Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Diskaun Kompaun Trafik DBKL 1 Februari - 29 Februari 2012




Diskaun Kompaun Trafik DBKL akan ditawarkan bermula 1 Februari - 29 Februari 2012 oleh (DBKL) kepada pesalah trafik. Diskaun saman trafik DBKL ini ditawarkan sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari 2012. 


Melalui Pemberian diskaun kompaun trafik DBKL selama sebulan itu, bayaran kompaun dikurangkan kepada RM30 bagi setiap kesalahan.


Kompaun trafik yang terbabit ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1 Mac 2011 yang kebanyakannya membabitkan kesalahan trafik.




Setiap kesalahan trafik biasanya dikenakan kompaun sebanyak RM100 seperti kesalahan lalu lintas, halangan berada di kawasan garisan kuning, halangan berada di siar kaki dan meletakkan kenderaan di kawasan bukan parkir yang asal. 


Untuk rekod, mulai 1 Oktober 2011, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa sama dengan polis trafik untuk menyaman kenderaan bergerak bagi kesalahan melanggar isyarat lampu merah serta memotong barisan.


Kepada mereka yang mempunyai saman atau kompaun trafik DBKL bolehlah ambil kesempatan baik ini untuk menjelaskan kompuan anda sebelum 29 Februari 2012 ini kerana selepas ini kita tidak tahu bila lagi DBKL akan menawarkan diskaun ini lagi....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan pemenang FIFA Ballon d'Or 2011 menyaksikan Lionel Messi diangkat sebagai pemain terbaik FIFA Ballon d'Or 2011. Keputusan pemenang FIFA Ballon d'Or 2011 ini diumumkan dalam 1 majlis gilang gemilang di Zurich, Switzerland.


Lionel Messi mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Xavi dan Cristiano Ronaldo untuk menggondol anugerah ini. Untuk rekod, ini kali ke 3 berturut-turut Messi memenangi gelaran ini. 


Antara kejayaan manis sepanjang musim 2011 ialah memenangi pemain terbaik perlawanan akhir Champions League 2011 selain memenangi trofi La Liga, Spanish Supercopa, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup.


Jom kita terjah kesebelasan terbaik FIFA (The FIFPro World XI) :-

  • Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), 
  • Pertahanan : Dani Alves (Barcelona), Gerard Pique (Barcelona), Nemanja Vidic (Man Utd), Sergio Ramos (Real Madrid)
  • Pemain tengah : Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona)
  • Penyerang :  Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd). 

Ini pula senarai jurulatih /pengurus dan pemain terbaik sepanjang 2011 :-

  • Jurulatih Terbaik 2011 : Pep Guardiola (Barcelona) 
  • Jurulatih Terbaik Wanita 2011 : Norio Sasaki (Jepun)
  • FIFA fair play : Jepun
  • FIFA Puskas (Gol Terbaik) : Neymar

Tahniah kepada Lionel Messi dan semua pemenang anugerah yang di tawarkan. Semoga selepas ini ada nama baru yang akan muncul sebagai pemenang untuk menyemarakkan lagi dunia bolasepak....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan  dari tuduhan. Keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim pastinya melegakan penyokong Pakatan Rakyat.


Dato Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 4 tahun lalu. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.


Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.




Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.


DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.




Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.


Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.




Bagaimanapun, 4 tahun selepas itu, Anwar dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.


Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



KEPUTUSAN PENUH : MANCHESTER CITY 2-3 MANCHESTER UNITED

  • Man United : Wayne Rooney (2 gol), Danny Welbeck
  • Man City : Alaxander Kolarov, Sergio Aguero

Keputusan Manchester City VS Manchester United FA Cup menyaksikan Manchester City tumpas 2-3 kepada Manchester United dalam perlawanan yang mendebarkan.


Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United mendahului kedudukan apabila tandukan Wayne Rooney meletakkan United di depan 0-1.




Man City sekali lagi tersentak selepas Vincent Kompany dilayangkan kad merah minit ke 16 selepas melakukan takel kontroversi ke atas Nani. Ulang tayang menunjukkan Kompany melakukan takel ke atas bola bukannya ke kaki Nani.


Gol ke 2 Man United dijaringkan oleh Danny Welback menerusi sepakan half volley ketika keadaan kelam kabut di depan pintu gol Man City minit ke 30




United dihadiahkan sepakan penalti selepas Danny Welbeck dijatuhkan pertahanan City di dalam kotak penalti. Sepakan penalti disempurnakan Wayne Rooney untuk meletakkan kedudukan separuh masa pertama Man City 0-3 man United. 


Separuh masa ke 2 bermula cemerlang untuk Man City apabila berjaya merapatkankan kedudukan menerusi Alaxander Kolarov minit ke 48 menerusi sepakan percuma yang cantik.


Usaha berterusan Man City untuk menambah gol berjaya apabila Sergio Aguero menjaringkan gol ke 2 Man City setelah menyambar bola muntah dari penjaga gol United, Lindergaard untuk menjadikan kedudukan 2-3.  




Man City GAGAL menambah jaringan selepas itu setelah Man United berjaya mengekang asakan pemain Man City untuk mengekalkan kedudukan 2-3 sehingga tamat 90 minit permainan.


Ini bermakan juara bertahan, Man City terkandas di peringkat pusingan ke 3 manakala Man United mara ke pusingan ke 4.


Apa-apa pun Tahniah untuk Man City juga kerana berjaya menampilkan aksi melawan sehingga berjaya menjaringkan 2 gol walaupun bermain 10 orang...



PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) 8 Januari 2012. Keputusan Manchester City VS Manchester United ini penting untuk mengetahui pasukan manakah yang layak beraksi di pusingan ke 4 nanti.


Untuk rekod, dalam pertembungan 2 pasukan ini yang terakhir menyaksikan Manchester United dibelasah Manchester City 1-6 di Old Trafford dalam perlawanan liga.


Sebelum itu Manchester United menundukkan Manchester City 3-2 dalam Community Shield Cup yang berlangsung di Stadium Wembley.


Jom kita terjah kesebelasan utama perlawanan Manchester City VS Manchester United Piala FA (pusingan ke 3) 8 Januari 2012 ini :-




Manchester United pastinya mengharapkan gandingan Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Nani untuk merobek gawang Manchester City. Cuma agak merisaukan gawang United kerap dibolosi sejak akhir akhir ini.


Manchester City pula mahu menggunakan peluang bermain di gelanggang sendiri untuk menundukkan United dengan mengharapkan Sergio Aguero dan Edin Dzeko untuk mengancam kubu United. 


Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) jam 9 pm di Astro Star Sport saluran 813. Kalau ada live streaming, saya akan update kemudian.


Keputusan @ result Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) 8 Januari akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



JALAN-JALAN YANG DI JANGKA SESAK SEMPENA PERHIMPUNAN 901 DI MAHKAMAH JALAN DUTA 


Ramai yang dah tahu bahawa 9 Januari 2012 (isnin) adalah tarikh keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan maka pihak Pakatan Rakyat bercadang mengadakan perhimpunan aman 901 bertempat di  Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.


Pihak Polis telah memberi permit untuk mengadakan perhimpunan itu dengan 10 syarat yang perlu dipatuhi. Dengan kebenaran dari pihak Polis ini maka beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur dijangka mengalami kesesakan teruk. 


Jom kita terjah  jalan-jalan yang di jangka sesak sempena Perhimpunan 901 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur 9 Januari 2012  ini :- 

  • Jalan Duta dari kedua-dua arah
  • Jalan Kuching
  • Bulatan Segambut
  • Jalan Khidmat Usaha
  • Jalan Ibadah
  • Jalan Dutamas
  • Jalan Persiaran Dutamas
  •  Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

  • Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
  • Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
  • Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
  • Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

Kalau ada urusan diluar kalau boleh cubalah cari jalan alternatif. Mungkin jalan alternatif sedikit jauh tetapi berbaloi dari terperangkap dalam kesesakan laulintas yang teruk yang boleh memakan masa berjam-jam lamanya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget