Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Menurut JAKIM, kad kahwin bercetak ayat Al-Quran tidak boleh dibuang sesuka hati. Ini kerana perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata. 


Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya.


Walaupun ada pihak yang meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain namun perbuatan sedemikian patut dielakkan. 


Pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan jika menulis ayat Al-Quran dengan tujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja dalam tulisan rumi.


Secara peribadi saya bersetuju dengan saranan JAKIM. Memadailah dengan menulis maksud ayat tersebut sahaja pada kad kahwin. Pada masa yang sama, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran harus bertanggungjawab dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Andre Villas Boas Dipecat Sebagai Pengurus Chelsea !



BREAKING NEWS !


Andre Villas Boas akhirnya dipecat sebagai pengurus Chelsea berkuatkuasa serta merta. Andre Villas Boas dipecat 24 jam selepas Chelsea kalah 0-1 kepada West Bromwich Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. 


Kekalahan itu merupakan kekalahan ke 7 Chelsea dalam saingan liga setakat ini yang menyaksikan Chelsea tergelinggir ke tangga ke 5 liga. 


Chelsea turut mengumumkan pembantu pengurus,  Roberto Di Matteo akan mengambilalih peranan pengurus sementara sehingga akhir musim 2011/2012.


Untuk rekod, Villas-Boas, 34 tahun, telah dilantik sebagai pengurus Chelsea 8 bulan lalu dengan yuran perpindahan dari Porto bernilai £13.3million yang dibiayai oleh Roman Abramovich.


Kini calon pilihan utama yang dijangkakan mengisi kekosongan sebagai pengurus Chelsea ialah Rafael Benitez (bekas pengurus Liverpool dan Inter Milan).


Ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentas Liga-Juara Juara Eropah dan beliau dikatakan mampu mengembalikan prestasi Fernando Torres sebagai penyerang yang digeruni di Eropah.


Apa-apa pun Selamat Maju Jaya buat Andre Villas Boas dan Chelsea yang telah memilih untuk berpisah secara baik. Semoga Chelsea dapat mengembalikan zaman kegemilangannya sebagai kelab yang digeruni selepas ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Semakan keputusan STPM 2011 boleh disemak secara online dan SMS mulai 7 Mac 2012 ini. Semakan keputusan STPM 2011 secara online dan SMS ini boleh di buat bermula jam 12 tengahari 7 Mac 2012 ini. 


Untuk menyemak keputusan STPM 2011 melalui SMS, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.


Untuk semakan secara online, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari 7 Mac 2012.


Analisis keputusan STPM 2011 akan didedahkan kepada media jam 12 tengahari 7 Mac 2012 di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.


Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.


Tahniah in advance kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, tak perlu berputus asa. Masih ada peluang melanjutkan pengajian di peringkat kolej, politeknik mahupun mana-mana institut latihan. Yang penting niat menimba ilmu itu perlu ada...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Menurut sumber, model baru Proton 2012, Proton P3-21A akan dilancarkan pada 15 Mac 2012 ini. Buat masa ini model baru Proton 2012 ini masih dikenali sebagai Proton P3-21A. Nama sebenar model ini akan diketahui beberapa hari sebelum hari pelancarannya. Besar kemungkinan nama model ini ialah Proton Espire.


Di jangkakan harga Proton P3-21A yang bakal ditawarkan adalah antara RM63,000 hingga RM73,000. Secara amnya harga ini adalah harga mampu milik memandangkan harga model-model Proton sedan yang lain juga adalah dalam lingkungan harga yang sama.


Kalau sebelum ini hanya beberapa bahagian model ini berjaya didedahkan namun kali ini gambaran penuh model ini berjaya didedahkan. 


Jom kita terjah gambar penuh Proton P3-21A ini :-






Sebenarnya gambar Proton P3-21A berjaya dirakam oleh forum Lowyat ketika pihak Proton sedang menjalankan penggambaran iklan TV. Tetapi dalam pada sorok-sorok itu, berjaya juga dirakam gambarnya.


Selepas ini mungkin spesifikasi yang ditawarkan oleh  Proton P3-21A akan didedahkan sedikit masa lagi. Bila spesifikasi penuh model ini diketahui maka mudahlah kita membuat perbandingan keseluruhan model ini dengan model-model kereta sedan yang lain yang ada di pasaran.   


Apa pendapat anda dengan dengan gambar terbaru Proton P3-21A yang mana kita boleh melihat rekabentuknya dengan lebih jelas kali ini ? Secara peribadi, saya lebih teruja jika model ini 100% sama macam Proton Tuah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Majlis Perkahwinan Yusry KRU Dan Lisa Surihani 26 Februari 2012



Majlis perkahwinanYusry KRU Dan Lisa Surihani telahpun berlangsung baru-baru ini. Lokasi majlis perkahwinan Yusry KRU Dan Lisa Surihani ialah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada malam 26 Februari 2012. 


Majlis perkahwinanYusry Abdul Halim Dan Lisa Surihani bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis). Pada majlis ini, Lisa Surihani mengenakan busana putih manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon.



Untuk rekod, kedua-dua mempelai telahpun  selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu di Ballroom Hotel Marriot, Putrajaya. 




Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media. Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.


Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa.Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Yusry KRU dan Lisa Surihani. Buat lelaki di luar sana yang menaruh hati kepada Lisa Surihani saya ucapkan selamat menggigit jari ya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget