Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Panduan Cara Solat Sunat Aidilfitri



Memandangkan  kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos 2011 ini, admin nak share dengan anda semua panduan cara solat sunat Aidilfitri.


Mungkin ada di antara kita terlupa cara solat sunat Aidilfitri maklumlah kita menyambut Hari Raya 2 kali sahaja setahun iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Solat Sunat Aidilfitri dilakukan pada pagi 1hb Syawal. Waktunya pula ialah dimulai terbit matahari sampai tergelincir. Hukum Solat Sunat Aidilfitri ini adalah Sunat Muakkad, bagi lelaki dan perempuan yang bermukim atau bermusafir.


Jom kita terjah panduan cara solat sunat Aidilfitri ini :- 


  • Selepas menunaikan solat subuh, kita di sunatkan mandi sunat Aidilfitri, dengan membaca bismmillah  dan niat dihati “Sahaja aku mandi sunat aidilfitri pada tahun ini kerana Allah swt”.
  • Setelah siap berpakaian cantik, berangkatlah ke masjid / surau untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sambil memperbanyakkan ucapan takbir.
  • Setelah tiba di masjid tadi berniat iktikaf, dan sebelum duduk solatlah sunat tahhiyatul masjid.
  • Hanya duduk dan mengulang2kan ucapan takbir sehingga imam bangun untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
  • Niat solat ” Sahaja aku solat sunat Aidilfitri 2 rakaat kerana Allah Taala”
  • Selepas membaca doa iftitah, takbir di baca 7 kali dan setiap habis takbir, bacalah tasbih, selepas itu bacalah surah Alfatihah dan kemudian bacalah surah yang anda suka tetapi yang utama ialah surah Al’Aala.
  • Pada rakaat kedua pula takbir sebanyak 5 kali dan setiap habis takbir dibaca tasbih, selepas itu bacalah surah Alfatihah dan apa-apa surah, lebih afdhal ialah surah Al-Qasyiah.
  • Selepas solat sunat Aidilfitri ini, biasanya akan ada 2 khutbah. Duduklah dengar khutbah pula. Jangan lari balik pula. 


Semoga panduan cara solat sunat Aidilfitri ini dapat membantu anda semua terutamanya yang sudah terlupa bagaimanakah untuk mengerjakannya.


Dikesempatan ini juga admin ingin memohon jutaan kemaafan andai ada tutur kata yang terkasar, dan tulisan yang menyinggung perasaan pembaca. Juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seisi keluarga pembaca. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan InsyaAllah.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Lafaz Takbir Raya Aidilfitri



Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, lafaz takbir raya Aidilfitri pasti akan berkumandang di masjid-masjid, rumah-rumah persendirian dan di kaca-kaca televisyen dan radio apabila diumumkan anak bulan Syawal telah kelihatan.


Pada hari kemenangan ini, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir raya Aidilfitri. Ini kerana dengan bertakbir, kurniaan Hari Raya Aidilfitri akan dapat dirasai dan  dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran serta keagungan Allah Taala, sesuai dengan maksud takbir iaitu mengagungkan Allah SWT dengan  melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’. 


Jom sama sama kita bertakbir raya. Kalau tak tahu bacaan takbir, boleh rujuk lafaz takbir hari raya di bawah ini:- 









Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan bermain mercun bukanlah cara yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan bukan cara memuliakan kedatangan hari yang mulia itu. Apatah lagi perbuatan ini juga boleh menjurus  kepada bahaya dan pembaziran yang  dicela oleh Islam. Islam mempunyai  caranya yang tersendiri semasa merayakan hari-hari kebesarannya.


Sebenarnya Hari Raya Aidilfitri bukan hari untuk kita berpesta tapi sebenarnya peluang untuk  kita beribadat dengan melafazkan rasa syukur di atas anugerah Allah  Ta‘ala melalui takbir dan ibadat-ibadat lain yang kita lakukan. 


Oleh itu, meriahkanlah suasana Aidilfitri itu dengan melaungkan takbir raya Aidilfitri kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri berserta laungan takbir adalah satu ibadah dan syiar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah SWT..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Pengumuman pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 2011 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi di TV dan Radio seluruh Malaysia.


Dengan ini, umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada hari selasa, bersamaan 30 Ogos 2011 @ 1 Syawal 1432H.


Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  :-


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari selasa, 30  Ogos 2011."


Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Semoga dengan Pengumuman pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 2011 dapat lah kita sama-sama membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011 kali ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Tarikh Hari Raya Aidiltri 2011 / 1432 H kemungkinan besar jatuh pada hari selasa 30 Ogos 2011 atau 31 Ogos 2011. Ini menjadikan tarikh Hari Raya Aidiltri 2011 mungkin bertembung dengan Hari Kemerdekaan negara yang ke 54.


Walaubagaimanapun sebelum menetapkan tarikh Hari Raya Aidiltri 2011 / 1432 H ini, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja akan melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos 2011 ini bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 ini.


Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin ini menerusi radio dan televisyen. 





Rasanya tahun ni pertama kali kita di Malaysia menyambut Hari Raya serentak dengan Hari Kemerdekaan. Feel untuk menyambut hari merdeka dah tenggelamkan oleh  sambutan Hari Raya Aidilfitri. 


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni semakin kurang rakyat Malaysia yang kibarkan Jalur Gemilang untuk menyambut kemerdekaan negara. Tak tahu la kenapa, mungkin dah ramai yang alpa sebab dah agak lama kita merdeka dan dah hanyut dengan “keamanan” negara.


Apa-apa pun Admin Blog Aku Dan Sesuatu  ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.  Sempena hari raya ni saya ingin memohon maaf zahir & batin. Semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat. Pandu dengan cermat. Ingatlah orang 'TERSAYANG'...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEDUDUKAN PENUH : MANCHESTER UNITED 8-2 ARSENAL


LATEST UPDATE


  • 3' Permulaan yang menarik buat Manchester United dan Arsenal.

  • 15'  Kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Namun MU yang lebih kreatif menjana serangan dengan gerakan berbahaya.

  • 22' Gol pertama MU hadir menerusi tandukan Danny Welback hasil chip menarik Anderson yang melepasi perangkap  offside



  • 27' Arsenal dihadiahkan penalti. Namun sepakan penalti Robin Van Persie dapat ditepis David De Gea

  • 29' MU menjaringkan gol ke 2 menerusi Ashley Young hasil sepakan dari luar kotak penalti

  • 30' Gandingan Rooney dan Welback nampaknya sering membahayakan gawang Arsenal.

  • 35' Danny welback di bawa keluar akibat dikasari Arshavin. Javier Hernandez di bawa masuk

  • 41' Wayne Rooney menjaringkan gol ke 3 Man Utd menerusi 1 sepakan percuma di luar kotak penalti. Arsenal nampak kian tertekan.


  • 45' Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal dari kanan padang melepasi celah kangkang De Gea. Kedudukan tamat separuh masa pertama Man Utd 3-1 Arsenal.

  • Tamat separuh masa pertama. Nampaknya pemain muda Arsenal nampak GUGUP beraksi malam ini. Memang nampak ketara Arsenal hilang kreativiti di tengah padang akibat ketiadaan Fabregas dan Nasri. 

  • Sementara menunggu separuh masa kedua apa kata jom kita makan Mamee Monster ini dulu untuk mengisi perut. 

  • 47' Separuh masa kedua bermula dengan percubaan Ashley Young dari kiri padang tapi dapat di tepis oleh Szczesny 

  • 50' Man Utd terus mendominasi permainan. 



  • 52' Percubaan Van Persie voli dapat ditepis De Gea. Agak sedikit leka pertahanan MU ketika ini.

  • 55' Arshavin yang melepasi kawalan Phil Jones cuba menewaskan De Gea namun sepakannya tersasar ke kiri padang

  • 58' Percubaan Cleverley dapat ditangkap kemas Szczesny selepas melakukan hantaran 1-2 dengan Hernandez

  • 61' Conquelin di bawa keluar, bintang baru Arsenal yang dibeli dari Southampton, Chamberlain di bawa masuk



  • 64' Gol ke 4 Man Utd hadir menerusi Wayne Rooney yang mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti. Kedudukan semasa Man Utd mendahului 4-1 mengatasi Arsenal.

  • 66' Man Utd terus mengganas dengan gol ke 5 hasil jaringan Nani yang melakukan lob menewaskan  Szczesny di gawang Arsenal. 

  • 67' Ryan Giggs dan Park Ji Sung di bawa masuk menggantikan Anderson dan Nani. 



  • 70' Gol ke 6 Man Utd hadir menerusi Park Ji Sung. Arsenal tiada jawapan kepada serangan bertali arus Man Utd. 

  • 74' Arsenal mendapat gol ke 2 menerusi Robin Van Persie. Walaupun sukar untuik menang namun sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan. 

  • 76' Carl Jenkinson di layangkan kad merah selepas menolak Hernandez. Ini pemain ke 3 Arsenal dibuang padang dalam 3 perlawanan liga. Krisis pengantungan pemain kini menghantui Arsene Wenger. 



  • 81' Wayne Rooney menjaringkan gol ke 7 Man Utd menerusi sepakan penalti. Ini hatrik pertama Rooney musim ini .Semakin parah keadaan Arsenal malam ini

  • 82' Van Perise dan Walcott di bawa keluar, Chakmakh dan Landbury di bawa masuk oleh Arsene Wenger.

  • 90' Ashley Young menjaringkan gol ke 8 Man Utd dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 8-2.

  • 93' Wisel penamat ditiupkan pengadil. Ini bermakna perlawana sudah tamat. Kedudukan penuh Man Utd 8-2 Arsenal 


Apa agaknya dalam kepala Arsene Wenger ketika ini tatkala melihat Arsenal di belasah teruk Man Utd malam ini. Pemain manakah patut di beli yang dapat menyelamatkan nasib MALANG Arsenal musim ini.


Adakah dah sampai masanya Arsene Wenger mengubah polisinya yang memberi kepercayaaan kepada bakat muda kepada membeli pemain yang berpelangaman untuk menamatkan kemarau kejuaraan Arsenal ?




PREVIOUS ENTRY


Keputusan Manchester United VS Arsenal live English Premier league (Liga Perdana Inggeris) 28 Ogos 2011  pastinya menjadi topik perbualan kaki bola seluruh dunia hari ini. 


Perlawanan ke 3 buat kedua-dua pasukan untuk musim ini di Stadium Old 'Young' Trafford pastinya sengit memandangkan kedua-dua pasukan adalah seteru utama sejak sekian lama.


Walaubagaimanapun pertemuan kali ini seakan tidak memihak kepada Arsenal yang hilang Emmanuel Frimpong dan Alexander Song yang di gantung perlawanan manakala Jack Wilshere, dan Laurent Koncielny masih di landa kecederaaan. 


Kem Arsenal masih merasai kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri yang dijual kepada Barcelona dan Manchester City walaubagaimanapun sedikit lega setelah berjaya menewaskan Udinese 3-1 untuk layak ke UEFA Champions League.


Kem Manchester United pula di lihat tiada masalah besar walaupun Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic di landa kecederaan namun Chris Smalling dan Phil Jones mampu mengisi kekosongan itu. 




Walaupun tanpa tonggak berpengalaman namun pemain tengah dan penyerang muda MU yang diketuai oleh Wayne Rooney, Anderson, Tom Cleverley, Ashley Young, Nani dan Javier Hernandez dilihat mampu mengancam musuh.


Apa-apapun jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan Manchester United VS Arsenal live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 28 Ogos 2011 di saluran 817 Astro Super Sport 3 jam 11 malam. 


Sebelum perlawanan Manchester United VS Arsenal ini bermula apa kata saksikan dulu perlawanan Tottenham Hotspur VS Manchester City live jam 8.25 malam di ESPN saluran 812. 


Keputusan @ result Manchester United VS Arsenal live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 28 Ogos 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. 


Ramalan admin : Manchester United 2-0 Arsenal...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kedai 1 Malaysia DMart



Kedai 1 Malaysia DMart telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Felda Chini Timur 2 baru- baru ini.


Pelancaran secara serentak 250 buah Kedai 1 Malaysia DMart seluruh Malaysia berlangsung di kedai 1 Malaysia DMart di Felda Chini Timur 2, Pahang.


Semua kedai 1 Malaysia DMart akan menjual barangan keperluan yang menggunakan logo 1 Malaysia sama seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia.


Antara barang keperluan yang dijual ialah seperti susu tepung, sardin, jus oren, sos cili dan kicap yang kesemuanya dijual dengan harga yang lebih murah daripada biasa serta mempunyai kualiti seperti barang yang berjenama.





Berikut adalah contoh senarai barangan yang di jual dan perbandingan harga :-

  • Sos cili : RM1.80 berbanding sos cili berjenama di jual RM2.10 sebotol 

  • Lampin bayi : RM18.50 berbanding lampin bayi berjenama dijual RM30.20

  • Ikan sardin 1 Malaysia : RM 1.30 berbanding ikan sardin berjenama dijual RM 3 setin


Oleh itu, pengguna yang berbelanja di Kedai 1 Malaysia DMart akan dapat berjimat sebanyak 30 hingga 40% perbelanjaan harian.


Secara peribadi, bagus juga adanya kedai 1 Malaysia DMart ini. Sekurang-kurangnya dapat membantu warga Felda mengurangkan perbelanjaan yang selama ini mereka terhimpit dengan kenaikan harga barangan yang terus meningkat akibat pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan.


Di harapkan kedai 1 Malaysia DMart ini dapat di buka di kawasan lain dengan secepat mungkin terutamanya di kawasan luar bandar selain dari Felda yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Had Laju Baru Jalanraya Perseketuan dan negeri Hari Raya Aidilfitri 2011 telah diturunkan kepada 10km/j berkuatkuasa serta merta dan tamat pada 6 September 2011. 


Ini bermakna had Laju baru jalanraya perseketuan ialah 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju baru jalanraya negeri pula ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini. 


Langkah ini di perkenalkan bertujuan mengurangkan dan mengelakkan dari berlakunya kemalangan yang boleh membawa kecelakaan dan meragut nyawa.  


Maklumlah Hari Raya Puasa bakal tiba maka, jalanraya akan kembali sesak dengan pelbagai kenderaan dan motosikal. Dalam kesesakan tersebut, tidak sah sekiranya tiada berlaku kemalangan lebih-lebih lagi jika kenderaan di pandu laju. 




Walaubagaimanapun had laju dilebuhraya masih lagi dikekalkan kepada 110km/j. Tapi AWAS jika melebihi had laju mungkin anda bakal menerima surat saman nanti. 


Secara peribadi, pengenalan had laju baru jalanraya perseketuan dan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 ini ada baiknya. Dalam tengah bersesak-sesak kenderaan menuju ke kampung halaman masing-masing, mana ada peluang nak bawa kereta laju-laju.


Bila fikir balik  tidak ada gunanya bawa kereta laju-laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Silap-silap nyawa kita sendiri yang kan melayang. Malang itu kan tidak berbau..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Juan Mata sah berpindah ke Chelsea dari Valencia dengan yuran perpindahan sebanyak £29 million dengan kontrak selama 5 tahun. 


Jaun mata,22, sedia di turunkan dalam aksi menentang Norwich City pada sabtu ini. Juan mata ialah pemain keempat ditandatangani Chelsea selepas Oriol Romeu, Romelu Lukaku dan penjaga gol, Thibaut Courtois yang dipinjamkan kepada Atletico Madrid 


Juan Mata yang sah berpindah ke Chelsea dari Valencia ini merupakan pemain sayap kiri. Beliau akan merebut tempat bersama-sama Florent Malouda, Nicholas Anelka, Solomon Kalou dan Yossi Benayoun di posisi yang sama dalam kesebelasan utama Chelsea.


Selepas 4 tahun bersama Valencia, Juan Mata menyumbat 43 gol dalam in 179 penampilan. Sebab utama beliau menyertai Chelsea ialah kerana pengurus Chelsea, Andre Villas Boas yang dikaguminya atas kejayaan membawa balik 4 trofi utama untuk Porto.  




Mata menjadi pemain Sepanyol ketiga yang menyertai Chelsea pada 2011 selepas Fernando Torres, pemain skuad Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 dan Oriol Romeu, yang baru tiba dari barcelona.  


Nampaknya Chelsea yang berjaya mendapatkan khidmat juan Mata walaupun Arsenal yang mula memancing beliau. Kesian pada Arsene Wenger yang telah kehilangan Samir Nasri dan Cesc Fabegas.


Secara peribadi, ini adalah pembelian yang baik oleh Chelsea. Juan Mata ini pemain yang kreatif. Harap-harap bolehlah membantu Chelsea nanti. Apakah selepas ini Chelsea akan mendapatkan Luka Modric pula? Sama-samalah kita tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Pudu Sentral : Nama Baru Terminal Bas Puduraya




Pudu Sentral ialah nama baru Terminal Bas Puduraya. Pengumuman penukaran nama kepada Pudu Sentral ini di umumkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ni. 


Penukaran nama kepada Pudu Sentral dari nama asalnya, Terminal Bas Puduraya yang beroperasi sejak 1976 adalah selaras dengan penaiktarafan terminal bas itu yang tampil dengan wajahnya yang moden dan baru. 


Selepas penaiktarafan, terminal bas ini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan dilengkapi dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).


Harap-harap lepas ini papan tanda Terminal Bas Puduraya kan di tukar kepada Pudu Sentral untuk memudahkan rakyat mengingati nama baru Terminal Bas Puduraya, Pudu Sentral. 


Selepas ini jangan yang ada yang tak tahu pula Pudu Sentral ialah nama baru Terminal Bas Puduraya. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut tahu nama setiap mercu tanda negara...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



LATEST UPDATE


Barcelona muncul juara @ pemenang UEFA Super Cup setelah menumpaskan Porto 2-0 dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Stade Louis II di Monaco Perancis.


Gol Barcelona di jaringkan oleh Lionel Messi dan Cesc Fabregas yang masuk menggantikan Pedro Rodriguez.


Pada separuh masa pertama, Barcelona GAGAL beraksi baik apabila Porto mengasak dan menghalang Barcelona mendapatkan rentak permainan.


Gol pertama Barcelona dijaringkan pada minit ke 39 menerusi Lionel Messi apabila kesilapan pemain Porto, Guarin yang menolak bola ke belakang lalu di sambar Lionel Messi dan terus memperdayakan Helton di gawang Porto.




Gol kedua hadir minit ke 88 apabila hantaran chip Lionel Messi di sambut Cesc Fabregas untuk menjaringkan gol kedua Barcelona.


Permainan di cemari dengan 2 layangan kad merah kepada pemain Porto, Rolando dan Guarin yang melakukan kekasaran ke atas pemain Barcelona. 


Untuk rekod ini kejuaraan ke 12 Barcelona dalam tempoh 3 tahun di bawah bimbingan Josep Guardiola manakala ini trofi kedua Cesc Fabregas di Barcelona selepas berpindah dari Arsenal.


Tahniah kepada Barcelona yang muncul juara @ pemenang UEFA Super Cup 2011. Semoga lebih berjaya di masa akan datang.



PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternanti-nantikan keputusan Barcelona VS Porto live UEFA Super Cup final 27 Ogos 2011. Perlawanan ini akan di adakan di Stadium Stade Louis II di Monaco Perancis.


Perlawanan UEFA Super Cup 2011 ini menemukan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (Champions League) musim 2010/2011, Barcelona dengan pemenang UEFA Liga Eropah (Europa League) musim 2010/2011, Porto. 


Tumpuan pada perlawanan ini pastinya pemain baru Barcelona, Cesc Fabregas dan Lionel Messi yang baru memenangi Pemain Terbaik Eropah 2011. Jika Barcelona menang, ini akan menjadi trofi kedua buat Fabregas selepas menenangi Spanish Super Cup baru-baru ini.




Porto pula tampil dengan jurulatih baru iaitu Vitor Perreira selepas bekas pengurus mereka Andre Villas Boas menjadi pengurus baru Chelsea. Penyerang prolifik Porto, Falcoa pula telah berpindah ke Atletico Madrid.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung Barcelona VS Porto live final UEFA Super Cup 27 Ogos 2011 di saluran 812 Astro ESPN jam 2.30 pagi. 


Keputusan @ result Barcelona VS Porto live final UEFA Super Cup 27 Ogos 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri 2011 akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September 2011.


Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri 2011 akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.


Antara tetamu terhormat yang akan hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 ini dijangka dihadiri oleh 10,000 tetamu. 


Oleh itu kepada mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis ini.


Pelik juga ya kenapa Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri 2011 akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu kuat Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim. Adakah strategi serampang 2 mata? Wallahuallam...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



BREAKING NEWS


Keputusan undian kumpualan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 telah pun di umumkan dalam satu majlis yang berlangsung ini di Grimaldi Forum, Monaco Perancis. 


Undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 ini telah di buat oleh lagenda bolasepak dunia iaitu Luis Figo, Sir Bobby Charlton, Ruud Gullit, dan Lothar Matthäus.


Jom kita terjah keputusan undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 ini :- 




  • Kumpulan A : Bayern Munich, Villareal, Manchester City, Napoli

  • Kumpulan B : Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor 

  • Kumpulan C : Manchester United, Benfica, Basel, Otelul Galati

  • Kumpulan D : Real Madrid, Olympique Lyon, Ajax Amsterdam, Dynamo Zagreb

  • Kumpulan E : Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk

  • Kumpulan F : Arsenal, Marseille, Olympiakos, Borussia Dortmund

  • Kumpulan G : Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit St Petersburg, APOEL Nicosia

  • Kumpulan H : Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, FC Viktoria Plzen


Sementara itu Lionel Messi telah dianugerahkan Pemain Terbaik UEFA musim 2010/2011 sekaligus mengetepikan calon yang lain iaitu Xavi Hernandez dan Cristiano Ronaldo.


Nampaknya pertembungan menarik akan berlaku di antara pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011 iaitu Barcelona dengan juara 7 kali, AC Milan.


Kumpulan 'maut' pula pastinya kumpulan A yang menyaksikan Bayern Munich, Manchester City, Villareal dan Napoli akan berentap.


Apa pendapat anda tentang undian Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 kali ini? Pasukan manakah yang akan menjulang trofi untuk musim ini? Nak tahu sama-samalah kita tunggu..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011



Jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 telah diperkenalkan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya PLUS sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.


Cadangan jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September 2011.


Untuk gambaran lebih jelas lagi, apa kata kita terjah jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini:-




Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September 2011 dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap


Manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi. 


Di jangkakan jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS akan meningkat 30% kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.


Pasti kita kita semua mahu pulang ke kampung tanpa mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Oleh itu sama-samalah kita mematuhi jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini. Semoga kita dapat pulang ke kampung dalam keadaan selamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS


Samir Nasri sah berpindah ke Manchester City dari Arsenal dengan yuran perpindahan sekitar £24 million dengan gaji £185,000 seminggu dan kontrak selama 4 tahun. 


Walaupun terdapat bidaan terhadap Samir Nasri di saat-saat akhir oleh Manchester United namun tidak dapat menghalang Manchester City menandatangani pemain antarabangsa Perancis ini. 


Samir Nasri akan menyarung jersi bernombor 19 sebagai pemain Manchester City. Samir Nasri telah di perkenalkan kepada media dalam 1 sidang media khas. 


Samir Nasri akan menyertai skuad Roberto Mancini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane ahad ini.


Samir Nasri yang sah berpindah ke Manchester City ini akan berebut tempat dengan David Silva, Adam Johnson, Yaya Toure, James Milner, Gareth Barry and Nigel De Jong dalam kesebelasan utama. 




Nampaknya berita perpindahan Samir Nasri ini adalah berita buruk buat peminat Gunners. Ini perpindahan keluar ketiga pemain utama Arsenal selepas Gael Clichy ke Manchester City dan Cesc Fabregas ke Barcelona. 


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang tidak gembira dengan perpindahan ini menyatakan penjualan Samir Nasri adalah di sebabkan faktor psikologi dan kewangan. 


Arsene Wenger terpaksa menjual Samir Nasri bagi mengelakkan beliau berpindah secara percuma ke kelab lain setelah kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2011/2012 ini. 


Nampaknya Arsene Wenger perlu melakukan pembelian pemain baru bertaraf dunia dengan segera bagi mengelakkan berlakunya krisis kekurangan pemain berkualiti di Emirates. Siapa yang harus Wenger beli ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Aidilfitri 2011




Rumah Terbuka Perdana Menteri hari Raya Aidilfitri 2011 akan di adakan pada Hari Raya Pertama (1 Syawal 1432H) di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Aidilfitri 2011 ini bermula dari tengah hari hingga 6 petang.


Bagi mereka yang nak hadir ke Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Aidilfitri 2011 ini di nasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan. 


Sebanyak 12 buah bas akan beroperasi dari 11 pagi hingga 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan kekerapan bas selang 15 minit setiap satu.


Manakala Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Aidilfitri di daerah Pekan pula akan di adakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pada 18 September 2011 dari 10 pagi hingga 2 petang.


Umat Islam di Malaysia di jangka akan menyambut 1 Syawal pada 30 Ogos 2011 ini. Bagi warga kota yang tidak pulang ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri ini bolehlah berkunjung ke rumah perdana menteri pada Hari Raya pertama nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Jangan tak tahu sekarang ini dah ada bubur lambuk 1 Malaysia. Sekarang dah jadi trend semua benda nak letak jenama 1 Malaysia dari klinik sampailah ke bazar Ramadhan.


By the way, baru-baru pada 16 Ogos 2011 telah di adakan 1 acara memasak bubur lambuk 1 Malaysia telah di adakan di perkarangan Masjid Kampung Sempam Baru, Raub Pahang.


Bubur lambuk ini diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku. Sesetengah tempat, ada pembuat bubur lambuk yang meletakkan keropok, kicap dan budu juga ditambah bagi menambah perisa. 


Sebanyak 5 periuk besar digunakan untuk memasak bubur lambuk 1 Malaysia ini. Sudah menjadi kelaziman bagi masjid dan surau di daerah Raub menyediakan dan mengagih-agihkan hidangan bubur lambuk ini kepada umat Islam di kawasan sekitar. 


Secara peribadi, bubur lambuk yang dihasilkan di Kampung Baru Kuala Lumpur lebih sedap berbanding bubur lambuk yang lain termasuklah bubur lambuk 1 Malaysia ini.




Maklumlah setiap kali Ramadhan ramai warga kota sanggup beratur panjang di Masjid Jamek kampung Baru untuk mendapatkan bubur lambuk ini. Bila dah siap, tak sampai 30 minit, semuanya habis diedarkan kepada orang ramai. 


Nak tau sebab apa sambutan hangat bubur lambuk Kampung Baru ini? Resipi turun-temurun serta serta keberkatan air Masjid Jamek Kg. Baru menjadi punca ramai yang ketagih dengan bubur lambuk Kg Baru.


Bubur lambuk ini bukan sahaja dihasilkan pada bulan Ramadhan, sebaliknya jika ada pihak-pihak yang mahu membuat tempahan, ianya boleh dilakukan. Setiap satu periuk dikenakan harga RM450.


Kalau nak try bubur lambuk Kampung Baru bolehlah berkunjung di Kampung Baru Kuala Lumpur. Tapi bila pemberian bubur lambuk ini kepada orang ramai tidak dapat di pastikan. Kalau yang jual punya ada lah di Bazar Ramadhan Kampung Baru...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Setiap kali bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris (English Premier League), antara perkara yang menjadi tumpuan ialah jersi setiap kelab yang bertanding.


Ini adalah kerana jersi melambangkan sejarah  dan tradisi sesebuah pasukan kelab dan sekaligus membezakan antara 1 kelab dengan kelab yang lain.


Selain di pakai oleh pemain di atas padang, jersi juga di jadikan barang cenderahati untuk dijual kepada penyokong kelab. Oleh itu amat penting jersi sesebuah kelab itu cantik dan 'fashionable' untuk menarik orang membelinya.


Memang dah jadi trend semua kelab di EPL akan menampilkan jersi baru setiap kali musim baru untuk menaikkan semangat pemain mengharungi musim baru liga.


Apa kata kita sama-sama terjah jersi kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang digunakan musim 2011/2012 kali ini :-





Kesemua gambar di atas ini adalah jersi utama (home kit) untuk semua kelab EPL. Untuk jersi kedua (away kit) dan jersi ketiga (third kit) akan di kemaskini oleh admin kemudian sebab masih ada kelab yang belum melancarkan jersi kedua dan jersi ketiga.


Nampaknya hampir ke semua kelab telah menggunakakan jersi baru untuk musim 2011/2011 kali ini. Hanya Liverpool masih tampil dengan jersi yang di gunakan pada musim lepas. Walaupun begitu, jersi Liverpool masih lagi antara yang paling cantik.


Mungkin tak lama lagi ramai rakyat Malaysia akan memakai jersi Aston Villa dan Queens Park Rangers (QPR). Ini kerana penaja utama Aston Villa ialah Genting Malaysia Berhad iaitu syarikat milik rakyat Malaysia.




Queens Park Rangers (QPR) pula adalah milik rakyat Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes. Manalah tahu ada pemain Malaysia akan bermain dengan QPR pasti ramai yang akan  beli jersi QPR ini nanti.


Kalau anda perasan, pada jersi QPR tidak terpampang logo penaja berbanding kelab lain. Untuk makluman, buat masa ini QPR msih lagi belum ada penaja dan dalam proses mencari penaja. Mungkin jalan terakhir yang ada, Tony Fernandes akan meminta Air Asia menaja QPR.


Secara peribadi jersi, yang paling cantik ialah jersi Chelsea, Aston Villa, Newcastle United dan Liverpool. Anda pula bagaimana? Jersi manakah yang paling cantik di mata anda ? (tanpa mengira anda peminat atau tidak minat kelab itu)...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Nanu Baharudin Pegang Anjing ?



Nanu Baharudin pegang anjing ini? Jangan terkejut. Mungkin ini hobi baru beliau. Nampaknya dah makin ramai artis beragama Islam yang pegang anjing antaranya Sharifah Sofea dan Baby ResQ.


Tapi kenapa dalam banyak-banyak haiwan kenapa Nanu Baharudin pegang anjing. Kan banyak lagi haiwan lain yang boleh di jadikan haiwan peliharaan dan di pegang seperti kucing, hamster, iguana atau ikan. 


Maklumlah kita sebagai orang melayu agak sensitif jika ada di kalangan kita yang beragama Islam yang memegang atau memelihara anjing. Silap hari bulan, isu Nanu Baharudin pegang anjing boleh jadi isu besar.




Sebenarnya pegang atau peluk anjing tak bukanlah HARAM seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. 


Menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. 


Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini. Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. 


Walaupun kita dah jelas dengan hukum pegang anjing ini rasanya masyarakat melayu kita ini masih kuat kepercayaan mengatakan pegang anjing itu HARAM. Untuk mengelak dari terus di pandang negatif oleh masyarakat adalah lebih baik JANGAN pegang langsung anjing..


Untuk membaca tentang lebih lanjut hukum memegang anjing atau babi boleh baca di Blog Ustaz Ashraf dan blog Ustaz Nor Amin  ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Kali ini admin nak share dengan anda semua niat solat Tarawih dan cara melalukan solat Tarawikh. Manalah mana tahu ada yang di luar sana mahu belajar tapi malu bertanya kepada ustaz atau ustazah, bolehlah rujuk tutorial ini


Waktu solat Tarawih di lakukan  selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan 2 rakaat, pada tiap-tiap 1 kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. 



1.  Niat solat Tarawih:






2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih


  • Setelah selesai melakukan solat fardu Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.














F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.





G.   SOLAT SUNAT WITIR


  • Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru :




  • Disambut jama’ah dengan lafaz;





Cara Melaksanakan 2 Rakaat Pertama


  • Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:





  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;


             Bacaan selepas Fatihah:

             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun



Selawat Selingan


  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat



Jama’ah menyambut dengan ucapan;





Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir


  • Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir



  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;

              Al-Ikhlas,
              Al-Falaq dan
              An-Naas.




Berdoa Qunut


  • Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.




Berdoa  


  • Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa :







  • Boleh dibaca doa-doa berikut:






Peringatan :- 


  • Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.

  • Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

  • Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat  solat sunat  tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.


Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) tak mengira lelaki atau perempuan. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.




Sumber : - Shafiqolbu.wordpress.com



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget