EKSKLUSIF
Sejak awal bulan Ramadhan lagi sudah banyak buffet Ramadhan ditawarkan di hotel-hotel dan restaurant-restaurant seluruh Malaysia.
Dari serendah RM20 seorang, anda dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, minuman dan pencuci mulut.
Memang dah menjadi trend sekarang ini orang berbuka puasa di restaurant-restaurant dan hotel-hotel kerana tak perlu masak. Maklumlah ramai dikalangan kita yang suami isterinya berkerja. Memang tak sempat nak masak.
Ada sebahagian dari kita menjadikannya tempat untuk berhimpun bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tak kurang juga ada yang menjadikannya tempat untuk bertemu pelanggan dan clients.
Kali ini nak berkongsi sedikit tips berbuka puasa di hotel atau restaurant yang menawarkan buffet Ramadhan :-
- Pilihlah restaurant atau hotel yang mempunyai sijil HALAL dan bebas dari alkohol. Sekarang ini banyak restaurant yang tidak mempuyai sijil HALAL menawarkan buffet Ramadhan so berhati-hatilah selalu.
- Pilih pakej buffet Ramadhan yang anda mampu. Kalau bawah RM50 tu rasanya masih reasonable lagi. Kalau dah lebih RM50 lebih baik beli di bazar Ramadhan untuk berbuka puasa.
- Jangan jadikan trend pula setiap hari berbuka puasa di restaurant dan hotel kerana ini menjuruskan anda kepada amalan pembaziran wang ringgit. Kalau sehari RM50 sebulan RM1500. Itu belum masuk perbelanjaan anda yang lain.
- Kurangkan mengambil makanan yang berminyak ketika berbuka puasa nanti. Kolesterol tak baik untuk kesihatan. Orang lain kurus di bulan Ramadhan ini anda pula yang gemuk nanti.
- Kalau rasa nak makan banyak ketika berbuka puasa nanti eloklah menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Kalau perut dah penuh nanti pastinya BERAT untuk solat nanti.
- Jangan ambil terlalu banyak makanan sehingga tak nak habis. Ambillah makanan dalam jumlah yang sedikit dahulu. Bila dah habis baru ambil yang lain. Ini adalah untuk menggelakkan pembaziran. Ada premis yang akan mengenakan caj RM5 bagi setiap 100 gram makanan yang tidak habis. Tak pasal-pasal nanti kena bayar lebih.
Memang secara amnya, buffet Ramadhan ini memudahkan kehidupan kita terutamanya bagi mereka yang berkerjaya. Selain daripada itu ia juga peluang bagi kita mengeratkan silaturahim sesama keluarga mahupun rakan-rakan.
Namun apa yang penting ialah elakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini tak kiralah dari segi wang ringgit mahupun makanan kerana pembaziran itu akan merugikan diri sendiri. Membazir itu kan amalam Syaitan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~