Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 jatuh pada 26 Oktober 2012 (10 Zulhijjah 1433). Tarikh Hari Raya Haji atau dikenali sebagai Hari Raya Korban ini telah diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.


Oleh itu, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober 2012. Jom ikuti petikan ucapan pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari jumaat, 26 Oktober 2012,"

Dengan pengumuman awal ini maka bolehlah umat Islam melakukan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya Haji kali ini... Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat Islam di Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti umum di Kelantan pada 21 Oktober 2012. Cuti umum 21 Oktober 2012 ini adalah sempena Final Piala Malaysia yang menemukan Kelantan VS ATM di Stadium Shah Alam. 


Keputusan memberi cuti pada 21 Oktober 2012 (Ahad) tersebut tanpa mengira sama ada 'The Red Warriors' kalah atau menang adalah sebagai hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang akan turun ke Shah Alam.


Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri Kelantan.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan.


Dengar cerita kerajaan negeri juga bercadang memberi cuti peristiwa tambahan sehari lagi jika pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Untung betul rakyat Kelantan.. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kini Perodua menawarkan skim pembelian Kereta Perodua untuk pelajar tahun akhir IPTA & IPTS melalui kempen ‘What’s Up Graduate!’.


Objektif skim ini ialah bagi membolehkan para pelajar dan graduan yang baru saja menamatkan pengajian memiliki kenderaan sendiri melalui pakej mampu milik dan mudah.


Tawaran pembelian Kereta Perodua untuk graduan tahun akhir IPTA & IPTS ini bermula dari 1 Oktober 2012 hingga 31 Mac 2013 menawarkan :-

  • Bayaran ansuran bulanan serendah RM299.00
  • Kursus pemanduan percuma bernilai RM1,000.00 apabila mereka membeli kenderaan Perodua pertama mereka.
  • Perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM20,000.00 untuk pembeli.
  • Diskaun 50% untuk tempoh 2 tahun apabila melakukan servis kenderaan Perodua mereka di mana-mana 170 pusat servis Perodua di seluruh negara (mengikut terma dan syarat).

Apa pendapat anda tentang tawaran pembelian Kereta Perodua untuk graduan tahun akhir IPTA & IPTS ini? 


Secara peribadi saya merasakan objektif utama kempen ini ialah menaikkan jualan kereta Perodua yang agak lembab akhir-akhir ini. Caranya ialah dengan mensasarkan kepada golongan siswa siswi yang AKAN membeli kereta bila mereka berkerja nanti. 




Namun saya lihat cara ini lebih menguntungkan Perodua tetapi tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada pelajar itu sendiri. 


Mungkin beberapa persoalan disini perlu diteliti oleh Perodua dan pelajar yang mahu beli kereta itu:- 

  • Tiada jaminan pelajar akan terus ditawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Oleh itu bagaimana hendak membayar ansuran?
  • Bilangan orang muda yang bankrup sudah ramai ketika ini. Kempen ini mungkin dapat menambahkan lagi golongan muda yang bankrup akibat menanggung hutang.
  • Adakah peluang pekerjaan terhidang begitu luas kepada kelompok pelajar ini sehingga ditawarkan untuk beli kereta baru ini? Jika ya mengapa permohonan KPLI sehingga berpuluh ribu setiap tahun?
  • Kalau pelajar ini terpaksa extend bagaimana? Pada masa itu, sudah ada tanggungan hutang kereta? Itu belum kira hutang PTPTN.
  • Kalau pelajar dapat CGPA bawah 2.00 maka duit PTPTN terpaksa dibekukan untuk semester seterusnya oleh itu bagaimana untuk membayar ansuran kereta? Tak pasal-pasal nama akan disenaraihitamkan.  
  • Jika pelajar GAGAL membuat bayaran maka penjamin (guarantor) yang akan kena. Biasanya ibubapa, adik beradik dan saudara mara yang menjadi penjamin. Ini seolah-olahnya seperti penjamin atau ibubapa siswa itulah yang beli kereta sebenarnya. 

Memanglah bayaran ansurannya murah. Ini namanya skim belon. Mula-mula murah lama-lama mahal. Bila dah masuk 5 tahun hutang masih tinggi sebab sebelum ini bayaran ansurannya rendah.


Itu belum kira kos petrol, tol dan penyelenggaraan yang akan ditanggung pelajar. Oleh itu bukanlah ansuran bulanan sahaja yang perlu di ambil kira tetapi kos-kos lain juga. Kalau tidak, tidak bergeraklah kereta itu nanti. 


Anak-anak muda zaman ini perlu di didik susah perih mencari duit. Tidak boleh dimanja sangat. Nak itu bagi nak ini bagi. Biar mereka berkerja dahula baru buat hutang. Kalau tak dapat kerja lagi, nak bayar hutang macam mana. Tak kan sampai besar pun mahu menyusahkan ibubapa...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Diskaun Bayaran Balik PTPTN 10% & 20% (Bajet 2013)




Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% diperkenalkan dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% ini ditawarkan bagi menggalakkan peminjam membuat pembayaran balik hutang PTPTN.


Jom kita terjah bagaimana pemberian diskaun ini diberikan kepada peminjam :-

  • Diskaun 20% : Pemberian diskaun PTPTN (bayaran balik) sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam PTPTN Malaysia yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.
  • Diskaun 10% : Peminjam PTPTN Malaysia yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012 akan mendapat diskaun PTPTN sebanyak 10%.


Apa pendapat anda tentang diskaun PTPTN ini ? Secara peribadi saya rasa ianya bagus untuk menggalakkan peminjam untuk membayar balik namun dari 1 sudut, rasanya diskaun ini hanya akan menguntungkan golongan kaya kerana hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.


Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik (selain biasiswa) dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH : 

Selangor 0-2 Kelantan (Agg : 0-3)
  • Kelantan : M. Ghaddar (85'), Badri Radzi

Keputusan Selangor VS Kelantan separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 menyaksikan Kelantan menang 0-2 (agg 0-3) menewaskan Selangor sekaligus Kelantan mara ke Final Piala Malaysia 2012.



Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh M. Ghaddar dan Badri Radzi pada minit-minit terakhir permainan. Kelantan (Juara Liga Super) akan menentang ATM (Juara Liga Premier) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Shah Alam nanti. 


Untuk rekod, ini kali ke 3 Kelantan mara ke Final Piala Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Apa-apa pun Tahniah buat ATM dan Kelatan yang akan beraksi di pentas akhir nanti...



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Selangor VS Kelantan live separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Selangor VS Kelantan ini amat penting bagi mengetahui pasukan mana yang layak ke Final Piala Malaysia 2012 untuk menentang ATM yang sudahpun mengesahkan tempat di pentas final.


Perlawanan Selangor VS Kelantan separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Untuk rekod, Kelantan menang 1-0 dalam perlawanan seperuh akhir pertama di Kota Bahru.


Perlawanan Selangor VS Kelantan 12 Oktober 2012 akan bersiaran langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam. Jika ada live streaming saya akan share disini nanti. 


Keputusan (result) Selangor VS Kelantan live separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat... Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget