguh kontroversi kerana pemain Malaysia mendakwa bola tidak melepasi garisan gol. 


Malaysia nyaris mendapat gol penyamaan menerusi Tamil Arassu yang melepasi off side pemain pertahanan Chelsea namun sedikit tersasar. Ini percubaan terbaik malaysia.




Wisel ditiupkan tanda permainan ditamatkan. Tahniah buat Malaysia yang berjaya mengekang Chelsea yang hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.


Itu pun gol yang penuh kontroversi. Nampaknya Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam bolasepak !


Apa-apapun Terima Kasih kepada Farizal Marlias yang menjadi hero Malaysia dalam perlawanan ini..



PREVIOUS ENTRY


Malam ini pastinya ramai peminat bolasepak akan ternanti-nantikan keputusan perlawanan antara pilihan Malaysia VS Chelsea live Asia Tour 2001 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam 21 Julai 2011.


Untuk rekod, dalam 2 perlawanan persahabatan sebelum ini, Malaysia bimbingan Datuk K Rajagopal tunduk 0-4 kepada Arsenal pada 13 Julai 2011 dan kalah 3-6 kepada Liverpool pada 16 Julai 2011.


Apa yang bezanya ialah kini giliran skuad pilihan Malaysia (pemain senior + skuad Olimpik) bimbingan Ong Kim Swee pula untuk berdepan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


Pilihan Malaysia merupakan skuad gabungan 9 pemain senior Liga Super yang tidak terpilih untuk menganggotai skuad kebangsaan dan 12 pemain skuad Olimpik negara.


Manakala pemain skuad kebangsaan tidak dibenarkan beraksi menentang Chelsea kerana mereka sudah pun berlepas ke Singapura pagi ini untuk aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar pada Sabtu ini.




9 pemain senior yang dipaggil untuk perlawanan Malaysia VS Chelsea ialah Norhafiz Zamani Misbah, Amri Yahyah, Badhri Radzi, Shahrulnizam Mustapa, Hairuddin Omar, Daudsu Jamaluddin, S.Subramaniam, Joseph Kalang Tie dan bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.


Manakala pemain skuad Olimpik yang bakal beraksi ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Zubir Azmi, Irfan Fazail, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Amer Saidin dan lain-lain. 


Persoalan yang timbul sekarang ada tak siaran langsung Malaysia (live) VS Chelsea di TV? Kalau tiket dapat dijual melebihi 90%, ada harapan disiarkan di Astro. 


Menurut Sharinginfoz, Astro telah mengumumkan perlawanan Malaysia VS Chelsea live boleh ditonton di :- 

  • Astro Super Sport 3 channel 817: 8.15 malam


  • Astro Super Sport 3 HD channel 831: 8.15 malam


  • Astro Arena channel 801: 8.45 malam


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia VS Chelsea live Asia Tour 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan boleh ditonton di kaca TV di saluran yang dinyatakan di atas. 


Keputusan @ result Malaysia VS Chelsea akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Mungkin pihak admin sedikit terlewat mengemaskini kerana pihak admin akan ke stadium menyaksikan secara live perlawanan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Tak sangka Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad selepas ditolak Mahkamah Tinggi mengalamai tekanan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.


Menurut Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik. Sampai begitu sekali !


Walaupun ramai yang mengutuk beliau, tetapi ia tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya untuk menukar nama kerana mengalami kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.




Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana.


Jalan yang terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina. 


Memanglah menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya di kategorikan sebagai haram namun tidak mustahil Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana boleh bertaubat jika mendapat bimbingan yang betul..


Pintu taubat belum lagi tertutup. Sama-samalah kita berdoa agar Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ini di buka pintu hatinya untuk bertaubat dan menerima ketetapan hakikat kejadian Allah itu tidak boleh diubah.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget