Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris (English Premier League) 2011/2012! Manchester City muncul juara selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri dalam perlawanan terakhir liga.


Manchester City buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL. Kali terakhir Manchester City menjulang trofi itu ialah pada 1968.


Untuk rekod, Manchester City berkongsi 89 mata sama dengan Manchester United namun berdasarkan perbezaan jaringan, Manchester City muncul juara menjulang trofi berprestij England itu.




Jaringan Sergio Aguero dan Edin Dzeko pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah kerana sebelum itu Manchester City ketinggalan 1-2 kepada QPR lalu kedudukan tamat permainan menjadi 3-2. 


Manchester United menang 1-0 ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu namun tidak cukup untuk menafikan kejuaraan buat Manchester City.  


Inilah dia keputusan penuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 :-

  • Manchester City 3-2 QPR
  • Sunderland 0-1 Manchester United
  • Chelsea 2-1 Blackburn 
  • Everton 3-1 Newcastle United 
  • Norwich 2-0 Aston Villa 
  • Stoke City 2-2 Bolton 
  • Swansea 1-0 Liverpool 
  • Tottenham 2-0 Fulham 
  • West Brom 2-3 Arsenal 
  • Wigan 3-2 Wolves 

Inilah pula kedudukan pasukan selepas tamatnya saingan liga :- 




Bolton Wanderers, Blackburn Rovers dan Wolverhampton Wanderers tersingkir jatuh ke dalam Liga Kejuaraan selepas menghuni tangga 3 tercorot dalam liga. 


3 tempat dalam Liga Perdana Inggeris diisi Reading manakala 2 lagi tempat bakal di tentukan dalam saingan play off.


Apa-apa pun tahniah kepada Manchester City yang muncul juara Liga Perdana Inggeris (English Premier League) 2011/2012. Tahniah juga kepada QPR (kelab milik jutawan Malaysia, Tony Fernandes) yang berjaya kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget