Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : KELANTAN 1-0 SIME DARBY
  • Kelantan : Ghaddar

Keputusan Kelantan VS Sime Darby menyaksikan Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Pada separuh masa pertama, permainan hambar dan berhati-hati ditampilkan kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun Kelantan dilihat banyak menguasai permainan. Tamat separuh masa pertama Kelantan 0-0 Sime Darby.


Pada separuh masa kedua, Kelantan berjaya memperoleh gol kemenangan yang dijaringkan Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-57 selepas Obinna dijatuhkan dalam kotak penalti.


Sime Darby dilihat mengatur pergerakan berbahaya ke gawang Kelantan untuk mencari gol penyamaan namun Kelantan berjaya mematahkan pergerakan pemain Sime Darby.


Di minit-minit terakhir permainan Kelantan banyak mengasak ke gawang Sime Darby untuk menambah jaringan namun tidak berjaya diterjemahkan pemain pasukan The Red Warriors.


Keputusan penuh permainan Kelantan 1-0 Sime Darby. Tahniah Kelantan yang berjaya menjuarai Piala FA musim 2012 selepas gagal memenanginya 2 kali pada 2009 dan 2011. 



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Kelantan VS Sime Darby live Final (Akhir) Piala FA 19 May 2012 akan di ketahui malam ini. Keputusan Kelantan VS Sime Darby ini penting kerana pasukan yang menang akan menjulang trofi Piala FA yang baru.


Kelantan adalah pasukan pilihan untuk menang perlawanan ini manakala Sime Darby bolehlah di anggap pasukan underdog namun Kelantan perlu berhati-hati memandangkan Sime Darby telah menumbangkan 3 pasukan dari Liga Super untuk mara ke perlawanan akhir.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan akhir ini :-



Kelantan telah menjadi Naib Juara Piala FA pada tahun 2009 dan 2011 manakala jika Sime Darby menang maka Sime Darby muncul pasukan kelab pertama memenangi Piala FA.


Perlawanan akhir antara Kelantan VS Sime Darby 19 May 2012 ini akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena jam 8.40 malam. Jika ada live streaming saya akan update kemudian.


Keputusan @ result Kelantan VS Sime Darby live Final (Akhir) Piala FA 19 May 2012 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget