Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Jersi Baru Liverpool 2012/2013



Jersi baru Liverpool musim 2012/2013 sudah pun dilancarkan pada 11 May 2012. Jersi baru Liverpool musim 2012/2013 ini direka khas oleh Warrior Sports yang menggantikan Adidas sebagai penaja jersi.


Warrior Sports ini adalah sebuah sebuah jenama pakaian sukan yang kurang ternama di US. Liverpool menandatangani perjanjian dengan Warrior Sports sebagai penaja rasmi jersi Liverpool selama 6 tahun dengan nilai perjanjian bernilai sekitar £150 million.  


Untuk rekod, jersi baru ini diperkenalkan selepas Liverpool menggunakan jersi yang sama selama 2 tahun berturut-turut iaitu untuk musim 2010/2011 dan musim 2011/2012


Jom kita lihat Jersi baru Liverpool musim 2012/2013 ini dengan lebih dekat lagi :- 




Secara amnya jersi ini kelihatan sangat simple dan nampak 'retro' namun pemakainya akan kelihatan lebih tinggi. Namun begitu, tiada maklumat rasmi tentang fabrik yang digunakan untuk menghasilkan jersi ini.


Standard Chartered pula kekal sebagai penaja utama Liverpool dan masih kekal terpampang pada bahagian depan jersi ini.


Selain logo Warrior Sports yang menggantikan Adidas, Lambang Liverpool di dada jersi ini telah digantikan dengan lambang Liver bird yang sinonim dengan zaman kegemilangan Liverpool sekitar tahun 70an dan 80an.


2 obor api pada lambang Liverpool telah diletakkan di bahagian belakang jersi bersama dengan nombor 96 sebagai memperingati mangsa tragedi Hillsborough pada 1989


Jom kita terjah pula jersi baru untuk penjaga gol Liverpool :-




Secara amnya, ianya sama dengan jersi pemain lain cuma yang membezakannya ialah penggunaan warna hijau untuk jersi penjaga gol manakala pemain lain menggunakan warna merah.


Apa-apa pun di harapkan dengan pelancaran jersi ini akan dapat menaikkan semangat juang Liverpool untuk menggembalikan zaman kegemilangan kelab ini seperti pada era 70an dan 80an....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget