Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted





KEPUTUSAN PENUH :

Malaysia 2-0 Indonesia
  • Malaysia : Azammudin Akil (26'), Mahali Jasuli (29')

Keputusan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 menyaksikan Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia sekaligus Malaysia layak ke peringkat separuh akhir.


Pada separuh masa pertama, Indonesia banyak mengasak ke kubu Malaysia sepanjang 20 minit permainan melalui banyak percubaan ke arah kubu Malaysia.


Walaupun Indonesia banyak mengasak namun Malaysia berjaya mendapat gol pertama menerusi Azammudin Akil minit ke 26 hasil hantaran silang Mahali Jasuli.


Tak lama kemudian hasil gandingan Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli berjaya mendapatkan gol ke 2 Malaysia pada minit ke 29 menerusi Mahali Jasuli yang menjaringkan gol dari sudut yang sukar.


Tamat separuh masa tamat dengan Malaysia mendahului dengan kedudukan Malaysia 2-0 Indonesia.


Pada separuh masa kedua, Malaysia dilihat banyak bertahan. K. Rajagopal memasukkan Gary Steven Robat, Fakri Shaarani dan Amar Rohidan untuk mempertahankan kedudukan 2-0.


Walaupun Indonesia banyak mengasak namun disipilin tinggi barisan pertahanan Malaysia berjaya mengekang serangan Indonesia sepanjang 90 minit permainan.


Tamat perlawanan Malaysia 2-0 Indoesia. Dalam satu lagi perlawanan, Singapura menundukkan Laos 4-3. Ini bermakna Malaysia muncul naib juara kumpulan B di belakang Singapura.


Dalam separuh akhir nanti, Malaysia akan menentang Thailand (Juara kumpulan A) manakala Singapura akan menentang Filipina..


Tahniah buat skuad Harimau Malaya. Semoga berjaya memepertahankan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang di menangi pada 2010....


PREVIOUS ENTRY 


Keputusan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS Indonesia amat penting untuk mengetahui pasukan manakah layak ke separuh akhir. 


Perlawanan Malaysia VS  Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura manakala Laos pula seri 1-1 menentang Indonesia.


Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pula, Indonesia menewaskan Singapura 1-0 manakala Malaysia menang besar 4-1 ke atas Laos.


Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia. Manakala Indonesia hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.40 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sementara menunggu perlawanan ini berlangsung apa kata kita menonton :




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget