Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Ekslusif: Pakar pengoda wanita dedah rahsia!!!


Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood. Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita.

Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari.

Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya. Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: "Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana."

Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.

Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan.

Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.

Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain..

So untuk lelaki yang kesepian di luar sana boleh la praktikkan taktik yang di gunakan oleh Adam Lyons ni..Memang dah terbukti berkesan..

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget