Samsung Galaxy S III (S3) sudah pun dilancarkan baru-baru ini di London. Galaxy S III (S3) ini ialah generasi ke 3 Galaxy S.
Yang menariknya model Samsung Galaxy S3 ini direka untuk keperluan semasa hari ini yang diinspirasikan daripada alam semula jadi.
Galaxy S3 adalah telefon pintar yang mengiktiraf suara, faham dengan cadangan, dan memberi peluang pengguna berkongsi detik-detik indah dengan mudah.
Kalau tak percaya jom terjah video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri model ini :-
SPESIFIKASI
- Paparan: 4.8 inci berdefinisi tinggi (HD)
- Operasi: Android 4.0 (ice cream sandwich)
- Kamera: 8 mega piksel auto fokus kamera dengan flash
- Memori: 16/32GB (64GB tidak lama lagi) + microSD slot (sehingga 64GB)
- Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
- Bateri: 2,100 mAh
Samsung Galaxy S3 mempunyai skrin seluas 12.2 sentimeter, 22% lebih besar daripada produk sebelumnya, Galaxy S2. Walaupun skrin Galaxy S3 lebih besar, saiz telefon bimbit itu adalah sama dengan Galaxy S2.
Beberapa ciri baru yang diperkenalkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengenalan wajah, peningkatan kawalan pengaktifan suara dan juga membolehkan pengguna menonton video dan menulis mesej pada satu masa.
Galaxy S3 ini akan mula dipasarkan penghujung Mei 2012 di Eropah sebelum ke beberapa negara lain. Untuk pasaran Malaysia masih belum dipastikan lagi bilakah model ini akan memasuki pasaran di sini..
Buat peminat handphone jenama Samsung, nanti saya akan kongsikan dengan anda nanti tarikh rasmi model ini memasuki pasaran Malaysia berserta harganya sekali....
Velasrizal Rodriguez
Adiuos~~~~~~