Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Upin dan Ipin masuk Bollywood


Menjelang cuti sekolah di India bermula April ini, karakter kartun kembar popular Malaysia, Upin dan Ipin akan dialih bahasa ke bahasa Hindi dan ditayangkan di 400 panggung wayang seluruh negara itu.

Upin dan Ipin: Geng Pengembaraan Bermula menarik minat pengedar filem di India yang sedia memasarkannya di negara itu menggunakan bahasa Hindi, menjadikan filem berkenaan sebaris keluaran Bollywood.

Ia dimuktamadkan melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan sebuah syarikat India, Indiatales Media Private Ltd pada satu majlis di sini, Jumaat lalu.

Setakat ini lebih 70,000 unit cakera video digital (DVD) filem itu sudah dijual, termasuk di Indonesia.

Kerjasama dengan syarikat India bertujuan memudahkan pasaran ke negara itu yang mempunyai jumlah penonton filem besar, berikutan penduduknya mencecah 1.1 bilion.

Wow..tahniah untuk Les' Copaque, ini kejayaan yang membanggakan sebagai anak Malaysia. Mari sokong produk Malaysia yang berdaya saing. Aku cakap je pandai, filem ni pun aku tak tengok pun lagi huhu :P

P/s: tak sabau nak tunggu filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU. Khabarnya sesuatu yang baru akan di tonjolkan

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget