Di jangkakan pada November 2011 ini NTV7 akan menayangkan sebuah program realiti terbaru berjudul Take Me Out iaitu sebuah program realiti MENCARI JODOH !
Take Me Out ini mengisahkan sekumpulan lelaki dan wanita bujang dari seluruh negara dalam pencarian mereka bertemu dengan pasangan hidup terbaik masing-masing.
Setiap minggu peserta lelaki perlu meyakinkan peserta perempuan untuk keluar temujanji. Jika peserta perempuan TIDAK menyukai apa yang mereka alami, peserta lelaki yang GAGAL itu akan di hantar pulang.
Program realiti Take Me Out ini diadaptasi dari sebuah program realiti dari UK kini mencari lelaki dan wanita bujang berusia di antara 18 hingga 40 tahun untuk menjadi peserta.
Adakah mereka yang berjaya menemui pasangan masing-masing di WAJIBkan berkahwin ? Apakah kriteria untuk seorang pemenang ? Adakah cukup dengan menambat hati wanita? Adakah program ini terbuka untuk mereka yang bukan beragama Islam sahaja atau terbuka kepada yang beragama Islam ?
Semua persoalan ini masih tidak dapat di jawab lagi kerana setakat ini masih belum lagi diketahui format sepenuhnya program realiti ini.
Ini mengingatkan admin kepada sebuah program realiti TV3 suatu ketika dahulu iaitu 'Mencari Cinta'. Rasanya ramai yang tahu nasib 9 lelaki yang dikecewakan oleh gadis secara terang-terangan di TV. Begitu mudah maruah lelaki dipermainkan dan LAGI TERUK apabila si pemenang akhirnya TIDAK mengahwini gadis Mencari Cinta itu.
Secara peribadi, TAK SANGGUP lagi nak tengok hati lelaki yang hancur remuk bila cinta ditolak oleh seorang wanita. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak setanding digandingkan dengan wanita tersebut...
Apa pendapat anda pula tentang program realiti mencari jodoh ini? Adakah program ini betul betul dapat membantu mencari jodoh atau 1 lagi program realiti TV untuk mempermainkan perasaan lelaki?
Apa pendapat anda pula tentang program realiti mencari jodoh ini? Adakah program ini betul betul dapat membantu mencari jodoh atau 1 lagi program realiti TV untuk mempermainkan perasaan lelaki?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~