Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 5 APRIL 2012


Inilah dia keputusan perlawanan suku akhir UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 5 April 2012 (2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Chelsea 2-1 AC Benfica (Agg 3-1)
  • Chelsea : Frank Lampard (penalti), Raul Meireles
  • Benfica : J. Garcia


Real Madrid 5-2 APOEL Nicosia (Agg 8-2)
  • Real : Cristiano Ronaldo (2 Gol), Kaka, J.M Callejon, Angel Di Maria

Daripada keputusan perlawanan suku akhir kedua (2nd leg) ini, Chelasea dan Real Madrid sah layak  ke separuh akhir apabila menundukkan lawan masing-masing di gelanggang sendiri.


Ini bermakna separuh akhir pada nanti bakal menyaksikan pertembungan :-

  • Bayern Munich VS Real Madrid

  • Chelsea VS Barcelona

Separuh akhir pertama (1st leg) akan berlangsung pada 17 dan 18 April 2012 manakala separuh akhir kedua (2nd leg) akan berlangsung pada 24 dan 25 April 2012. 


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 4 APRIL 2012


Inilah dia keputusan perlawanan suku akhir UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 4 April 2012 (2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Barcelona 3-1 AC Milan (Agg 3-1)

  • Barcelona : Lionel Messi (2 Gol penalti), Andreas Iniesta
  • Milan : A. Nocerino


Bayern Munich 2-0 Olimpique Marseille (Agg 4-0)
  • Bayern : I. Olic (2 Gol)

Daripada keputusan perlawanan suku akhir kedua (2nd leg) ini, Bayern Munich dan Barcelona sah layak  ke separuh akhir apabila menundukkan lawan masing-masing di gelanggang sendiri.


Ini bermakna separuh akhir nanti bakal menyaksikan pertembungan :-


  • Bayern Munich VS APOEL or Real Madrid

  • Benfica or Chelsea VS Barcelona


Turut berpeluang cerah layak ke separuh akhir ialah Real Madrid dan Chelsea yang mencatatkan kemenangan di tempat lawan pada perlawanan pusingan pertama (1st leg) yang berlangsung pada 28 Mac 2012 sebelum ini.


Apa-apa pun jangan lepaskan aksi timbal balik (2nd leg) pada 5 April 2012 ini yang melibatkan pertembungan : 

  • Chelsea VS Benfica  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 2.40 am LIVE)

  • Real Madrid VS Apoel Nicossia  (STAR SPORTS (CH813) 2.40 am LIVE)


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Harga baru RON97 mulai 4 April 2012 ialah RM2.90 Seliter iaitu naik 10 Sen dari RM2.80! Harga terkini RON 97 RM2.90 ini berkuatkuasa mulai jam 12 malam 4 April 2012.


Harga RON97 ini adalah sama dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei 2011. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan Jun 2011.


Baru-baru ini kerajaan persekutuan telah mengumumkan bahawa kerajaan pusat telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.


Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.


Untuk rekod, RON95 telah diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Safee Sali Bercerai Dengan Isteri Talak Satu !



Safee Sali sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof dengan talak satu. Safee Sali bercerai dengan isterinya atas persetujuan bersama kedua-dua pihak tidak ada pertikaian dan diselesaikan secara baik dan muafakat.


Penyerang bola sepak negara dan kapten kelab Petita Jaya Indonesia itu melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Fouzi Mokhtar semasa satu prosiding tertutup.


Hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina.


Safee Sali yang hadir ke mahkamah berpakaian serba gelap termasuk songkok dan kaca mata hitam bergegas meninggalkan mahkamah sejurus selepas prosiding selesai.


Diharapkan Safee Sali tabah menghadapi dugaan hidup ini dan semoga apa yang terjadi ini tidak menjejaskan karier beliau dan dapat terus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Semakan kenaikan gaji baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) kakitangan awam kini sudah boleh disemak. Kenaikan gaji baru SSM ini melibatkan hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh Malaysia.


Pekeliling  perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012  kakitangan awam sudah kelihatan di laman web JPA di http://www. jpa.gov.my/ pada malam 31 Mac 2012.


Untuk rekod pada 8 Mac 2012 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , telah mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Dalam pekeliling ini, cara pengiraan pemindahan gaji kakitangan beserta pekeliling baru mengenai kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam telah di sediakan. Anda hanya perlu memilih kumpulan perkhidmatan dan mengisi ruang gaji pada aplikasi pengiraan tersebut bagi membolehkan perhitungan pemindahan gaji baru dibuat.


Jom kita terjah pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012  kakitangan awam ini :


Pekeliling Kenaikan Gaji SSM Kakitangan Awam 2012


Tahniah kepada 1.4 juta penjawat awam yang dapat merasai kenaikan gaji sebanyak 13% untuk kakitangan gred 1-54. Diharapkan 'buah tangan' dari kerajaan kepada kakitangan awam menjelang pilihanraya ke 13 ini dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 


Diharap juga selepas ini, skuad-skuad “pemantau harga barang” mempergiatkan operasi bagi mengelakkan manipulasi dan gelombang kenaikan harga barang dikalangan peniaga. Supaya dilihat kenaikan gaji kakitangan awam kali ini “lebih berbaloi” dan dalam pada masa yang sama tidak memberikan kesan besar kepada kelompok bawahan daripada sektor swasta.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~   

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget