Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Jumlah kutipan filem Ombak Rindu yang terkini sudah mencecah RM5.5 juta dalam masa 7 hari tayangannya di seluruh 72 pawagam seluruh Malaysia.


Tak sangka sambutan filem Ombak Rindu begitu memberangsangkan sejak ia mula ditayangkan bermula 1 Disember 2011. 


Kalau tempoh wajib tayang filem ini dipanjangkan berkemungkinan besar jumlah kutipan filem Ombak Rindu ini mampu mencecah RM 10 juta. 


Mungkin disebabkan gandingan aktor dan aktres popular, jalan cerita yang menarik dan tayangan pada musim cuti sekolah menyumbang kepada jumlah kutipan filem Ombak Rindu yang terkini sudah mencecah RM5.5 juta ini.


Yang belum tahu pasal filem ini jom tengok trailer ini dulu :- 





Sinopsis :- 
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. 
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. 
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Daripada review blog-blog hiburan, ramai yang memberikan Good review. Rasa macam nak tengok pula. Kepada yang nak tengok filem ini dinasihatkan agar beli tiket lebih awal kerana tiket filem ini tengah hangat di pasaran.. 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget