Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Cesc Fabregas Sah Berpindah Ke Barcelona Dari Arsenal



BREAKING NEWS


Menurut sumber, Cesc Fabregas sah berpindah ke Barcelona dari Arsenal. Beliau yang kini berada di Sepanyol untuk melengkapkan yuran perpindahan sebanyak £36 million dengan 5 tahun kontrak.


Selepas menjalani ujian kesihatan nanti, Cesc Fabregas akan di perkenalkan secara rasmi dalam 1 sidang media dan boleh di turunkan dalam perlawanan menentang Real Madrid dalam Spanish Super Cup ahad ini. 


Berita perpindahan Cesc Fabregas yang menjadi kenyataan ini di dedahkan oleh pertahanan Barcelona, Gerrad Pique yang menulis di Twitternya 'He's finally here!' manakala Carlos Puyol menulis 'Welcome home! Happy to have you here.'


Untuk rekod, Cesc Fabregas adalah pemain kelahiran akademi Barcelona beresama Leonel Messi di zaman kanak-kanak sebelum di pancing Arsene Wenger pada usia 16 tahun untuk menyarung jersi Arsenal. 




Memang sebelum ini Fabregas pernah menyuarakan keinginannya untuk kembali ke Barcelona suatu hari nanti. Nampaknya impian Fabregas telah tercapai selepas 3 tahun kemelut perpindahan beliau menemui jalan buntu. 


Antara sebab kenapa Fabregas berpindah ke Barcelona ialah kerana keGAGALan Arsenal memenangi sebarang trofi selama 6 tahun selain merindui kampung halamannya.


Kini Samir Nasri bakal mengikuti jejak langkah Gael Clichy dan Cesc Fabregas untuk meninggalkan Arsenal apabila di jangkakan akan menyertai Manchester City dalam masa 48 jam lagi. 


  

Nampaknya seperti ada yang tak kena dengan transfer policy Arsenal. Setiap kali pemain muda baru dibeli pasti akan ada nama besar yang akan meninggal Arsenal sejak dari 2005 lagi. 


Kalau macam keadaan ini berterusan pastinya sukar untuk membentuk pasukan yang baik kerana persefahaman yang mantap antara pemain memakan masa yang lama. Pemain lama dalam pasukan amat penting dalam mengekalkan rentak permainan.  


Dapatlah disimpulkan pemain Arsenal kurangnya kesetiaan kepada kelab. Terlalu mudah dipancing oleh kelab lain. Walaubagaimanapun akademi Arsenal adalah akademi bola sepak antara yang terbaik kerana BERJAYA melahirkan bakat-bakat baru yang menyinar...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Unknown said...

Entah apa nak jadi dengan arsenal ni...setiap tahun aku menunggu untuk arsenal naik jadi juara EPL tapi bila game macm hampeh...

Sharinginfoz said...

memang akan rindu kat fabregas nanti,tapi baik untuk masa depan beliau, harap lebih berjaya di barcelona di samping messi, villa dan geng

Admin said...

sirih pulang ke ganggang..hehe :D

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget