Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Program realiti nyanyian di TV3, Mentor kini bakal kembali untuk musim kelima. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Mentor boleh dianggap sebagai nadi utama program realiti TV3 di Malaysia.


Barisan Mentor Musim ke 5 yang menjadi tenaga pengajar musim ini ialah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Rahim Maarof, Edry KRU dan Erra Fazira sebagai sifu dalam Mentor musim terbaru ini.




Tarikh ujibakat ialah pada 18 Disember 2010 hingga 30 Januari 2011 di Sabah dan Sarawak diikuti dengan Semenanjung Malaysia di Sri Pentas TV3. Ujibakat akan diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


Protege mestilah berusia antara 18 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal dan pakej, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.




Peserta yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.


Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke lokasi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:


• 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

• 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

• 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)

• 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)

• 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)

• 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)

• 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)

• 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)


Selamat maju jaya kepada peserta yang mahu menghadiri ujibakat Mentor musim ke 5 ini. Pastikan anda melakukan persedian terlebih dahulu sebelum menghadiri ujibakat...


 Adios~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Miss PIJAOSIX said...

salam..

jangan kate u nak g ujibakat gak..heheh

p/s: kalau nak g gak, pilih kak pah tau..mantap!!

Anonymous said...

ko xnk join ke????????? aku rase ko berbakat kihkihkih

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget