Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Peladang diminta roboh istana

Tempat tinggal seorang lelaki bersama isteri dan anaknya ialah di dalam istana tetapi kini tidak lagi selepas pihak berkuasa perancangan perbandaran tempatan London meminta dia merobohkan struktur itu.

Robert Fidler, pemilik istana itu yang kalah di mahkamah tinggi London untuk menyelamatkan sebuah istananya yang dibina secara rahsia di Salfords Surrey, 65 kilometer ke selatan London.

Fidler yang membina istana itu pada 2002 meletakkan rumput kering dan kain tarpal bagi mengelakkan struktur itu dilihat oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan. Istana itu siap dilengkapi dengan meriam dan kubu perlu diruntuhkan oleh Fidler dalam tempoh setahun atas arahan mahkamah.

Namun, peguam Fidler berkata, anak guamnya akan merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan. Rayuan akan turut difailkan ke mahkamah Eropah jika pihaknya gagal mendapat kebenaran pembinaannya di Britain.

Menurut Ketua Perancangan Majlis Reigate dan Banstead,  perbuatan Fidler itu merupakan percubaan terang-terangan untuk mencantas undang-undang perancangan di Green Belt bagi memulihara alam sekitar.

Comments
2 Comments

2 comments:

suri said...

manusia jika sukakan akan sejarah silam maka ia akan sanggup bina seberapa banyak istan pun sdaya yang termampu..

Lina Rahim said...

kenapa mesti disuruh runtuh? istana tu ada menganggu apa-apa ke?

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget