Tarikh Pilihan Raya ke 13 ialah pada 5 Mei 2013 (Ahad) manakala penamaan calon pula pada 20 April 2013. Tarikh Pilihan Raya ke 13 dan penamaan calon ini ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 30 April bagi petugas media, petugas SPR dan pasukan keselamatan. Tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Informasi Tarikh Pilihan raya Umum 2013 (PRU ke 13)
- Tarikh Bubar Parlimen : 3 April 2013 (Rabu)
- Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) : 10 April 2013 (Rabu)
- Tarikh Penamaan Calon Pilihanraya : 20 April 2013 (Sabtu)
- Tempoh Kempen Pilihanraya : 14 hari
- Tarikh Undi Pos PRU 13 : 30 April 2013 (Selasa)
- Tarikh Hari Mengundi Pilihanraya Umum ke 13 : 5 Mei 2013 (Ahad)
Nampaknya gaya, dengan hari mengundi PRU 13 ini jatuh pada hari Ahad, maka dijangkakan ramailah akan EL (Emergency Leave) pada hari esoknya, Isnin. Ataupun, hari Isnin bakal diumumkan sebagai cuti peristiwa oleh kerajaan baru yang akan dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum 2013 ini. Mungkin?
4 peraturan baru PRU ke 13 2013 :-
- Penggunaan dakwat kekal
- Pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos
- Membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian.
- Pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.
Memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara Malaysia, saya jangkakan keputusan PRU ke 13 akan diumumkan sangat-sangat lewat daripada biasa. Jadi, bersiap-sedialah bersengkang mata dan tempoh tidak cukup tidur baik di masa tempoh berkempen sehinggalah termasuklah dari hari Ahad ke awal pagi esoknya.....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~